Ex-Boyfriend Nak Kahwin???

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… Harap semuanya sihat ye.. Em.. Beberapa hari yang lepas kawan cik tom ada sms maklumkan yang ex-boyfriend cik tom nak kahwin awal bulan 5 nanti. Masa kawan cik tom sms tue tengah busy tak sedar pulak dia sms. Bila cik tom baca sms tue terus terdetik dalam hati “Alhamdulillah dia dah nak kahwin”. Dah lost contact dengan dia hampir setahun lebih.

Kawan sorang lagi siap sound sengal la ko. Alhamdulillah pulak ex-boyfriend nak kahwin. Ala dah lama kitorang putus bukan baru semalam. Dah takde apa perasaan pun sekarang. Masa mula putus2 tue frust teruk tiap2 malam menangis hampir sebulan juga. Tapi cik tom ego nangis time mandi xpun malam2 time nak tidur je. Tiap2 hari baca yassin doa tutupkan pintu hati cik tom buat ex-boyfriend. Cik tom nangis la banyak mana pun mata tak bengkak. So kelebihan nangis banyak2 pun orang tak tau. hee… Siap adik satu roomate tue tak percaya lagi. Eh akak betul ke dah clash ni? Tengok cool je. Ye la cool kat luar dalam hati masa tue siapa tahu kan?? 

Cinta Tak Semestinya Memiliki

Cik tom siap menangis dan pujuk dia supaya tak jadi clash dengan cik tom tapi dia tak nak. Tup2 lepas 3 bulan clash, dia pulak pujuk nak berbaik dengan cik tom tapi masa tue dah tertutup pintu hati. Hampir 4 tahun juga kapel dengan dia tapi putus sebab dia curang ada perempuan lain. Bila fikir-fikir balik kenangan lama ni rasa kelakar pun ada. Fikir bodohnya diri ini ye jugak masa tue. Semua itu mematangkan lagi cik tom untuk menempuhi sebuah kehidupan. Perkara yang lepas biarlah berlalu dan buka lembaran baru. Apa pun cik tom doakan yang terbaik buat si dia dan juga pasangannya. Semoga dia setia pada bakal isteri dan tak ulangi kesilapan yang lama.

Kadang-kadang tak semestinya orang yang kita sayang itu jodoh yang terbaik untuk kita. Kadang-kadang kita bencikan seseorang tapi rupanya itulah jodoh yang terbaik Allah dah rancang bagi kita. Kadang-kadang kita terlalu mencari-cari sehingga tak nampak rupanya jodoh kita berada disekeliling kita je selama ini. Jodoh ini memang betul2 rahsia Allah. Semoga cik tom pun bakal bertemu dengan jodoh cik tom.  amin.. ^_^

Who Love You?
Who Love You?

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

49 thoughts on “Ex-Boyfriend Nak Kahwin???

  • April 29, 2012 at 1:35 am
    Permalink

    Tulah ada hikmah nya nanti..mungkin tak nampak sekarang..tapi akan dtg..harap Cik Tom jumpa mr right cepat2..

    Reply
  • April 29, 2012 at 7:52 am
    Permalink

    Jodoh ketentuan Ilahi,insyaallah CT akan menyusul bertemu jodoh jua.

    Reply
  • April 29, 2012 at 9:02 am
    Permalink

    salam cik tom,

    dah bukan jodoh dngn dia kan.. mungkin jodoh cik tom dgn orng yang lebih baik lagi, siapa tahu kan..

    Reply
    • April 30, 2012 at 3:48 pm
      Permalink

      semoga begitulah..hehe..xpe ciktom plan cari kerja or sambung study dulu..

      Reply
  • April 29, 2012 at 11:03 am
    Permalink

    Bukan jodoh cik tom dgn dia…doakan dia bahagia je la jawabnya kann….:)

    Reply
    • April 30, 2012 at 3:52 pm
      Permalink

      yup betul tue..cari kebahagiaan masing2..

      Reply
  • April 29, 2012 at 11:28 am
    Permalink

    Hehe, rasa macam faham perasaan Cik Tom. Pernah rasa dulu, tp CT mmg kuat laa ! Btw, nak tahu juga, dia kawin dengan pompuan yg dia curang dgn CT ke? Biasanya tak berkat main kacau hubungan orang neh kan.

    Reply
    • April 30, 2012 at 3:56 pm
      Permalink

      sesiapa pernah putus cinta mesti tau macam mana rasanya kan…hee…dia tak kahwin dengan perempuan yang dia curang..dia kahwin dengan yang pmpn lain..perempuan yang dia curang tue sempat kapel 2 minggu je pastu putus sbb diorg lebih sesuai jadi kawan baik..asal diorang kawan baik ms cik tom kapel dgn dia..

      Reply
  • April 29, 2012 at 11:40 am
    Permalink

    sedihnya kenangan ciktom ni..
    tapi tu semua pengalaman..kan??
    tak de dulu tak de la sekarang..
    kalau dia tak curang dulu mungkin cik tom tak dapat kekasih
    yang baik dan kacak macam sekarang..kan??
    eceh..macam tau2 je akak kan???
    hahaha

    Reply
    • April 30, 2012 at 3:57 pm
      Permalink

      pengalaman lama dah akak..dah tak sedih dah sekarang..sekarang??xkacak pun xpe akak..asal baik..hee

      Reply
  • April 29, 2012 at 11:42 am
    Permalink

    moga ketemu yang lebih yang Allah janjikan buat cik tom amainnnnnnn

    Reply
  • April 29, 2012 at 3:35 pm
    Permalink

    Amin
    Moga selamat hendaknya
    Jodoh dia, jodoh kita
    Harap semuanya bahagia

    Reply
  • April 29, 2012 at 4:17 pm
    Permalink

    salam cik tom

    moga bertemu dengan yang lebih baik… kenangan adalah pengalaman yang terbaik buat kita

    Reply
    • April 30, 2012 at 4:06 pm
      Permalink

      amin..thanks syiela..pengalaman mematangkan lagi diri kita..

      Reply
  • April 29, 2012 at 5:02 pm
    Permalink

    emmm…nasib kta serupa..
    harap boleh jd skuat ciktom.hukhuk

    Reply
    • April 30, 2012 at 4:07 pm
      Permalink

      mad pun boleh..chaiyox3! kuatkan semangat ye..paling mudah maafkan segala yang dia pernah buat..itulah jalan terbaik nak lupakan seseorang..selagi berdendam selagi itu hati kita takkan tenteram..

      Reply
  • April 29, 2012 at 6:47 pm
    Permalink

    mmm…jodoh tak ke mana…
    ciktom tunggu je..nanti mesti ada yang nakkan ciktom nanti..hehe
    Allah dah tentukan segalanya.,..

    Reply
  • April 29, 2012 at 6:52 pm
    Permalink

    apa kata header diatas cik tom gantikan dengan muka sendiri, konfirm ramai nak masuk meminang nanti, minang blog dulu.hehehe

    Reply
    • April 30, 2012 at 4:08 pm
      Permalink

      hehhe..kalau tukar dengan muka sendiri takut ramai pulak lari tak nak masuk blog cik tom..hehe

      Reply
  • April 29, 2012 at 6:55 pm
    Permalink

    sian ciktom…iskkk uuuwaaaaa

    Reply
    • April 30, 2012 at 4:14 pm
      Permalink

      dah lama kisah ni cikgu..jangan sedih2..ciktom cool je.hee

      Reply
  • April 29, 2012 at 11:45 pm
    Permalink

    hehe ciktom… benda2 macam di ingat/di kenang bolehlah, tapi kalau nak terus hidup dalamnya, buat apa kan? merosakkan diri je, keh3..

    Reply
    • April 30, 2012 at 4:15 pm
      Permalink

      teringat n kenang je..xdelah sampai teruskan hidup dengan kisah tue..huhu

      Reply
  • April 29, 2012 at 11:51 pm
    Permalink

    soal jodoh.. kita cuma mampu merancang dan mencari..
    kesudahannya Allah jua yang menentukan

    Reply
  • April 30, 2012 at 4:45 pm
    Permalink

    uh asal dia pun nak tunag gak ar…suri diamkan diri shaja heeee

    Reply
    • May 3, 2012 at 7:46 pm
      Permalink

      xpe suri kan dah kawinn..ada anak comel lote lg..

      Reply
  • April 30, 2012 at 4:46 pm
    Permalink

    tutup mata diamkan diri…ingatlah setiap yg cipta ada pasangannya masing2..klu lagi d kenang lagi mkn hti hee

    Reply
    • May 3, 2012 at 7:45 pm
      Permalink

      tak kenang dah suri..mencari bakal suami terus.huhu

      Reply
  • April 30, 2012 at 6:24 pm
    Permalink

    salam cik tom. Hurmmm Kekadang tu bila dikenang akan kenangan memang amat menyakitkan , percayalah bak lagu kak siti kita. Akan datang yang lebih baik untuk menemani kita suatu hari nanti,

    Reply
    • May 3, 2012 at 7:41 pm
      Permalink

      insyaAllah..thanks 4 ur advice..appreciate it 🙂

      Reply
  • April 30, 2012 at 8:26 pm
    Permalink

    takpe..aku masih bujang empat lagi. berminat? haha..

    Reply
  • May 1, 2012 at 11:06 pm
    Permalink

    cik tom cari la yang baru.. insyaAllah. tuhan nak temukan cik tom dengan y lebih baik.

    Reply
  • May 2, 2012 at 6:28 pm
    Permalink

    mudah-mudahan jumpa yang berkenan di hati.

    Reply
  • May 6, 2012 at 5:16 pm
    Permalink

    semoga jumpa yg lebih baik nti ye..
    perempuan yang baik utk lelaki yg baik 😀

    Reply
  • May 10, 2012 at 2:14 pm
    Permalink

    betul kata cik tom..ajal maut jodoh pertemuan itu semua rahsia ALLAHSWT..kita sebagai ummatNya hanya mampu bdoa untk mdptkan y terbaek dlm hidup kita..kerana hanya DIA yg tahu apa yg terbaek buat kita..

    Reply
  • December 28, 2015 at 3:45 pm
    Permalink

    baru je tadi mak tiri sy ws, dy tnya klong dh xde pape ke dgn kawan lelaki yg ddk tingkat 5 tuu, saya jwablah tak, pas 2 mak tiri tros ckp, dy dh nk kawen, ouhhh je sy mampu jawab, x sedih lgsung p0n, menagis sbb ex pOn x pernah, bia jelah dy. kalau jmput pOn x hinggin dtg, buang masa je ,Rasa Bahagia dh xde pape hubungan dgn dia.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!