Resepi Spaghetti Daging Cara Mudah dan Ringkas
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… Kali ini cik tom nak share resepi cara nak buat resepi spagetthi daging cara mudah dan ringkas. Resepi spagetthi daging ini sesuai untuk satu family anggaran dalam 6-8 orang. Sesekali cuba pula masak resepi western untuk famili. Makanan yang paling sedap ialah masakan yang dimasak oleh air tangan sendiri dan dimakan beramai-ramai bersama famili tersayang. Nak memasak ini tidaklah susah sebenarnya tapi yang penting perlu rajin untuk mencubanya.

Bahan-bahan Resepi Spagetthi Daging:
1 bungkus spaghetti
1 bungkus daging kisar (cik tom guna brand Ramly)
1 botol sos spaghetti (cik tom guna brand Kimball yang original)
5 biji bawang holland (dipotong dadu)
5 biji tomato (dipotong dadu)
4 ulas bawang putih (dimayang halus)
4 biji ubi kentang ( dipotong dadu)
garam secukup rasa
1/2 cawan minyak zaitun untuk menumis
Cara-cara masakan Resepi Spagetthi Daging:
1. Mula-mula, didihkan air dan rebus spagetthi sehingga masak. Kemudian toskan dan letak ditepi kita teruskan untuk masak sos spagetthi pula ye.
2. Untuk masak sos spagetthi, panaskan minyak dan masukkan bawang. Tumis bawang sehingga kuning dan naik bau wangi (bukan hangit ;p).
3. Masukkan daging kisar dan goreng sehingga masak.
4. Masukkan ubi kentang dan tunggu sehingga masak.
5. Masukkan sos spagetthi kimball. Kacau sehingga sebati dan menggelegak.
6. Masukkan tomato dan garam. Masukkan air sedikit lagi kalau nak berkuah. Kemudian kacau sehingga rata.
7. Untuk pekatkan lagi boleh tambah sedikit sos cili.
8. Tutup kuali seketika sahaja. Siap untuk dihidangkan dan dimakan bersama mee spagetthi.
Selamat mencuba Resepi Spaghetti Daging Cara Mudah dan Ringkas ^_*
Sharing is caring
wahhh nak cuba la nanti. :))
selamat mencuba 🙂
hok sempoi gini lah nak cuba hehehe
resepi cik tom suka kongsi dan cuba memang yang ringkas dan simple..jomlah cuba..
spaghetti!! hari tue, buat, tp terlebih garam pulak.. hehe..
biasakan letak sikit dulu garam..bila xcukup baru tambah sikit lagi supaya tak terlebih..hee
Mlm td saya dinner spagheti jugak. tp cara buatnya lg ringkas..guna sos Prego je & daging kisar Ramly. tmbh garam sikit & air.
yang tue memang lagi ringkas..tapi kurang meriah sikit xde sayuran..tapi mana nak ekspress boleh je cuba resepi cmtu..
haiii mmg sedaplah tu klu ada sosnya mmg cuN 😉
sos spageti tue yg best.hee
sepanjang hidup dapat dibilang dengan jari kekerapan makan spaghetti..
takpe makanan western..sesekali boleh makan..selalu muak jugak.
Sy mula2 mmg tka amsa masa dok kl umh abg kt sana.tpi bila dh kwin makan makin menjadi2 besama2 anak dan suami
bila ada suami dan anak mesti lagi berkobar2 nak masak ek..hee
sejak mengandung ni akak kurang suka makan spageti..
tak suka sos tu..
kalau spageti yang tak pakai sos tu akak suka la..
mengandung ni kurangkan makan spageti..rasanya cam tak la berkhasiat sangat..kecuali letak sayur banyak2…
Saya tahu spaghetti ni sedap..tapi entah tak berapa suka sgt makan,tapi kalau mee nyer saja mmg sedap…
ramai lelaki tak suka sos spageti..heee
sedap tu cik tom..
dah lama x mkn spageti ni..
boleh try masak nanti kalau dah lama xmakan spageti.
Aisehhh…mende2 ni la yg yas nak jauhkan dulu…kecuali keadaan dah darurat…he3x!!!
ciktom suka makan tapi tak selalu la..hee
Antara makanan yg yas cuba elakkan….hehehe
kenapa tak suka ek?hee
sempoi dan sedap
resepi spagetthi ni memang ringkas..
t.kasih cik Tom kongsi resepi
sama2 anie..
tak berapa suka spagheti..
ish ramai betul tak suka spaghetti ek..
Tidak pernah makan Spaghetti memang tidak reti, 🙂
nanti boleh cuba..tapi kebanyakan lelaki tak sukakan spageti..hee
sedap sangat spageti..i like.. ^_^ hehe
boleh cuba resepi spageti ni..mudah dan sedap!
nampak sedap spageti tu
Nampak menyelerakan, boleh cuba nanti nie.