Gambar dan Resepi Original dari Blog Cik Tom ke?
Assalamualaikum……….
Ada yang bertanyakan cik tom, semua entry resepi tue memang original cik tom masak dan gambar masakan hak milik cik tom ke? Tak copy gambar dan entry dari blog lain?
Setakat ini semua gambar masakan ialah hak milik cik tom kalau cik tom dah letak watermak ciktom.com. Itulah gunanya watermark untuk lindungi hakcipta gambar pemilik asalnya.
Lagipun masakan cik tom share biasa-biasa je bukan taraf chef, hotel 5 bintang or pro memasak pun.
Mana-mana gambar masakan yang bukan dari blog ni biasanya akan dinyatakan di dalam entry contoh; resepi ketupat sotong.
Masakan yang bukan cik tom masak sendiri juga akan cik tom maklumkan contoh; resepi kentang putar @ mashed potato ala KFC. Dan cik tom telah minta izin dari pemilik asalnya seperti emak, adik-beradik, kak ipar dan kawan-kawan.
Kalau korang jumpa gambar atau ayatnya sebijik cuba baca betul2 entry tue. Siapakah penulis asalnya seperti entry di beberapa blog yang sempat cik tom jumpa kat google;
- Resepi Aiskrim Jagung (gambar & entry copy 100% kredit tanpa link)
- resepi ayam paprik (langsung tak bagi kredit ayat dicopy bulat2 cuma buang cik tom.. haha),
- resepi air buahcocktail, ( copy resepi tanpa gambar & xde kredit)
- resepi aiskrim coklat oreo (blog pusat sumber sekolah tapi tak pandai bagi kredit sumber dari mana?)
- resepi tempe 3 rasa (gambar & entry copy 100% tapi ada link kredit)
- adeh…bagi backlink pulak kat diorang sebab malas nak screenshot..huhu
Kalau nak copy resepi dipersilakan. Cik tom memang izinkan je. Tak kedekut pun. Cuma harap ada kredit beserta link ke entry asal blog cik tom. (jangan pulak nanti ada kes copy bulat2 satu blog cam blog cik laili> Klon blog cik laili)
Isu copypaste entry blog ni dah lama dan cik tom naik muak dah. Tue tak termasuk entry jobdirumah, 8share, tutorial2, tips2. Kalau idea sama bagi cik tom tue normal tapi kalau dah ayat sebijik2 sama. Cik tom bukan buta K. Cuma sebelum ni malas nak bising je.
Tapi gerammmmmm bila entry kita penat2 buat & gambar amik sendiri orang lain cakap macam kita pulakkk yang copy…
Mungkin ada yang akan cakap….
Kenapa nak buat entry? Kalau tak buat, senyap jelah..
Dah namanya cik tom ni blogger. Setiap berlaku mesti nak buat entry penjelasan supaya orang seperti anda..anda & anda jelas dan takde salah faham akan datang.
Kalau betul entry & gambar bukan original dari blog cik tom, owner gambar & entry boleh datang tuntut dengan cik tom & tunjuk bukti anda. So, korang yang tak tau apa tue tak perlu nak assume banyak ye.
Sharing is caring
Mohon ijin untuk copy gif tentang kata (HOT) nya kak untuk artikel terkait dalam blog saya, sebenarnya sudah agak lama saya gunakan, hanya baru kali ini saya mohon ijinnya.
Maaf ya kak…Terima kasih
Jom baca entri terkini Ferry …Tanda Gejala Penyebab Kanker Payudara
ok cik tom okay je nak guna..dah ramai yg copy..hik3
Apa salahnya letakkan kredit bagi sumber asal kan?
Jom baca entri terkini Kak Long Mawar Merah …Melancong dengan perbelanjaan budget
itulah pelik..yg lg pelik blog pusat sumber sekolah pun x alert isu camni..
Wah, ramai juga yang tiru bulat-bulat sampaikan nama Cik Tom pun dia tak tukar, macam blog tu blog Cik Tom pulak! Bagus juga Cik Tom tulis tu, sebab ada yang mungkin tak tahu dan tak sedar atau mungkin buat-buat tak tahu bahawa apa yang dilakukan itu satu kesalahan.
Jom baca entri terkini Kak Long Mawar Merah …Melancong dengan perbelanjaan budget
tue yg klakarnye bila ciktom baca entry diorg copy paste tue..huhu
hehe cikgu sekolah pun minat cik tom apa
Jom baca entri terkini onlajer …Fresh Graduate Masih Ramai Yang Menganggur?
ye ke? baru tau.. eheheh
Memang penting watermark…bukan kedekut cuma melindungi hak kita
Jom baca entri terkini hafiz …Akhirnya dapat juga CPUV Nuffnang
yup watermark utk protect hakcipta yg original..
Ramai mahu tempias blog Cik Tom nih.
Jom baca entri terkini akubiomed …Cuci mata di KL International Motor Show 2013
entah tempias apa la diorg nak..pelik..tempias hujan ade la. haha…
hihi..ada juga terselit cerita klon blog ciklaili.com tu ye?
gambar & resepi ciktom menarik, sebab tu ramai yang suka copy 🙂
Jom baca entri terkini ciklaili.com …Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Tahun 2014
sudah semestinya sis..kisah kak laili tue memang menarik utk perkongsian..copy paste tahap dahsyat dah tue..hik3
ada resepi udang masak kari satu heee 😉
Jom baca entri terkini suri …Membuat Cup Kek Sendiri Tanpa Guru Lebih Menjimatkan!
hoho..kalau aku..aku kasi hilang aje blog-blog blogspot tu semua.
bog glamer memnag jd sasaran 🙂
Jom baca entri terkini AUC …Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Tahun 2014
hahaha..bajet orang tak tahu ler tewww…emm lagipun mereka ni dah nampak tak seriusnya..sebab guna domain free aje..
Jom baca entri terkini Hafizul …Sayonara 2013