Resepi Kentang Putar @ Mashed Potato KFC Cara Mudah dan Sedap
Salam.. Kali ini cik tom nak share resepi cara nak buat resepi kentang putar @ mashed potato KFC yang kawan cik tom, miz azy masak. Resepinya amatlah mudah, senang dan yang penting sedap. Cik tom ingatkan susah nak buat kentang putar dan sos ala2 KFC ni. Rupanya mudah je. Kalau siapa yang suka makan mashed potato memang direkemenkan masak sendiri sebab boleh makan sepuas hati. hehe.. Resepi kentang putar @mashed potato KFC ini dimasak khas oleh Miz azy ye. Cuba tengok hasil kentang putar kat bawah, nampak sedap kan. 😉
Bahan-bahan Resepi Kentang Putar (Kentang):
8 biji kentang
1 kotak kecil susu segar
sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar)
secukup rasa serbuk lada hitam dan lada sulah
Cara-caranya
1. Kentang dikupas kulitnya dan dipotong 2. Masukkan kentang ke dalam periuk dan rebus dengan air yang secukupnya sehingga kentang tenggelam. Rebus dalam masa lebih kurang 20 minit.
2. Bila kentang sudah empuk, toskan air dan letakkan semula di atas api supaya lebihan air dapat dikeringkan. Dah kering boleh alihkan dari atas api.
3. Masukkan sedikit butter dalam kentang dan lenyek.
4. Masukkan lada sulah dan lada hitam mengikut citarasa. Kalau nak pedas boleh letak lebih.
5. Tuangkan susu sikit demi sedikit (ikut citarasa sebab fungsi susu ini untuk buat mashed potato rasa berlemak dan gebu) dan lenyek lagi sehingga rata.
Bahan-bahan Resepi Sos (Gravy) Kentang Putar:
1 labu bawang besar (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
4 sudu butter
2 sudu tepung jagung (bancuh dengan sedikit air panas)
2 kiub ayam knorr
secukup rasa serbuk lada hitam dan sulah
2 1/2 cawan air
Cara-caranya
1. Cairkan butter dalam kuali dan tumiskan bawang. Biarkan dia caramelized (bertukar warna sedikit perang (warna caramel))
2. Masukkan bancuhan tepung jagung dan tumis sehingga tepung jadi warna coklat atau sehingga warna sos yang korang suka.
3. Masukkan air dan kacau sehingga sebati.
4. Masukkan kiub ayam dan juga masukkan sekali lada hitam dan lada sulah secukup rasa mengikut citarasa.
5. Kalau kuah terlalu pekat, tambahkan lagi sedikit air.
6. Kacau sehingga rata dan tutup api. Jika sos kentang putar berketul, masukkan sos ke dalam blender dan blend sampai tak berketul. Siap, hidangkan sos yang dah siap bersama kentang putar.
Selamat mencuba resepi kentang putar @ mashed potato KFC yang mudah.
Sharing is caring
kegemaran maisara ni..
boleh la akak cuba nanti..:)
selamat mencuba akak…resepi kentang putar ni memang sedap..budak2 memang suka..
resepi yg hebat..uncle salinnnnnnnnn..mmg hantu mashed potatoooo patut boleh buat sendiri lepas nih hihihi
Jom baca entri terkini uncle …watermark paling buruk pernah uncle buat
salin jangan tak salin uncle…mashed potato yang buat sendiri lagi sedap rasanya…hee..selamat mencuba resepi kentang putar..
menarik sgt cik tom… syaf memang suka makan kentang putar nie….
Jom baca entri terkini SYAF …Puisi | Kasih MU Ku Damba
memang sedap kentang putar yang buat sendiri…syaf cubalah resepi kentang putar dan sos gravy ni…
waaa senang je rupanya.. anak sy suka ni. tp sy x reti buat. anyway pasni leh buat la. thanks ye
Jom baca entri terkini ilmarnutiaz …Aku Anak Malaysia Merdeka
memang senang je…boleh buat sendiri je..senang je..pastu boleh makan banyak2 kentang putar dengan sos ala KFC..sama2 😉
wah, good good, saya suka benda ni, rasa nk buat bila balik umah nanti
Jom baca entri terkini Juan …Nak Satu Bang
majoriti semua yang komen memang suka mashed potato ni…hee..selamat mencuba..
senang rupanya nak buat ye..
Jom baca entri terkini ohcikgu …Selangor Menang dan Keputusan Rasmi Piala Malaysia 2011
yup sebab tue tajuknya pun resepi cara mudah..heee..cikgu pun boleh cuba time weekend2 ni..;)
terima kasih cik tom atas resepi nie.. nampak sedap dan menyelerakan… nanti nak cuba… tq ya..
Jom baca entri terkini Hairul Hissam …Petua ubat demam panas tradisional dan cara menyejukkan badan. Khasiat buah kembang semangkuk.
sama2…insyaAllah sedap..sebab memang cuba sendiri sedap resepi ni..selamat mencuba..
penah amik resipi konon2 nak buat ler..tapi tak dan nak buat..last2 pi kfc je haha!!!
Jom baca entri terkini nuriz …Biodata Fir AF 9 ( Firdaus Affandi)
hahaa…xpe nanti rajin2 boleh cuba esp. time weekend…
hari tu raya ada orang buat kentang berkuah ni..memang sedap.
Jom baca entri terkini ROJAK …Boy who can only drink
tue la kentang putar ni memang sedap…roojak cuba la resepi kentang putar ni..
boleh dicuba ni…jimat skit takper ke KFC hihihi
Jom baca entri terkini W.R …Facebook perkenalkan “Subscribe Button”
cuba jangan tak cuba..memang kalau buat ni kos nya takdelah mahal mana..boleh makan sepuasnya..kalau kfc satu bekas besar tue dalam rm5…tapi sikit je..hee
hehe..senang aje rupanya..leh cuba nanti.
Jom baca entri terkini titan …Cek ke 4 dari Churpchurp
memang senang dan penting best..cubalah..gerenti menjadi..hee
x sama langsung dengan kfc punya..nak tipu saya
ye ke?ni komen dah cuba ke buat sendiri??kalau xcuba buat sendiri lagi baik xpayah komen..dont judge the taste just look thru the pic …huhu
lebih baik beli kfc punya lagi sedap…
ok je..duit awak..mulut awak..perut awak..hehee
saya dah cuba tapi sos macam tak jadi je, warnanya tak coklat, macam mana ye?. kentangnya menjadi.
warna coklat bila letak black pepper n juga lada sulah..
Eeeemmmm…….mmg sedap dah cuba tapi madin cikit
kalau masin kurangkan sikit kuantiti kiub ayam knorr..sbb kiub ayam tue masin..
klu x letak kiub ayam blh x
boleh tapi rasa kurang umphh…
apa yang boleh digantikan sekiranya tak mahu letak kiub ayam tu ye?
TQ.
boleh xletak kiub ayam..tp rsnya kurang umph..utk ganti yg lain cik tom xpasti..
saya dah ikut resepi kakak, tapi x jadi pun kak macam kfc :((((( hmmmmm *nangis*
ya…boleh cuba. mudah je rupanya kan
Jom baca entri terkini kimmie …Dapat anak sedara baru, Alhamdulillah
memang mudah dear..selamat mencuba resepi kentang putar ala KFC ni ye..
Thanks CikTom,
Uncle dah cuba, boleh diterima resepi ni dan kalau nak adjust rasanya kita
boleh tambah lada dan kurangkan kiub knorr. Kena try baru tau
terima kasih atas komen dan pandangan.