Resepi Kuih Talam Keladi Cara Kukus Sedap
Salam.. Kali ini cik tom nak share resepi cara nak buat resepi kuih talam keladi cara kukus. Resepinya amatlah mudah, senang dan yang penting sedap berlemak. Resepi kuih talam keladi ini cik tom ambil dari emak cik tom. Emak pernah guna resepi ini time jual kuih talam keladi kat kedai dulu. Tapi sekarang just fokus jual kuih karipap pusing je sebab tak larat nak masak banyak jenis kuih. Kuih talam keladi ini rasanya sedap, manis, harum dan lemak. Gambar kat bawah ialah kuih talam keladi yang dah siap dikukus oleh emak cik tom.
Bahan-bahan Resepi Kuih Talam Keladi Cara Kukus;
Bahan A (Lapisan Bawah)
250 gm tepung beras
30 gm tepung ubi
1 sudu besar garam
100 mL santan
700 mL air
200 gm keladi dipotong dadu
Bahan B (Lapisan Atas)
230 gm tepung gandum
20 gm tepung ubi
250 gm gula
3 biji telur Gred A
300 mL santan
500 mL air
1 sudu besar pewarna keladi (ungu)
2 sudu besar paste keladi
Cara-cara Masak Kuih Talam Keladi;
A) Lapisan Bawah
1) Campurkan kesemua bahan-bahan A dan gaul sehingga sebati.
2) Kacau bahan yang dah digaul atas api perlahan-lahan sehingga wap naik.
3) Kemudian, tuangkan ke dalam loyang beralaskan plastik dan kukus selama 25 minit.
B) Lapisan Atas
1) Satukan semua bahan-bahan B dan masukkan ke dalam blender dan blend.
2) Selepas siap di blend, masukkan ke dalam periuk dan kacau atas api secara perlahan-lahan.
3) Kemudian, tuangkan di atas acuan A (lapisan bawah) yang sudah siap dikukus tadi. Kukus selama 40 minit.
Selamat mencuba resepi kuih talam keladi cara kukus versi emak cik tom.
Sharing is caring
hehe rajin sungguh cik tom kita… Pandai sungguh bab2 resepi ni ye 😀
Jom baca entri terkini shah blogger …Cara Setting Nofollow Label Blogspot
haha…ni resepi talam keladi yang emak cik tom punya dan buat..untuk resepi talam keladi ni memang cik tom sendiri tak pernah buat lagi..biasa makan yang emak masak..sedap..tue amik resepi dengan emak dan sharekan kat sini…hihi..
sedap kuih talam keladi ni..
Jom baca entri terkini uncle …Jangan sampai uncle meluat dengan kamu !!
memang sedap makan waktu sarapan pagi..uncle cubalah resepi talam keladi ni..hee
tak pernah rasa la kuih talam..
bukan kegemaran akak kuih2 gini..
kalau suami akak suka la..
Jom baca entri terkini diana …Tak matang langsung!
sedap kuih talam keladi ni akak..rasa berlemak manis gitu…akak cuba la masak untuk suami akak kalau dia suka..mesti bertambah sayang pasni..hehe..
baru tau nama kuih ni kuih talam, hehe
Jom baca entri terkini Juan …Nak Satu Bang
hahaha….sebelum ni tak tahu ke kuih ni nama kuih talam…takpe dah tahu kan skang 😉
nnt akak cr kat sini bila nak buat..mmg teringin nak cuba buat talam keladi ni dik
boleh je akak…nanti bila2 akak rajin n free boleh cuba resepi kuih talam keladi ni ye akak sayang!
akak tak geti sangat buat kuih2 gini.hehe…
Jom baca entri terkini mrs redzuan …customized felt tee dalam proses
xpe akak…akak boleh cuba resepi ni akak..senang je..akak kan dah biasa masak memasak..
nanti akan try buat ni…da lama da x masak kuih ni tom
Jom baca entri terkini beaty …Mahathir: Malaysia tak dijajah, tapi penasihat British pemerintah sebenar
wah beaty dah biasa masak kuih muih ke?good2!ok boleh cuba ln kl 😉
fuhh, rajin betul buat kuih talam ye..
Jom baca entri terkini ohcikgu …Selangor Menang dan Keputusan Rasmi Piala Malaysia 2011
hehe..tue emak cik tom yang buat kuih talam…bukan cik tom..;)
kami suka kuih talam ni..
kalau bulan puasa tu selalu sgt beli,,
bab nak buat ni yg susah sikit, tapi da ada resipi dari cik tom ni bole le try..:)
Jom baca entri terkini LiFe KaMi …Jom Makan Rambutan
xpe nanti rajin2 boleh cuba resepi kuih talam keladi ni..hee
cik tom.. niler angan2 akak dari dulu yang tak pernah tercapai sampai sekarang.. cam susah sangat sbb mak akak masak kuih talam kadang2 jadi kadang2 kureng menjadi(terlebih keras @ terlebih lembik) so akak mmg takut nak cuba.. hrp dengan resepi anak tokei kuih talamni akak der semangat balik…
Jom baca entri terkini cho zila …Wendy’s IOI Mall di hari raya
hi akak…xpe akak boleh cuba resepi emak cik tom ni..insyaAllah sedap…good luck akak!
hoho..leh suruh mak masak nih..lama tak makan kuih nih..
Jom baca entri terkini titan …Cek ke 4 dari Churpchurp
masak sendiri la..xyah suruh emak masakan leh?hee
mana nak cari paste keladi tu ciktom, dan keladi yg kene potong dadu tu ubi nye ke mana nak cari saya suka sangat kuih ni
paste keladi tue boleh cari kedai bakery…yang ubi keladi tue pulak boleh beli kat pasar or mana2 hypermarket yang ada jual..tapi emak biasa beli kat pasar..selamat mencuba ye 😉
sedap ker??
bagi yang sukakan kuih talam keladi memang sedap!rasanya berlemak.
cik tom cane nk dptkan paste keladi dan pewarne keladi
paste keladi dan pewarna keladi boleh beli kat kedai jual bahan2 untuk bakery…xpun boleh beli kat supermarket berdekatan..macam cik tom beli kat kedai bakery je..
Cik Tom pakai loyang saiz brape ye!
cik tom xtau la saiznya yunk..pakai guna je…heee
keladi kena rebs dulu ke ?
yup rebus dulu keladi..
Kak,nk tanye….kacau atas api perlahan-lahan tu maksud dia ape?? hehe
saya konpius…
1. Kacau atas api perlahan-lahan atau
2. Kacau atas api perlahan, perlahan-lahan…hahah
akak paham ke sy tanya ni? minta tlg ler sy budak br belajar hee…
Kacau sampai dia pekat ketul2 ke kak? sy nk try buat ni esok…
t/kasih membantu:)
sory baru reply..yang no 1 Kacau atas api perlahan-lahan…kacau sampai pekat..