Gambar Model Baru Perodua Myvi 2011
Jom lihat gambar model kereta Perodua Myvi baru bagi keluaran 2011. Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) telah membuka tempahan untuk model kereta Perodua Myvi baru 2011 mulai 4 Jun 2011. Tempahan Perodua Myvi 2011 yang mula dibuka bermula 4 Jun 2011 lepas dengan hanya bermodalkan deposit sebanyak RM400.00 sahaja. Tempahan bagi kereta Perodua Myvi baru boleh dibuat di mana-mana 178 cawangan Perodua di seluruh negara.
Selain Perodua Myvi Extreme 1.5 yang merupakan salah satu model baru, Perodua Myvi 2011 model baru keluar dengan variasi lain seperti 1.3 Standard, Premium, Elegance and 1.5 Special Edition and Extreme. Perodua Myvi Elegance (automatik + cat metalik) dilengkapi spesifikasi paling lengkap, jadi harganya ditawarkan sebanyak RM57,908.00 (atas jalan dengan insuran).
Antara warna menarik bagi Perodua Myvi 2011 model baru versi Elegance ialah Ebony Black (hitam) dan Mystical Purple (ungu). Warna lain bagi Perodua Myvi 2011 ialah seperti Ivory White (putih), Glittering Silver (perak), Medallion Grey (kelabu) dan Pearl White (putih mutiara).
Perodua Myvi 1.3 akan dilancarkan tidak lama lagi manakala bagi Perodua Myvi 2011 model 1.5 liter Special Edition (SE) dan Extreme akan bakal dilancarkan hujung tahun ini. Perodua Myvi 1.5 SE dan 1.5 Extreme di jangka akan dijual pada harga RM 63K ke atas. Harga Proton Persona dan Saga FL 1.6L Executive jauh lebih rendah berbanding Perodua Myvi, namun dari segi persepsi dan sambutan pembeli amat menggalakkan bagi model Perodua Myvi.
Perodua Myvi generasi kedua ini juga dikatakan mempunyai bentuk lebih kompak, sedikit kecil berbanding model asalnya. Namun menurut Perodua, ruang kabin masih lagi luas sama seperti model terdahulu. Berikut adalah spesifikasi yang terdapat pada Perodua Myvi 2011:
- EPS: Electronic Power Steering
- ABS with EBD & BA System
- The latest modern new design: Projector headlamp
- Dual SRS Air bags (All variant)
- Automatic Shift lock part
- ISO Fix Child Restraint System
- 3 point rear seatbelt
- Pre tensioner Seat belt with force limiter
- Dash mounted gear shift
- Electronic retractable side mirror
- Fuel efficient
- Built in GPS with DVD Player, MP3, USB, and Bluetooth
Berikut pula adalah harga bagi Perodua Myvi 1.3 baru untuk transmission manual dan automatik bagi harga tahun 2011 mengikut variasi Standard, Premium dan juga Elegance:
- RM44,926.00 (M) Standard
- RM47,726.00 (M) Premium
- RM54,908.00 (M) Elegance
- RM47,926.00 (A) Standard
- RM50,726.00 (A) Premium
- RM57,908.00 (A) Elegance
Model Perodua Myvi 2011 generasi terbaru akan dilancarkan pada Jun 16, 2011 iaitu pada hari Khamis ini yang dijadualkan akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putra World Trade Centre (PWTC).
Sumber: Gambar Terbaru Perodua Myvi 2011-Harian Metro Online
Sharing is caring
salam cik tom cayang …
boleh tahan gak harga myvi ni yek
fmly kak ati ni dah tak muat pakai keta tu
keta yg ada pun dah sempot..insyaAllah ada rezeki
nx year nak tukarlah 🙂
Jom baca entri terkini atimasrif …1st Time Jumpa Sahabat Blogger
mmg lawa r myvi bru nie… terigin nak pkai, tp x mmpu… 😛
Jom baca entri terkini Mr Rileks …Isu Pekida Saman KL Gangster Sudah Terjawab
cik tom nak beli kereta ambik kaler putih tau..
nampak suci je kalau pompuan naik kereta putih..
tapi jangan la ambik myvi..
persona la bagus..
wah!!!akak tentukan untuk cik tom ni..
hahhaah
akak da ada myvi sebutir…
cik tom la sambar yg ni..amik kaler pepel tu..lawa..
Jom baca entri terkini sarahnajwan …PASAR MALAM
Perodua Myvi baru nie memang cantik !
Jom baca entri terkini anastasyea …Gerhana Bulan Penuh 16 Jun 2011 dan kaitan siri Gegaran Gempa Bumi Di Indonesia
cikTOM!!!yang pepel tu lawaaaa..jom sambar!
Jom baca entri terkini mish …Seronoknya Jadi Blogger Tak Kering Idea
pergh ~ tetap minat jnis sedan.. hehe..
Kalau warna gelap tu senang sikit nak jaga. kalu lama tak bercuci, xde la nampak kotor sangat
Agak murah ni. Kalau ada duit lebih boleh beli untuk second car…. 🙂
Jom baca entri terkini Sabahan Bloggers Club …Ultrasurf anti-censorship software
cantik juga,,tak mampu pakai dua keta
berknan gk kat myvi..myvi baru pun cam leh tahan ni~
Jom baca entri terkini emieysandra …Bergeli geliman setelah setahun tak jumpa
assalam…ciktom.owh…model produa baru nie laa adik adam nak beli…sebab muka murah…tapi nak bayor bulan2…fuuhhh byk gak dgr kata…
nak tunjuk satu model converted kelisa…smart tau…
Perodua Kelisa A converted daihatsu gino minilite -05
http://www.mudah.my/Perodua+Kelisa+A+converted+daihatsu+gino+minilite-9832600.htm
hehehe…minat sebab old skool…cam ne ciktom.meh convert
Jom baca entri terkini AdamXis …►Sinetron – Para Pencari Tuhan Jilid 4
tak banyak juga perubahan myvi baru ni dgn yg lama..
tapi yang baru kelihatan lebih sporty
Jom baca entri terkini rahmad …Sistem Bater Pegang Batang Pegang Tetek
Best lah! Duit takdo, camano? Haiyolah
bagus gak beli myvi baru nie…..
Jom baca entri terkini pbo …Yakjuj Makjuj Muncul Semula
best bawak myvi. sesuai utk student! 🙂
Jom baca entri terkini kinn …ini cerita semalam
aku nak satu hee…dah lama berkenan..lagi terbaru lagi gemak model dia
lawa juga
ai suka puprle tu…heheh geram nengok
sy suka proton. cukup wang beli la
selamat membeli kereta 😉
kalau mampu mmg cun jgk ni… ^__^
Jom baca entri terkini Nadia @ JBCool …Tune Hotel Danga Bay Johor Bahru launces Singapore Grand Prix Promotion
memang cun..ciktom pun berkenan..tapi dah ade kereta..hee