Gugup dan Gementar di Malam Pertama
Maaf ya. Harap takde yang salah faham entri blog ini. Yaty rasa terpanggil untuk berkongsi tips mengatasi perasaan gugup dan gementar ketika malam pertama dengan rakan-rakan serta pengunjung blog ciktom.
Pasti ramai pasangan yang bakal melangsungkan perkahwinan kadangkala akan mengalami masalah kegugupan dalam perhubungan seks di malam pertama.
Lahirnya perasaan gugup ni kerana tidak yakin dengan diri sendiri yang mungkin tidak hanya berlaku pada pasangan yang baru berkahwin bahkan pada pasangan yang sudah lama berkahwin. Yaty nak share tips bagaimana nak atasi perasaan gemuruh malam pertama yang yaty amik inputnya dari majalah Inspirasi Pengantin.
1. Positif dan tidak tergesa-gesa
Pasangan suami isteri perlu sentiasa positif dan tidak tergesa-gesa untuk memberikan yang terbaik pada pasangan masing-masing. Ini adalah malam pertama bersama pasangan yang dikasihi dan berjanji untuk bersama selamanya jadi perlu bersedia menerima pasangan seadanya.
2. Persiapan diri
Siapkan diri secara fizikal dan juga mental. Untuk mengelakkan diri dari berfikir bukan-bukan, sebaiknya menghiaskan diri dengan memakai pakaian yang memikat dan wangi-wangian supaya dapat meningkatkan lagi rasa keyakinan dalam diri untuk hadapi malam pertama bersama pasangan.
3. Ikhlas dan jujur
Mulakanlah segalanya dengan perbuatan yang jujur dan ikhlas tanpa perlu dibuat-buat terhadap pasangan. Bercakaplah perkara yang menyenangkan hati sehingga pasangan merasa terbuai-buai dengan perasaan kasih sayang.
4. Berbincang dengan pasangan
Berbincanglah secara baik dengan pasangan tentang perasaan yang dirasakan tapi sebaiknya pastikan ianya tidak menyebabkan pasangan terasa hati dengan sikap yang terlampau jujur padanya.
5. Ilmu pengetahuan seks
Lengkapkan diri dengan pengetahuan seks yang betul dan mengikut ajaran Islam yang sebenar untuk menyiapkan diri di malam pertama. Pelajari cara yang betul untuk bersama pasangan agar ianya menjadi satu kenangan indah. Untuk tambah ilmu pengetahuan mengenai malam pertama boleh layari website; Indahnya Malam Pertama Pengantin.
6. Sentiasa tersenyum
Sentiasa tersenyum agar dapat ketenangan dan apabila pasangan turut merasa gugup untuk bersama, selang-selikan tindakan dengan gelak ketawa atau kata-kata lucu supaya perasaan menjadi gembira dan ceria. Ianya untuk mengelakkan suasana malam pertama menjadi tegang.
Sharing is caring
nice tips…
x sbr nk kawen bln 4 nie..
kihkih
macam best jer dapat kawin hee..moga di permudahkan
Jom baca entri terkini suri …Cara Membuat Bun Meletops Meraih Kasih Sayang
errr…mcm best dpt kawin? suri da melepasi nya kan :p
Terus terang aku kata,untuk mendapat zuriat yang soleh, Perlu hafal doa untuk bersama
memang tidak syak lagi
Jom baca entri terkini faizal …9 Sebab Kenapa Perlu Dapatkan Buku English Itu Mudah
Emm tak yah nak gementar sangat…buat biasa2 aje2..haha
Jom baca entri terkini Hafizul …Tanggal 20 Januari 2011
bertenang-bertenang
Jom baca entri terkini faizal …9 Sebab Kenapa Perlu Dapatkan Buku English Itu Mudah
Mereka yang nak melangkah ke alam perkahwinan pun kena ada ilmu perkahwinan jugak. Bukan nak ingat seronok ajo 🙂
Jom baca entri terkini Kamal Mustafa …Percutian Ke Bukit Merah Laketown Resort.
okehh..gugup plak membacanya..
Jom baca entri terkini titan …Manchester United, Frenz United dan Guli Roket.
cheh…cam poyo plak chii tgk :p
Jom baca entri terkini chii …Kelahiran Baru
errr..skrg ni bleh la kata x…tp nnt bila nk dkt ngan waktunya..mesti seram sejuk dibuatnya :p
Jom baca entri terkini chii …Kelahiran Baru
sapa2 pun macam tu..first time akan bimbang..tapi bila dah lama2 ok lah
Jom baca entri terkini faizal …9 Sebab Kenapa Perlu Dapatkan Buku English Itu Mudah
jangan gugup sangat buat biasa jer..
Jom baca entri terkini hafiz …Anakku Yaya genap 5 bulan
macam ada pengalaman sahaja
Panduan yang berguna apabila berkahwin nanti 🙂 , tetiba rasa gugup juga ni
Jom baca entri terkini wazy …Aura Beauty Perfect
memang penting untuk bakal pengantin baharu
Jom baca entri terkini faizal …9 Sebab Kenapa Perlu Dapatkan Buku English Itu Mudah
tip ini amat penting sepanjang zaman
Jom baca entri terkini faizal …9 Sebab Kenapa Perlu Dapatkan Buku English Itu Mudah
gugup ooooo sehari sebelum nak kawin. rasa nak lari jer, maklumle tak kenal… pilihan org tua :p
Jom baca entri terkini Ummi Hanie …Mom Blogger Top Referral Contest [sticky]
betul tu. ilmu kena ada baru semuanya dalam keadaan baik. yang penting kena SABAR . 🙂
Jom baca entri terkini Cikgu Syahir …Jawatan Kosong Di Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA
jangan gopoh
buat cool je… dia pandai sendiri je 🙂
Jom baca entri terkini AUC …Theme Jarida Version 2.0.0 Update
heheh…x yah lah nak gugup…wat mcm biasa je…
tips yg amat berguna utk pengantin baru n pasangan yg ingin mendirikan rumah tangga…
teringat ex opismate dulu lelaki la..dia tampal doa untuk bersama kt board tmpt duduk dia..mentang2 tmpt duduk dia tersembunyi sikit..hehe..saba jela:-P