Apa itu Tenaga Boleh Baharu (Renewable Energy)?
Korang masih ingat lagi tak kejadian pada 3 Ogos 1996 iaitu kira-kira 18 tahun lepas??. Jom kita naik mesin masa sekejap and rewind apa jadi pada tahun tu. Masa tu Cik Tom sekolah rendah. Tengah gedik santai bermain-main dengan adik-beradik dekat rumah and tiba-tiba…opss…elektrik terpadam…dunia kami jadi gelap gelita dan hilang arah tuju. Macam biasa mak Cik Tom dengan pantas memasang lilin agar dunia anak-anaknya kembali bersinar. Masa tu pepatah cikgu umpama lilin Cik Tom gantikan dengan mak Cik Tom umpama lilin. hehe….

Cik Tom ingat lagi masa tu lama jugak tak ada elektrik. Lepas mak Cik Tom pasang lilin, kami adik-beradik amik homework masing-masing and duduk mengelilingi lilin. Time tak ada elektrik lah semua semangat nak buat homework. Tadi main-main. Gedik sangat rasa time tu. Masa tu Cik Tom ingat kawasan Cik Tom je tak ada elektrik. Rupa-rupanya sangkaan Cik Tom silap. SATU MALAYSIA BERGELAP.
Cik Tom tahu pun bila keesokan harinya heboh dekat surat khabar dengan TV. Melopong mulut Cik Tom time dengar berita. Rupa-rupanya seluruh Malaysia terputus bekalan elektrik hampir 12 jam. Banyak kerugian dialami golongan berkumpulan mahupun individu apabila sistem lalulintas tergendala, urusan perniagaan dan operasi di kilang-kilang juga terhenti. Kejadian itu disebabkan kerosakan pada pusat janakuasa elektrik di Paka, Terengganu.
Kenapa kita satu Malaysia “bergelap” pada masa tu?? Salah satu sebabnya kerana kita terlalu bergantung pada tenaga elektrik yang dihasilkan dari pembakaran api fosil.
Persoalannya sampai bilakah kita semua nak bergantung pada sumber tenaga asli (petroleum, arang batu dan gas asli) yang akan HABIS jugak pada satu hari nanti? Yang kurang best sumber tenaga asli ini boleh mencemarkan alam sekitar hasil pembakaran api fosil untuk menghasilkan tenaga elektrik.

So, apa yang dapat kita lakukan untuk elak dari kehabisan sumber tenaga asli dan juga pencemaran alam sekitar??
Tunggu dan buat tak tau je ke?
Salah!! Takkanlah dah habis tenaga asli baru semua nak kelam kabut nak cari solution lain kan… So, dari awal ni la iaitu bermula 2001, Malaysia telah berusaha ke arah pembangunan Tenaga Boleh Baharu (TBB)”atau term in english Renewable Energy (RE) untuk penjanaan tenaga elektrik.
Apa yang dimaksudkan dengan Tenaga Boleh Baharu (TBB)?? Secara ringkasnya TBB ialah sumber tenaga yang dihasilkan dari proses semulajadi yang boleh diperbaharui. Ianya terdapat dalam pelbagai jenis antaranya tenaga solar dari cahaya matahari, biomass, biogas, hydro, geothermal, wind dan banyak lagi. TBB ialah teknologi hijau yang tidak mencemarkan alam sekitar sertatenaga tidak akan habis.
Apa jenis dan bentuk tenaga boleh baharu? Haa.. macam cik tom bagitau kat atas sebenarnya terdapat pelbagai jenis TBB bergantung pada kesesuaian tempat untuk melaksanakannya. Antara TBB yang popular dipraktis di negara membangun ialah;

Antara jenis-jenis Tenaga Boleh Baharu (TBB);
- Solar
- Hydro
- Biomass
- Biogas
- Wind
- Geothermal
Kalau kat Malaysia ni, lebih popular dilaksanakanTBB jenis solar, hydro, biomass dan juga biogas. Ini kerana struktur muka bumi dan juga iklim Malaysia yang 12 jam menerima cahaya matahari.
Objektif Dasar dan Pelan Tindakan Kebangsaan Tenaga Boleh Baharu
Akhirnya pada 2 April 2010, telah diluluskan oleh Kabinet perlaksanaan dasar dan tindakan TBB yang mempunyai objektif penting untuk;
- Meningkatkan sumbangan TBB dalam campuran penjanaan tenaga elektrik sedia ada
- Memudahkan pembangunan industri TBB di Malaysia
- Memastikan kos penjanaan TBB yang berpatutan
- Memulihara alam sekitar untuk generasi akan datang
- Meningkatkan kesedaran dan kepentingan TBB pada orang ramai
Kenapa perlu dilaksanakan TBB di Malaysia??
Ini adalah satu alternatif untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dan pembakaran api fosil berterusan daripada penjanaan elektrik. Ianya dapat menjamin keselamatan dan menghasilkan tenaga elektrik tanpa bergantung sepenuhnya pada sumber tenaga aslidalam negara Malaysia.

Korang agak macam mana Renewable Energy dilaksanakan di Malaysia?
Actually, satu Akta Tenaga Boleh Baharu (TBB) 2011 telah memperuntukkan penubuhan dan pelaksanaan sistem tarif khas untuk jadi pemangkin penjanaan tenaga boleh baharu iaitu dipanggil mekanisme Tarif Galakan (Feed-in Tariff). Sustainable Energy Development Authority Malaysia (SEDA Malaysia) iaitu Badan Berkanun di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) yang berperanan dalam menguruskan pelaksanaan mekanisme Tarif Galakan (FiT).
InsyaAllah pada artikel akan datang, cik tom akan ceritakan mengenai Feed-in Tariff pulak ye. Kalau cerita kat sini panjang pulak. Tak sempat korang nak hadam sekaligus. Harap korang faham dengan serba sedikit penerangan cik tom mengenai Renewable Energy atau Tenaga Boleh Baharu.
Jom kita laksanakan kempen #SAVE ENERGY menggunakan elektrik dengan cara bijak dan janganlah membazir…
Sumber rujukan;
- SEDA Malaysia
- Annual Report 2011 SEDA
- TNB Careline
- TNB Energy Savings at Home
- Bekalan elektrik terputus satu Malaysia
Sharing is caring
Mengenai tenaga diperbarahui semakin di perkatakan. Dikala negara kita begitu teruja mengunakan solar panel manakala dinegara maju sudah mula membincangkan:
1. impak alam penggunaan solar panel untuk skala besar sebagai contoh kawasan dan habitat yang perlu dikorbankan
2. bahan-bahan toksik yang digunakan untuk mengilang sel solar panel
3. isu pelupusan solar panel yang sudah capai jangka hayat.
Jom baca entri terkini akubiomed …Churpremiere menonton RoboCop 2014
negara malaysia baru nak mbangunkan sistem solar ni.. utk mengelakkan kita bergantung 100% hanya pada sumber asli -minyak yg bakal habis satu hari nati….
so alternatifnya, kita tpaksa korbankan certain kwsn utk bangunkan sistem solar..tp xsemua perlukan kawasan luas utk sistem solar…ada certain letakkan diatas bmbg bangunan cnthnye klcc.. atas atap rumah perseorangan.. .
utk isu toksik & pelupusan solar panel rsnya diorg ada cara untk handle dan lupuskan dgn sebaiknya… skang byk pilihan yg ada & solution yg kita boleh cari & usahakan ..
memang tak ramai yang tahu tentang RE ni.
Jom baca entri terkini titan …SEDA Malaysia Blogger Site Visit – Melaka Worlds Solar Valley Tour (Part 2)
kan2.. bagus site visit SEDA ni banyak bg kesedaran pasal RE…
Salam…mengenai RE ni,memang banyak Kebaikan dari Keburukan,sentuh Pasal overdue Equipment untuk melaksanakan R.E,cth :solar panel,kan dah ADA yg lebih mesra Alam,lagi satu solution yg kawan nmpk …memang Solar Energy yg banyak manfaat,halo ..bukan senang cahaya Matahari nak smpai ke Bumi ni Bro
yup..ciktom stuju memang banyak kebaikan RE ni… overdue equipment pun longterm not shorterm…
terima kasih atas pndpt awk..
Dulu…memang sempat lah study dalam lampu lilin…haha..tapi masa elektrik tiada lah…
Jom baca entri terkini Hafizul …Panduan Peperiksaan Pegawai Belia Dan Sukan
ye x ni?? ntah2 masa kecik suka main lilin ek? bukan sbb xde elektrik.. hehe…
Thanks for sharing!