Kenapa Kita Kena Jimat Guna Elektrik??
Agak-agak korang kenapa kita kena jimat elektrik ek??
Pernah tak korang ada habit tertidur tapi laptop atau TV still on sampai ke pagi? Tue ada yang senyum-senyum baca ni selalu buat camtu kan?.. hehe..
Elektrik yang korang biar tanpa digunakan tue satu pembaziran tau! Rugi… Rugi… Korang ingat mudah ke nak hasilkan tenaga elektrik. Cuba tengok contoh kat sistem janakuasa elektrik di Paka, Terengganu.
- Mula-mula kena korek dulu dapatkan bahan api fosil kat pelantar tengah laut.
- Kemudian bahan api fosil tersebut dibakar dengan suhu yang tinggi untuk menghasilkan tenaga elektrik.
- Hasil pembakaran bahan api fosil tu keluarkan banyak karbon dioksida.
- Karbon yang terhasil tu yang menjadi punca utama pemanasan global.
Pastu bahan api fosil ni terjadi hasil dari pemendapan fosil dari tulang reput zaman dinasor berjuta-juta tahun dulu lagi. Sumber api fosil ni ialah sumber tenaga asli yang bakal habis satu hari nanti dan tidak boleh diulang guna. Nak hasilkan lagi sumber fosil ni?? Alamaknya kena tunggu berjuta tahun lagi la gayanya.
Oleh sebab tue, kita semua kena belajar jimatkan elektrik. Bukan sebab naik RE Fund baru duk kalut nak save energy.
Kalau nak diikutkan semenjak dari tahun 2011 lagi pihak kerajaan telah melaksanakan Program SAVE yang berfungsi untuk mempromosi dan mencipta sebuah budaya penggunaan cekap tenaga dikalangan orang ramai, entiti perniagaan dengan tujuan untuk penjimatan kos dan tenaga.
Dari sinilah jadi pemangkin tertubuhnya SEDA Malaysia yang berfungsi untuk mengalakkan dan melaksanakan dasar negara bagi tenaga boleh baharu (TBB). Sumber TBB ini dibangunkan untuk menggelakkan Malaysia terlalu bergantung pada sumber tenaga fosil.
Jom baca: Apa itu Tenaga Boleh Baharu (TBB)?
Untuk menggalakan lebih banyak kapasiti elektrik dihasilkan sejajar dengan kepadatan penduduk Malaysia. Surcaj RE Fund juga dinaikkan bermula 2014 dari 1% ke 1.6%. Sumbangan sebanyak 1.6% dicaj dari bayaran bil elektrik korang itu akan disumbangkan kepada Pemaju Renewable Energy (RE) yang bersusah payah membekalkan elektrik tambahan bagi menampung tenaga elektrik setiap bulan.
Ok bawah ni infografik tip nak jimatkan penggunaan elektrik dari TNB. Mudah je kan? Yang tinggal rajin atau malas je nak buat. Huhu…
Cara Bijak Jimat Tenaga Elektrik
Tips Jimat Elektrik 1: Cabutkan plug peralatan elektrik untuk menjimatkan tenaga dan wang korang.
Tips Jimat Elektrik 2: Sila basuh baju tu dengan muatan penuh supaya dapat jimatkan tenaga dan masa. Muatan penuh je bukan muatan terlebih penuh pulakk.. huhu..
Tips Jimat Elektrik 3: Bersihkan penapis penyaman udara untuk lebih jimat dan lebih sejuk.
Tips Jimat Elektrik 4: Jimat tenaga dengan memastikan tingkap dan pintu ditutup rapat ketika penyaman udara berfungsi.
Tips Jimat Elektrik 5: Berjimat dengan menggunakan mentol jimat tenaga.
Jom amalkan cara berjimat elektrik jika korang sayangkan bumi Malaysia. Ini untuk kepentingan generasi cucu cicit korang jugak. Kalau tak sayang boleh pindah planet lain. Hehe…
Sumber rujukan: SEDA Malaysia, Function of SEDA Malaysia, TNB Official Website, Facebook TNB Careline.
Sharing is caring
Penjimatan boleh dilakukan dengan memperbetulkan sikap kita.
Jom baca entri terkini akubiomed …Churpremiere menonton RoboCop 2014
pendek kata..kena penggunaan jimat elektrik dengan lebih bijak.
Jom baca entri terkini titan …SEDA Malaysia Blogger Site Visit – Melaka Worlds Solar Valley Tour (Part 2)
Memang kena belajar jimatkan elektrik skrg ni
Jom baca entri terkini hafiz …Perlawanan JDT vs T-Team Piala FA 2014
bila baca, rasa takut pulak…mcm mne lah nnt kalau semua bahan fosil dah xde
Jom baca entri terkini cik amal …BLOG RUMAHTANGGA
Emm kalau lah lampu dan klipas ni boleh bercakap, dah lama saya kena maki hamun..hahaha
Jom baca entri terkini Hafizul …Panduan Peperiksaan Pegawai Belia Dan Sukan
biasa kalau nak keluar rumah.. mesti mahu check betul2.. apa letrik semua dah matikan belum. kipas, lampu, tv… kena pastikan dulu
Jom baca entri terkini zik …Safee sali meninggal dunia?? penipuan di fan page facebook
saya mahu lebih ramai orang mampu menjimatkan bil elektrik di rumah mereka setiap bulan, dan sekaligus menyelamatkan dunia ini dari pencemaran dan juga masalah rumah hijau yang disebabkan oleh pembaziran penggunaan sumber tenaga.
susah nak berjimat kalau tak berhemat
Jom baca entri terkini suri …Cara Pikat Suami Dalam Masa Lima Minit
Betul tu, jangan main ambil mudah jer walaupun bil bawah RM 20 tak perlu bayar.
Jom baca entri terkini myliferia …Cerita Kisah Saya Menjadi Ahli Shaklee
Jimat dan cermat adala amalan saya…hehe
Bagus untuk diamalkan. Tambah2 sekarang ni taraf hidup semakin tinggi.
Jom baca entri terkini yusri …Do Laxatives Help You Lose Weight? – A Quick Review