Jom Save the Date #Conference ISES 2014 Malaysia
Salam dan hi!!
Cik tom nak share dengan korang satu conference atau sidang ISES 2014 menarik yang akan diadakan selama 2 hari pada 18 dan 19 Mac 2014. InsyaAllah bakal berlangsung di Sunway Resort Hotel and Spa, PetalingJaya, Selangor. Jika takde aral melintang cik tom pun bakal join conference ni. Satu peluang mendapatkan ilmu mengenai Renewable Energy (RE).

ISES 2014 ini ialah shortform dari perkataan International Sustainable Energy Summit 2014. ISES 2014 ini telah diadakan buat kali keduanya dibawah anjuran SEDA Malaysia dengan bertujuan mewujudkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan tenaga boleh baharu (TBB).
Kali pertama ISES dianjurkan di Malaysia ialah pada tahun 2012. Conference kali ini agak besar dan mendapat sokongan penuh daripada pelbagai badan kerajaan dan swasta iaitu dari KeTTHA (Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air), Media partner bersama Malaysian Reserve serta mendapat sponsor dari TNB, CIMB, Cypark, TUV SUB PSB Malaysia, dan Bank Muamalat. Sponsor dan partner mungkin akan bertambah dari masa ke semasa. Pada yang berminat pun boleh jadi sponsor ISES 2014. Sila lihat yang terkini di www.ises.gov.my.

ISES 2014 bertujuan untuk berkongsi idea dan membantu mengenal pasti cara-cara menyediakan ilmu pengetahuan, teknologi dan pembiayaan bagi transformasi ke arah kemerdekaan tenaga dan pembangunan mampan. ISES 2014 juga menyediakan platform dan peluang untuk Renewable Energy (RE) dan Energy Efficiency (EE) industri profesional di Malaysia dan dunia untuk bertemu, berbincang dan mendapatkan maklumat terkini serta isu-isu yang berkaitan dengan Tenaga Lestari di Malaysia.
SEDA Malaysia pula akan menyediakan maklumat terkini dan pembangunan mengenai RE dan EE terkini di negara ini berkenaan dengan rangka kerja undang-undang dan pelaksanaan.
Antara topik penting yang bakal disampaikan oleh penceramah terkenal dari seluruh dunia termasuk;
- International Case Studies on Sustainable Energy Policies
- Financing Sustainable Energy Projects
- Sustainable Energy Technologies
- Renewable Resources
- Energy Efficiency
Aturcara sepanjang 2 hari Conference ISES 2014;

Antara speaker yang hadir dalam ISES 2014. Bukan calang-calang orang. Semuanya hebat samada dari dalam mahupun luar Malaysia. Pakar untuk membincangkan idea dan implementation Renewable Energy in Malaysia.

Jom ramai-ramai kita pakat pergi program ISES 2014. Lagi tambah seronok tambah ilmu pengetahuan mengenai renewable energy, idea-idea baru dan isu mengenai renewable energy sambil bertukar-tukar pendapat.
Daftar untuk join ISES 2014 di; Register ISES 2014 atau details untuk jadi sponsor dan iklan di: Advertisement and Sponsorship.
Sumber rujukan: ISES 2014 Malaysia, 2nd ISES 2014, Speaker ISES 2014
Sharing is caring
Terima kasih di atas perkongsian info. . Bila sebut tentang SEDA, solar dan tenaga elektrik boleh baharu. . Teringat dekat satu draft dalam blog saya yang masih belum disiapkan lagi. ..
Jom baca entri terkini anuar …Update Senarai Pemenang Terkini Giveaway Pertama Blog Coretan Anuar
my pleasure… haa cepat2 siapkan draft artikel tue.. pssstt artikel pe ek? heheee…
Jom baca entri terkini ciktom …Tepung Magic Resepi Kek Coklat Moist.. Mudah dan Sedap
Wahhhh cik tom pun nak pergi ekk..hehe..mesti banyak ilmu dalam majlis ni yang boleh kita adaptasikan dalam kehidupan seharian…
Jom baca entri terkini Hafizul …Panduan Peperiksaan Pegawai Belia Dan Sukan
insyaAllah..jomlah join sekali… tambah ilmu satu pelaburan menguntungkan ni tau…
eh join ke? ada discuss ngan ofismate jgk psl ises ni.. dia interested nak gi jgk sesuai ngan bidang dia…
rs teringin nak gi jgk… mesti best klo dpt attend.. nak discuss dulu dgn boss.. hahahaa….
join..jomlah join… ramai2 lg meriah..
Jom baca entri terkini ciktom …Jenis Sumber Tenaga Dan Perbandingannya