Jenis Sumber Tenaga Dan Perbandingannya

Dulu Cik Tom pernah kena tegur untuk tukar kata ganti nama “korang” dengan suggest dekat Cik Tom supaya guna “Uolss”. Baiklah, hari ni Cik Tom nak feeling-feeling lecture sikit and nak explain kat uolss semua tentang TENAGA .

TENAGA= satu daya atau kemampuan untuk melakukan kerja atau menggerakkan sesuatu.

Pernah tak terlintas dekat kepala kita apa akan jadi bila TENAGA HABIS?

Use energy wisely
Use energy wisely | Sumber: monografias.com

KITA TAK BOLEH BEKERJA KE? HABIS TU NAK BUAT APA? Melepek di tilam 24 jam? Oh no…sungguh tak produktif.

Eh buat balik tenaga api fosil? Ingat senang ke? Untuk menghasilkan bahan api fossil yang tertanam di dalam dasar bumi memakan masa berjuta tahun. Bukan boleh tercipta sekelip mata ye uolss…

Proses terhasilnya bahan api fosil dan pembakaran fosil yang menyumbang climate change
Proses terhasilnya bahan api fosil dan pembakaran fosil yang menyumbang climate change | Sumber: monografias.com

Sebagai manusia, selagi kita hidup memang kita kena sentiasa bekerja. Jadi, kita tidak boleh bergantung kepada satu sumber sahaja untuk mendapatkan tenaga. Sekarang ni dekat Malaysia kita banyak menggunakan sumber tenaga daripada sumber fossil.

Jom baca: Tenaga Boleh Baharu (TBB)

Tapi kalau kita kehabisan sumber fossil apa kita nak buat?. So, sekarang Cik Tom nak ajak uolss tengok dan kaji 3 sumber tenaga alternatif untuk menggantikan tenaga fossil yang kita guna sekarang. Lets check it out!!!

Jenis Tenaga Nuklear Biomass Solar
Kelebihan
  • Bahan bakarnya tidak mahal
  • Mudah untuk dipindahkan (dengan sistem keamanan yang ketat)
  • Tenaganya sangat tinggi
  • Malaysia terdapat banyak sisa haiwan dan tumbuhan terutamanya kelapa sawit
  • Tenaga matahari bebas untuk diperoleh.
  • Cahaya matahari tak perlu dibayar dan bukan hak kepunyaan sesiapa.
Kekurangan
  • Memerlukan biaya yang besar untuk sistem penyimpanannya disebabkan dari bahaya radiasi energi nuklear itu sendiri
  • Masalah pemilikan energi nuklear disebabkan karena bahayanya nuklear sebagai senjata pemusnah dan produk buangannya yang sangat radioaktif
  • Tidak efisien jika hanya sedikit dibangunkan
  • Menyumbang kepada pemanasan global.
  • Bergantung pada cuaca, waktu, dan kawasan

 

Encik Tenaga 1: Aku sudah penat, manusia berhabis-habisan menggunakan aku.

Manusia: Tolonglah Encik Tenaga, kami memerlukan dirimu.

Encik Tenaga 1: Kau tak faham bahasa ke? Sold out already!

Manusia: Ah…tension!!!!

Encik Tenaga 2: Jangan bimbang, terimalah dengan kuasa bulan…eh silap…dengan kuasa MATAHARI…

Out of these three sources, Cik Tom pilih TENAGA MATAHARI atau SOLAR untuk menggantikan tenaga yang kita guna sekarang.

Mengapakah???

Solar energy
Solar energy | Sumber: ieatgreen.com

Sistem solar menjadi teknologi bertepatan dengan Malaysia kerana negara ini mempunyai kelebihan dari segi penerimaan cahaya matahari yang banyak sepanjang tahun. Lagipun, Malaysia memiliki inisiatif berkaitan solar apabila Projek Fotovoltaik Bersepadu Bangunan Malaysia (MBIPV) bernilai RM95 juta, projek nasional bagi tenaga yang diperbaharui akan menggalakkan penggunaan teknologi itu bagi memanfaatkan tenaga solar dan mengeluarkan elektrik untuk bangunan.

Dari tenaga cahaya matahari kepada tenaga elektrik | Sumber: Solar Power
Dari tenaga cahaya matahari kepada tenaga elektrik | Sumber: Solar Power

Jadi dalam penjanaan Tenaga Boleh Baharu (TBB) inilah SEDA Malaysia berperanan untuk melaksanakan Sistem Feed-in Tariff (FiT) di Malaysia. 1.6% akan dicaj dalam bil elektrik sekiranya penggunaan elektrik melebihi RM77 ke atas sebulan.

Duit dari sumbangan 1.6 % akan disalurkan ke dalam dana RE (RE Fund) atau Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB). Kemudian, SEDA Malaysia akan menguruskan RE Fund dengan membayar kadartarif kepada pembekal RE yang membekalkan Tenaga Boleh Baharu (TBB) kepada pihak TNB yang akan membelinya.

Err.. Uolss faham tak penerangan yang cik tom bagi tue? Kalau ada mana-mana part yang tak faham. Boleh tanya ye uolss… hehe…

Jadilah gunalah sumber tenaga elektrik dengan cara cermat dan bijak ye.

Sumber rujukan: SEDA Malaysia, Tenaga Biomass, Fed-in Tariff (FiT), Tenaga Boleh Baharu (TBB)

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

28 thoughts on “Jenis Sumber Tenaga Dan Perbandingannya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!