Kenapa Rezeki Susah Nak Masuk?
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua yang berkunjung ke blog ciktom….. Jom sama-sama renungkan antara 8 sebab kenapa rezeki susah nak masuk dalam kehidupan kita. Agak-agak antara 8 ciri-ciri tue ada tak yang kita pernah buat tanpa disedari dan ianya menjadi penyekat rezeki pada diri.

Ini infografik yang cik tom copy dari facebook kawan. Tengok watermark infografik kenapa rezeki susah nak masuk ini dari baitulmuslim.com.
1. Berkira untuk membantu memudahkan hal yang baik
Manusia sekarang banyak berkira kalau nak bantu buat hal baik. Contohnya pertolongan dalam projek amal bantu anak yatim time weekend mesti liat je. Kalau bab duit masuk memang laju. Kadangkala kita tak sedar kekhilafan kita dan kita pandang hal tue hal kecik je. Kalau diri sendiri dah liat untuk bantu mudahkan hal baik, agak-agak Allah mudah gak nak bagi kita rezeki tak??
2. Asyik mencanang perihal duit yang tidak cukup untuk urusan itu dan ini
Duit banyak mana pun masih dirasakan tak cukup dan tak cukup. Setiap kali buat apa-apa pun suka merungut tak cukup duit. Merungut sana sini dalam blog, facebook, twitter. Emak selalu cakap jangan asyik merungut takde duit nanti betul2 takde duit. Senang cakap duit yang ada cukup makan. Kalau tak cukup duit usahakan bagi banyak duit.
3. Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit
Setiap kali dapat duit, terus fikir nak beli itu dan ini. Tapi tak terlintas langsung nak bersedekah hatta seringgit. Jom sempena 2014 ni tanamkan niat dalam diri setiap kali dapat duit, hulurkan sebahagian darinya untuk sedekah pada mereka yang memerlukan. InsyaAllah rezeki yang dikongsikan akan bertambah berkat.
4. Riak bila bersedekah
Yang tadi kes berkira untuk bersedekah. Ni kes riak pulak bila dah sedekah. Habis pergi canang dalam suratkhabar, facebook, blog, kat kawan-kawan baru lepas derma mangsa banjir dengan niat nak menunjuk-nunjuk duit banyak. Niat dah salah walaupun sedekah itu satu perkara yang baik. Sebaiknya elakkan sifat riak dalam diri.
5. Gemar mengungkit pemberian
Masa kecil dulu cik tom memang suka mengungkit apa-apa pemberian kat abang atau adik. Hehe.. Buruk perangai. Tue semua perangai budak-budak. Malu kalau dah besar masih duk ungkit-mengungkit pemberian yang diberikan. Dah besar matangkan diri dan segala perbuatan ye.
6. Banyak membuat maksiat
Kalau dah banyak buat maksiat dan perkara yang dilarang oleh Allah, disempitkan pintu rezeki kepada kita. Kalau ada yang cakap eh murah je rezeki walaupun duk maksiat hari-hari. Tue bukan rezeki tapi ujian buat umatNYA. Kalau perasan duit yang senang masuk tue jugak senang nak mengalir keluar bila dah tak berkat ni.
7. Kurang beristighfar
Perbanyakkan istighfar dan selawat ke atas nabi dalam kehidupan seharian kita. InsyaAllah bertambah-tambah berkat setiap perkara yang dilakukan.
8. Tidak bersyukur
Jangan terlalu membandingkan diri dengan apa yang orang lain ada yang kita takde. Kalau banding untuk improvement diri bagus. Kalau banding setakat merungut baik tak payah. Buang masa. Bersyukurlah dengan apa yang ada dan cuba perbaiki diri untuk lebih baik.
Cik tom dengar antara hot sale produk jomniaga ialah ebook menjemput rezeki. Wah semua duk berebut nak cari rezeki lebih dengan kadar kenaikan barang 2014 ni.
Ramai yang review ebook ni bagus bagi memudahkan menjemput rezeki hadir dalam hidup kita. Bukan manusia je kena jemput masuk dalam rumah. Rezeki pun kita kena jemput tau. Untuk maklumat lanjut boleh baca review di laman; mudahnya menjemput rezeki. Sama-sama doakan ke hadrat Ilahi semoga dimurahkan pintu rezeki kita semua.
Sharing is caring
susah rezeki tak masuk baik selidik mana bahagia kurang.ada kata sebab kita kurang murahkan rezeki pada orang lain erti kara kita kurang bersedekah.wahualm.
Jom baca entri terkini suri …Doa Niat, Sebelum Dan Selepas Mengambil Wuduk
bab rezeki ini memang kita kena berhati-hati
Jom baca entri terkini faizal …9 Sebab Kenapa Perlu Dapatkan Buku English Itu Mudah
hot sale mudah mencari rezeki harap akan murah rezeki kita semua ya cik tom.
ps/: cik tom sihat?
Jom baca entri terkini suri …Kenangan Bersamamu Mazila Zainal
Riak.. syirik kecil.. Tapi itulah yang selalu kita buat samada sedar ataupun tidak. Minta dijauhkan sifat2 tercela tu kan Cik Tom?
Jom baca entri terkini Penjejak Mimpi …Trip to Vietnam – Hari Pertama
riyak ini bukan sahaja menjauhkan rezeki malahan bimbang kita mensyirikkan Allah
Jom baca entri terkini faizal …9 Sebab Kenapa Perlu Dapatkan Buku English Itu Mudah
tang riak tu bahaya bile ati tak dijaga… slalu kene ingat, rezeki tu milikNya
Jom baca entri terkini Farzli …Saya Nak RM300 Angpow Daripada Nile.com.my
memang betul sangat..bila kita ingat semuanya milik Allah…hilanglah rasa riyak
Jom baca entri terkini faizal …9 Sebab Kenapa Perlu Dapatkan Buku English Itu Mudah
Salam Jumaat cik tom..moga rezeki kita dipermudahkan..
Jom baca entri terkini raudzah …Kebersihan Itu Punca Segala Penyakit?
banyak mana rezeki pun tak cukup kalau tak tahu besyukur
Jom baca entri terkini TehR …10 Blog Terbaik Sepanjang 2013
Info grafik yang dapat memberi kesedaran. Moda mudah rezeki masuk.
banyakkan istigfar pasti rezeki akan murah insyaAllah
Jom baca entri terkini Khairul Zamri …Madu Acacia
ya Allah, Engkau mudahkanlah rezeki kami semua.. ameeeennn..
Jom baca entri terkini ledibed …Tomato – Bagus Untuk Sistem Pencernaan
Betul apa yg ciktom cakap tu … kita tak bersyukur,tak ingat pada DIA, mana mungkin nak minta macam2 pula ye. Emm sis pun pernah tulis bab ni sebagai perkongsian ..
Jom baca entri terkini Dja@SisHaza …PETUA MUDAH AWET MUDA
Saya baru sahaja membaca buku Mudahnya Menjemput Rezeki. Memang terkesan dengan buku itu.
Jom baca entri terkini drInspirasi …Tips Belajar Bahasa
perkara kecil yg serngkali kita terlepas pandang..harap2 dgn perkongsian dr cik tom..akan membuatkn kita semua bermuhasabah diri blk..tq cik tom 🙂
Jom baca entri terkini chii …Kelahiran Baru
Terima kasih di atas perkongsian info…
Jom baca entri terkini Anuar …Syukur Alhamdulillah… Cek yang ditunggu telah pun tiba…
Emm betul tu cik tom..kadang2 kenapa kita rasa nak berkira sangat bila bersedekah..hulur aje nilai yang kita mampu..tak yah kedekut sangat..kan?haha..peringatan untuk diri sendiri juga….
Jom baca entri terkini Hafizul …4 Tips Bermanja Dengan Suami
Jika ingin rezeki yang melimpah ruah , kena juga lah berusaha serta tidak pula lupa untuk berdoa memohon rezeki darinya.
Jom baca entri terkini onlajer …Custom Made Sticker Kereta
semoga rezeki kita semua bertambah baik tahun ini…amin…
Jom baca entri terkini papa mifz …Power Bank Yoobao YB-6016 Berwarna Merah
betul tu…mmg bnyk sbb rezeki kita susah nak masuk..kita kena kaji dan ubah cara kita kalau kita rasa susah sgt rezeki kita nak dapat…satu lagi,jangan asyik nak salahkan org je…kita yang kena usaha..
Jom baca entri terkini Zura Rahman …Promosi Berapi BB Plus Collagen
Terima kasih atas perkongsian ni ya Cik Tom. Kalau yang dah berkahwin, kalau melawan suami pun susah nak dapat rezeki.
Jom baca entri terkini Nia Mk …Bahaya Alfalfa? Mitos yang boleh dipertikaikan
fuhh..masih banyak lagi kena usaha nih..
Jom baca entri terkini guliroket …JDT bermula garang mengigit Perak.
tulah kita, biasanya dengan orang luar or kawan2 memang jadi pemurah pelik, tapi bila dengan keluarga, berkira ya ampun.
cubalah buat mana teraik untuk diri kalau kita nak murah rezeki selalu
Jom baca entri terkini suri …Wow 5 Sebab Harus Milik English Itu Mudah
Semoga kita semua dimurahkan rezeki…amin
Jom baca entri terkini wazy …Aura Beauty Perfect
terima kasih di atas perkongsia ini…moga-moga dimurahkan rezeki
Jom baca entri terkini faizal …9 Sebab Kenapa Perlu Dapatkan Buku English Itu Mudah
semoga semua rakan-rakan ciktom dimurahkan rezeki
Jom baca entri terkini halim …Komisen ke-6 Dari Bisnes Wifi Hotspot