Halalkah Punca Rezeki Kita?
Isu lapuk kot pasal blogger cari hasil duit dari berblogging. Termasuk cik tom menjadikan blog ini salah satu punca rezeki sampingan buat diri cik tom. Tapi terdetiknya dalam fikiran cik tom, halalkah punca rezeki kita?
Halal bukan pada zahirnya sahaja seperti makanan yang halal. Yang lebih penting punca dan sumbernya untuk mendapatkan makanan tersebut mestilah daripada cara yang halal seperti tidak menipu dan lain-lain perkara yang menyeleweng. Rezeki kita mestilah datang daripada sumber atau punca yang halal jika kita ingin mendapat keberkatan dan keredaan daripada Allah s.w.t.
Memang banyak kali dah isu pasal hukum iklan nuffnang samaada halal atau tidak? Tapi ciktom berpegang hukumnya halal berdasarkan kefahaman cik tom sendiri dari pembacaan artikel;Â Upah Dari Google Adsense & Nuffnang : Haruskah?, Betulkah Nuffnang Haram? &Â Soal Jawab : Hukum Pendapatan Hasil Nuffnang. Siapa yang masih teragak-agak atau was-was better elakkan dari terlibat.
Satu lagi isu yang menarik cik tom fikirkan ialah bagaimana pula rezeki iklan hasil dari trafik entry/ artikel fitnah memfitnah, lucah dan seangkatan dengannya? Kebanyakan blogger sibuk mengejar trafik semata-mata sampai kita alpa sebab fikir nak kejar hot keyword  di enjin carian je. Gambar yang dimasukkan blog pun dah 18SX even niat konon nak review movie atau untuk teguran. Tapi mata-mata pelawat yang memandang dapat dilindungikah nafsunya ketika memandang?
Bagaimana pula kalau entry jenis fitnah atau info yang salah di blog tue dishare pula oleh pelawat lain di blog, facebook mahupun medium lain. Maka makin bertambah2 dosa free kita dapat. Tepuk dada tanya diri. Mana yang terbaik yang diinginkan.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: Hai sekelian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu. (Surah Al-Baqarah: 168)
Semoga Allah s.w.t memberi kita kekuatan untuk terus mencari keberkatan dalam setiap punca rezeki yang kita perolehi. Jangan sesekali merungut. Merungut membuatkan pintu rezeki semakin jauh dari kita. Oleh sebab tu kita perlu belajar untuk rasa bersyukur. InsyaAllah kita akan semakin dimurahkan rezeki. amin..
“Mencari yang halal itu wajib”
Sharing is caring
ingatan & kupasan yg baik!
dlm syok blogging..mmg boleh terlupa hal gini. lagi2 bila sibuk nk kejar hasil iklan.
untuk ingatan ciktom sendiri juga..bila otak dah asyik fikir pasal duit ni kadang halal ke haram dah jadi no 2..
entry tak sama cik tom,entry ciktom lagi detail n sempoi..sy kalau buat entry panjang confirm tiada siapa nak baca..hehehe
#harap sy tiada lupa ini semua..
eleh ye la tue..ciktom suka je baca entry achie..byk tersirat..
Selagi bukan iklan arak dan iklan wanita mendedahkan aurat tidak ada masalah.Tentang blog tu tak pasti kena rujuk yg arif…
ciktom pn pgg point 1 tue..yg tentang blog tue pndpt ciktom..tue byk tnye n ckp boleh fikir sendiri..masing2 dah besar..sbb syarat utama iklan wanita xdedah aurat..kalau dah blog tayang gambar blog dedah aurat..xke lebih kurang konsepnya?
Cik Tom, sbb itulah sy berbloging hanya untuk berkongsi cerita ceriti dan tidak ade satu pon iklan nuffnang ker, churp churp ker or wht so ever di blog sy…
owh..eh xupdate blog ke?ada 1 entry je tahun 2009..
duit dari blog gosip mesti tak baik kan?
wallahualam..xpasti kesahihannya tapi sebagai manusia kita boleh fikir secara logik kan..
moga2 kita sentiasa dilindungi oleh Allah swt..
amin
yup..amin mas 🙂
mudah-mudahan..amin..
moga baik2 saje semua nya.jgn lah buat entry lucah.
yup semoga dijauhi dr buat entry lucah atau xsepatutnya.
kalau guna entri panas tak lain untuk dapatkan trafik segera.. buat duit dengan blog tak mustahil tapi bukan mudah.. menarik perkongsian ni,takdelah lapuk pun..blogger2 baru perlu tahu isu ini..
yup biasanya macam tue la..tgk blogger yg ramai jd wartawan bt blog berita je..huhu..
tapi pelik la cik tom..akak tengok blogger2 yang selalu letak gambar tak elok kat blog ni kebanyakan nye blogger2 yang dah dikenali dan punye nama.trafic pun tinggi tapi macam terdesak je..
dan kebanyakan nya lelaki..
entah la akak..tengok blogger lelaki or perempuan sama naik je..kejar trafik dengan cara yang salah..
niat saya bukan duit semata-mata, just sebagai diary hidup..kalau ade rezeki tu alhamdulillah..
alhamdulillah semoga dimurahkan rezeki mymie 🙂
saya setuju dengan pandangan yg dilontarkan ciktom
ok tq 🙂
perkongsian yang baik, ciktom
moga2 kita sentiasa dilindungi dari menyiarkan sesuatu yang tak baik
yup insyaAllah tehr..kita kdg2 kena byk muhasabah diri n saling ingat mengingati 🙂
Secara peribadi, guna affiliate, PPC, PPP dan macam2 jenis lagi cara buat duit secara online ni kebanyakannya saya tak nampak “haramnya”. Yang menjadikannya haram dan salah bila disalahguna oleh pihak2 tidak bertanggungjawab dan tidak mengikut syarat yang ditetapkan, seperti menggalakkan pertukaran klik dan sbgnya.
yup betul tue..thanks utk pandangan yg diberikan..
Bab2 ni mmg sensitive jugak…ade yg suka ada yg tak suka bila entri mcm ni…tp suka atau tidak inilah realitinya…semoga sama kita berblog dgn lebih kpd perkara2 positif….jauhkan dr perkara2 negatif…
yup..biasalah standard life..ada yang suka n ada yang tak suka..huhu
Satu ingata kepada saya supaya mencari yang halal itu wajib. Terima kasih Cik Tom.
sama2..saling ingat mengingati..
if saya, kalau selepas tulis sesuatu entry, tiba-tiba rasa tak sedap hati, thats means ada yang tak kena, so remove ler post berkenaan.
bab iklan, dah setting non alcohol n non porno..
cik tom sendiri pun pernah remove/ delete entry bila rasa something wrong je..
better elakkan..bgslh kl dah setting..
pernah juga terfikir pasal duit nuffnang ni..tapi selagi iklan tu tak ada yang memudaratkan tak apa kot..kena yakin..dan pasal keyword artis semua tu insyaallah takkan ada melainkan artis yang soleh solehah..:)
alhamdulillah baguslah yana ni..
saya setuju dengan cik tom.
apa sahaja yang kita buat,buat kerana Allah.
tentang rezeki,Allah dah tentukan.
bila buat kerana Allah,pasti tak akan buat perkara perkara yang dilarang Allah.
Wallahu a’lam
yup betul tue..semoga kita semua dilindungi dari buat perkara yang slh dilarang oleh Allah..insyaAllah..
peringatan yang menarik kdg2 kit aleka dengan tawaran menarik dr pengikalan..:)
cik tom sendiri pun selalu terleka gak bila tengok semua duk cerita duit masyuk..hee
Hati2 dengan setiap artikel yg di publish dan komen2 yg ditulis di blog kawan2. walau nampak remeh tapi mengundang bala kalu ianya menimbul fitnah dan mengaibkan pihak lain
ye tue akak..ciktom pun rasa entry cik tom perlu banyak diperbaiki…supaya takde aibkan pihak lain.
Secara amnya saya setuju dengan apa yang diutarakan dalam permasalahan ini. Kebanyakkan dari kita masih lagi belum memahami apa makna rezeki halal dan haram dengan sebaiknya. Maka benarlah apa yang dikatakan dalam satu hadis dimana akhir zaman nanti orang sudah tidak memikirkan lagi sumber harta yang dimiliki.
Dan saya tertanya-tanya, kenapa skema sangat saya komen ini? Oh tidak!! Haha..
hehehee….memang skema sangat komen tapi takpe cik tom suka baca…heee
peringatan yg bermanfaat..moga kita semua tidak terlepas pandang dan tak terlepas cakap…tq cik tom
sama2 dinar..kita sesama saudara islam kena saling ingat mengingati..kalau ciktom terlupa lain kali dinar plk kena ingatkan..
mencari yang halal itu wajib..ye betul..gud sharing dear..
ramai juga yang buat blog dan tarik trafik dengan cara mcm ni..cerita hal rumah tangga artis, cerai berai..hot hot tapi kebiasaannya..hanya mampu melihat..x berani nk komen ape2..biar la mereka..asal dorang bahagia
mungkin yang pakar boleh buat sesuatu
thanks akak…memang ramai yang cari tarfik cara salah…nak nasihat lebih2 susah jugak..cuma boleh nasihat secara halus je sebab cik tom pun bukan baik sangat..
Terima kasih cik tom atas penjelasan tentang Nuffnang ni , dulu was-was lah jugak dengan nuffnang ni , hehe . Nanti ada masa saya akan cuba sampaikan kepada rakan blogger lain pula
Jom baca entri terkini SM …Tutorial : Download Paint Tool Sai Full Version (NO TRIAL)
terimakasih guys semoga bermanfaat
sama2..