Hasil Dekorasi Ruang Pejabat Kecil (SOHO)

Hasil Dekorasi Ruang Pejabat Kecil | Assalamualaikum dan salam sayang… Alhamdulillah ruangan #SOHO ni dah lama tapi macam biasa kelengkapannya beli sikit-sikit mengikut bajet semasa yang ada. Deko pejabat kecil ni ciktom buat bersama suami sebab kira ruang ni kami kongsi bersama untuk buat kerja macam update blog ke. Yelah suami ciktom pun blogger, titik perkenalan kami pun dari blog. hehe..

Apa itu SOHO

SOHO ialah ringkasan kepada perkataan Small Office Home Office (SOHO). Sekarang dah memang trend juga setiap rumah pasti ada satu ruang kecil untuk buat mini pejabat atau seperti pejabat kecil rumah kecil (SOHO).

Hasil Dekorasi Ruang Pejabat Kecil (SOHO)

Warna pejabat

Warna pejabat ni suami ciktom yang pilih, based on biru kehijauan. Lupa code warna dinding tu nanti ciktom double check balik dan update.

Dekorasi meja pejabat

Asalnya beli meja tu dulu 2018, kemudian beli drawer ikea tu, Set PC (secondhand) dan last beli drawer colourful tu.

Hasil Dekorasi Ruang Pejabat Kecil
Maple desk selepas siap pasang 2018

 

Terbaru karpet kolor biru turqoise tu ciktom beli lepas habis PKP kat Jakel.

Kelengkapan pejabat Ciktom

  1. Meja maple
  2. Kerusi
  3. Set PC
  4. Speaker
  5. Printer
  6. Drawer colourful untuk simpan file-file dan rekod penting
  7. Drawer ikea kecil untuk simpan peralatan kecil
  8. Mesin laminate
  9. Karpet

Set PC yang ciktom beli secondhand pada tahun lepas dari kawan suami dengan harga RM600. Alhamdulillah kualiti tiptop sehingga sekarang.

Printer tu memang asal suami punya dari sebelum kahwin.

Kerusi ambil dari meja makan je. haha 😂

Yang lain guna duit kumpul hasil dari kerja blogger/freelancer. Alhamdulillah nampak jugak hasil kan ke mana duitnya 😍

Planning hiasan pejabat akan datang

Next plan nak beli lampu meja or stand lamp ikea tu. Lupa satu lagi nak upgrade kerusi lebih selesa. Nak tambah indoor plants macam money plants atas drawer seperti cadangan blogger sis awadah.

Doakan dipermudahkan ciktom nak dekorasi ruang pejabat ini lebih cantik ye.

Ciktom takdelah pandai bab deko, asal nampak sedap mata ciktom memandang tu okay la kot. haha..

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

9 thoughts on “Hasil Dekorasi Ruang Pejabat Kecil (SOHO)

  • October 20, 2020 at 2:18 pm
    Permalink

    Wowww kalau Sis ada ruang bekerja macamtu, memang tak masuk dapur le gamaknya hahahaha…best wooo..

    Reply
  • October 20, 2020 at 4:04 pm
    Permalink

    Best nya ada bilik lebih. Akak suka warna cat dinding tu. Kena dengan drawer .

    macam rumah akak ni bilik 3 je. tak boleh nak buat macam ni. Meja kerja komputer semua dok kat ruang tamu je.

    Mujur la dalam rumah ada 4 orang je. Tak de la sempit sangat rasa ruang tamu ni walaupun letak meja kerja kat sini.

    Reply
  • October 21, 2020 at 9:36 am
    Permalink

    Kat bilik ada juga ruang meja kerja macam ni utk husband, tak tahulah boleh panggil soho ke tak sebab cuma ada meja, haha. tapi kalu bilik Iman memang lengkap la dgn printer semua, tak boleh panggil soho kot sebab tu ruang dia kelas online.

    Kira soho ni utk mereka yg berpejabat di rumah la kan…
    Jom baca entri terkini serikanditanahjauhar …MAKAN DI RESTORAN LAPAN KATIMy Profile

    Reply
  • October 21, 2020 at 10:12 am
    Permalink

    Terinspirasi sangat tengok SOHO ciktom. Dah lama berangan nak ada soho sendiri tapi belum kesampaian lagi

    Reply
  • October 22, 2020 at 6:54 pm
    Permalink

    ciktom kira ok lah tu , akak ni dari pintu masuk .. rak kasut , peti ais , meja komputer , meja potong kain , mesin jahit , kerusi excersie , kerusi leib , katil single buat jd tmpt duduk tengok tv , pusing sebelah kanan pulak ,tv , meja mesin sulam , rak letak periuk ,dapur. penuh ruang tamu akak ciktom..

    sudut menulis akak tepi peti ais tu lah 🙂

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!