Mudah Baiki Mesin Basuh Tak Sampai RM100. 30 minit dah Siap!
Mudah Baiki Mesin Basuh Tak Sampai RM100| Assalamualaikum dan salam sayang… Lebih kurang sebulan yang lepas, mesin basuh rumah ciktom mula rosak bahagian pengering. Yang mana mesin basuh tu hanya function untuk wash sahaja. Bila part rinse dan spin, mesin basuh tu akan berhenti dan kesemua lampu berkelip-kelip. Masa tu rasa memang stress juga dengan musim hujan. Baju basuh pula tak boleh kering. Nak jemur kat luar pun cuaca mendung atau hujan.
Masa tu suami ciktom ada la juga search tutorial di Youtube ajar cara untuk ketatkan timing belt washing machine dari bawah mesin basuh. Lepas buat tu sempatlah elok sehari dan selepas tu berulang kembali tak boleh keringkan baju.
Masalah Mesin Basuh Rosak Pengering/ Tak Boleh ON
Tapi ciktom masih bertahan dan fikir positif takpelah still boleh basuh, cuma pengering mesin basuh yang rosak. haha.. Seminggu yang lepas, terus mesin basuh tu tak boleh start/ ON. Tapi dua-dua lampu masih menyala kat bahagian atas sekali iaitu ‘Preset’. Yang button lain pada mesin basuh memang terus terpadam. Jadi suami pun google lagi masalah mesin basuh kami ni bersama jenama mesin basuh iaitu Washing Machine Sanyo ASW-82HT.
Hasil carian tu, kami dapat tahu kemungkinan ialah kerosakan pada PCB board mesin basuh. Sebabnya lampu Preset tu masih menyala. Kalau rosak power supply, memang langsung tak kan menyala lampu.
Apa itu PCB? Suami ciktom bagitau PCB tu Programmable Circuit Board yang berfungsi untuk control kesemua button dan proses mesin tu. Katanya lagi PCB board mesin basuh tu ada banyak dijual kat Shopee. Jadi suami minta ciktom survey mana seller shopee yang bagus rating dan dah banyak sold out berserta review yang bagus. Ciktom terus survey dan order pada 22/10/2020 dan seller terus pos pada hari yang sama. Keesokkan harinya terus sampai PCB board ke rumah ciktom. Seronok servis beli online laju macam ni!
Baiki Mesin Basuh Tak Sampai RM100
Harga PCB Board mesin basuh Sanyo ASW-82HT yang ciktom beli tu RM92.15 dengan guna free shipping voucher Shopee.
Baca juga: Cara buat duit dari Shopee Tanpa Modal
Petang hari sama dapat PCB board tu jugak kami buat projek kerjasama laki bini try baiki sendiri mesin basuh.
Sebelum ciktom beli PCB board tu ciktom ada consult dengan seller dulu. Seller tu tanya beberapa soalan untuk kepastian supaya tak salah beli spare part untuk kerosakan mesin basuh. Soalan dia memang beli untuk mesin basuh sendiri ke? Apa masalah/ kerosakan dengan mesin basuh ciktom? Then lepas cerita macam kat atas tu kat seller, dia cakap oh kira power masih OK, Tapi bila tekan button lain sudah tak function kan? Last seller confirm memang PCB board yang problem.
Suami juga siap tengok tutorial kat youtube dulu sebelum confident nak suruh ciktom order PCB board tu. Tengok tutorial senang je cara pasang. Memang betul senang pun cuma tinggal korang kena confident nak buat je. hihi..
Cara Baiki PCB board mesin basuh
Alhamdulillah syukur sangat dah siap pasang dan test mesin basuh semua okay sampai siap kering baju.
Rupa PCB board mesin basuh yang rosak
Haa kat bawah ni gambar PCB board mesin basuh ciktom yang rosak, Rupanya dah terbakar dan cair melekit plastik pada PCB board tu. huhu..
Risiko Baiki Mesin Basuh Sendiri
Risiko ada sebab bukan ada kemahiran baiki mesin basuh. Kalau rosak benda lain? Terpaksa la jual balik PCB board tu. Atau kalau tak terjual kira burn je duitnya. hehe…
Pengalaman buruk dengan servis repair
Ciktom fikir tak nak panggil orang repair, sebab pernah sendiri kena (bukan mesin basuh) dan ada juga terbaca kisah bad experience dengan servis datang baiki ke rumah ni. Contohnya janji nak datang baiki tapi asyik delay berhari- hari, caj tukar barang baru tapi barang secondhand je, datang tengok je dah caj RM50 janji nak datang lagi tapi senyap menyepi, kena caj overprice dari servis dan lain-lain lagi.
Bukan semua, tapi sebilangan ada ambil kesempatan atas kesusahan orang lain.
Ciktom pun tak pasti biasa berapa lama tempoh jangka hayat mesin basuh ni. Tapi usia mesin basuh kami ini dah hampir 8 tahun. Suami beli zaman dia bujang dulu tahun 2012. Harapnya dapat bertahan sampai anak kami besar atau tunggu gaji suami lagi besar sebelum meragam nak baru. hehe…
Masalah air mesin basuh masuk perlahan boleh refer artikel>> Jimat RM 200, Apa Kata Anda DIY ‘Repair’ Mesin Basuh Dengan Mudah.
Bagi ciktom mudah dapat baiki mesin basuh tak sampai RM100. 30 minit dah Siap!
Sharing is caring
aku beli yang mahal terus.
syukur, sejak kahwin sampai la ni. tak penah lagi meragam. hoho..
Jom baca entri terkini titan …One Day in Void Year
bagus sebab buka pandai pasang balik… suami akak buka tk pasang balik smpai ke sudah ..last2 beli baru aje
Pcb board tu kalu panggil org repair mesti mencanak harga kan kalu tak pandai. Hebatlah suami ciktom. Kipas pon kalau pandai repair sndiri lg jimat. Hehe
Jom baca entri terkini Cik Puan Ena …Cosmoderm Tea Tree Oil Skin & Body Care untuk kulit bebas jerawat dan mengawal minyak
Sepanjang gua mesin basuh, belum pernah lagi rosak, kalau beli baru tu sebab pindah rumah dan tinggalkan yang lama dan ada bagi orang…ngeri oii, kang asyik keje gi kedai mendobi ajeeee..tu pun nsb sekarang dah ada kedai layan diri..
Jom baca entri terkini Sis Lin …LIRIK LAGU EMPAT DARA – NORANIZA IDRIS
Mesin basuh kat rumah ni pun kalau rosak suami yang repair. Tak pernah hantar kedai. Lagi mudah bila ada 2 mesin basuh. Satu auto satu manusal. Selalunya mesin basuh auto memang senang rosak lagi2 bila kita gunakan hari2.
Jadi bila rosak guna je yang manusla tu.
Kurang2 boleh jugak tangguh2 nak baiki.
bagus la kalau dapat repair sendiri..
jimat masa dan tenaga.
kalau dekat kedai..ambik masa juga
Jom baca entri terkini mrhanafi …3 cabaran ‘budak baru’ nak jadi abang sado
Boleh buat sendiri jika tahu. Mesin basuh ini mengunakan elektrik dan air. Pastikan tiada berlaku litar pintas atau terdedah dengan kejutan elektrik di kemudian hari. Hati-hati bila baiki barangan elektrik.
Jom baca entri terkini akubiomed …Ring light mudah alih guna USB
Terbaik ciktom..blh Cuba ade 2 biji kat umah no Rosak..blh lh Cuba DIY sendiri..