Tips Bebas Jerawat 3 Hari Cara Mudah dan Praktikal

Tips Bebas Jerawat 3 Hari | Assalamualaikum dan salam sayang.. Kulit ciktom memang jenis kulit berminyak dan mudah naik jerawat. Lagi kalau mood tengah stress, swing mood atau waktu datang period. Memang berlumba-lumba naik jerawat macam cendawan tumbuh lepas hujan. hihi.. Dulu masa bujang ramai orang cakap kat ciktom takpe tunggu lepas kahwin mesti settle masalah jerawat kat muka hang ni. Tengok-tengok sampai sekarang masih ada! haha..

Cuma tak seteruk jerawat naik zaman remaja atau bujanglah. Kalau dulu jerawat banyak naik kat dahi dan hidung, sekarang jerawat banyak naik area atas mulut dan bawah mulut. Korang boleh tahu apa punca penyebab jerawat muncul pada muka.

Tips Bebas Jerawat 3 Hari

1- Minum air masak secukupnya

Bagi mendapatkan wajah yang licin bebas dari parut jerawat, amalan meminum air kosong yang mencukupi setiap hari akan dapat membantu kulit korang sentiasa lembap dan segar. Ini kerana air masak atau air putih ialah ejen detoks yang terbaik untuk badan dan kulit. Air mampu menyingkirkan lebihan minyak dan toksin selain membantu melembabkan kulit dan mencegah liang roma daripada tersumbat.

2- Amalkan pemakanan sihat

Tabiat menjaga pemakanan sangat penting dalam mengekalkan kesihatan badan. Korang kena amaklan mengambil makanan yang mengandungi nutrien terutamanya vitamin seperti sayur-sayuran dan buah-buahan untuk membantu dalam penghasilan sel darah dan hormon.

Selain itu, sebaiknya elakkan makanan sensitif yang boleh merangsang jerawat seperti kacang, seafood, belacan dan sebagainya.

3- Jaga kebersihan

Okay untuk barang peribadi yang selalu digunakan atau bersentuh terutama pada bahagian muka seperti tuala muka, sarung bantal dan selimut, perlulah sentiasa bertukar ganti sekerap yang mungkin. Mungkin sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu supaya tidak ada bakteria yang membiak pada permukaan barang tersebut dan menyebabkan masalah jerawat semakin teruk.

4- Elakkan stress

Antara salah satu faktor berlaku jerawat ialah stress kerana berlakunya perubahan hormon. Hasil penyelidikan Pakar mendapati korteks adrenal menukarkan androgen adrenel kepada hormon testosteron dalam kedua-dua badan lelaki dan wanita apabila berlakunya stress.

Ini secara tidak langsung akan menyebabkan kelenjar sebum menjadi aktif dan terhasilnya T-zon di muka. Muka akan jadi lebih cepat berminyak.

5- Ikhtiar- Doa Hilangkan Jerawat

Selain dari tips hilangkan jerawat diatas, bagi yang beragama Islam boleh cuba amalkan doa untuk hilangkan jerawat. Yelah kita sebagai orang Muslim diajar untuk berusaha, berdoa dan kemudian bertawakal dengan berserah padaNYA.

6- Guna produk anti jerawat

Untuk ikhtiar jerawat dari luaran, korang perlu gunakan produk anti jerawat yang betul dan disahkan oleh KKM. Elakkan guna produk timbang kilo yang merbahaya.

Baru-baru ini sempena sale 10/10, ciktom sempat grab satu set lengkap Cosmoderm Tea Tree Oil Skin & Body Care. Set Tea Tree Oily Skin ni bagus untuk masalah kulit yang berminyak, jerawat, whitehead dan blackhead.

Cosmoderm Tea Tree Oil Skin & Body Care

Jenama Cosmoderm yang memang terkenal, disahkan HALAL oleh JAKIM dan dipercayai pengguna. Diformulasikan dan dihasilkan di Malaysia. Selain itu, semua produk Cosmoderm bebas paraben dan sulfat yang sesuai untuk pencinta penjagaan kulit yang mempunyai kulit sensitif. Cosmoderm juga menggunakan ramuan berkualiti tinggi seperti Vitamin E dari Eropah, Tea Tree Oil dari Australia, Co-Enzyme Q10 dari Jerman dan ramuan herba tradisional seperti Manjakani dari Malaysia.

3 Langkah Mudah Bebas Jerawat 3 Hari

Cosmoderm Tea Tree Oil Range mempunyai formulasi unik yang menyeimbangkan sifat penyembuhan kedua-dua Tea Tree Oil dan Vitamin E. Ia berkesan melawan jerawat, bau badan, sunburn dan pada masa yang sama kekal lembut untuk kulit. Rangkaian ini dirumus khas untuk mereka yang mencari cara merawat kulit berjerawat.

3 Langkah Mudah Bebas Jerawat 3 Hari
3 Langkah Mudah Bebas Jerawat 3 Hari

Untuk penjagaan kulit secara asasnya perlukan langkah penjagaan rapi yang betul :

Langkah 1: Tea Tree Oil Facial Cleanser (RM16.90)
Membersih secara mendalam untuk mengurangkan lebihan minyak, membersih kotoran dan pori tersumbat

Langkah 2: Tea Tree Oil Purifying Mask (RM25.90)
Formula menyejukkan membantu menyerap minyak berlebihan, mengelakkan pembentukan jerawat dan bintik hitam. Sapukan masker ke seluruh muka terutamanya pada jerawat. Biarkan selama sekurang-kurangnya 15-20 minit. Kemudian bersihkan muka dengan air diikuti toner dan pelembab.

Langkah 3: Tea Tree Oil Anti-Blemish Gel
Dengan ekstrak berasaskan tumbuhan yang membantu mengurangkan jerawat, blackhead dan whitehead dan ia disapukan hanya pada jerawat yang timbul selepas menggunakan toner.

– Tea Tree Oil Anti Blemish Gentle (Kulit Sensitif) (RM13.90)
Mengecutkan jerawat, menghilangkan blackheads & whiteheads dalam masa 4-5 hari secara lembut

– Tea Tree Oil Anti Blemish X-Press (RM19.90)
Mengurangkan jerawat degil, menghilangkan blackheads & whitehead dalam 3-4 hari dengan berkesan

Selain itu, korang boleh dapatkan juga beberapa produk lain dibawah bagi siri yang sama iaitu Tea Tree Oil;

1. Tea Tree Oil Clarifying Toning Lotion (RM20.90)
Membantu melegakan kulit yang terengsa secara berkesan. Sel-sel kulit mati disingkirkan sepenuhnya menjadikan kulit lebih bersih, halus dan sihat.

2. Tea Tree Oil Day & Night Moisturiser SPF15 PA++ (RM19.90)
Membantu kadar pembaharuan kulit sel-sel kulit dan membekalkan kelembapan untuk melembutkan dan melicinkan kulit. Mengandungi SPF15 PA++ untuk perlindungan pancaran UVA dan UVB

3. Tea Tree Oil | Oil Control Serum (RM34.90)
Pelembab gel tanpa minyak membantu membersih liang pori yang tersumbat dan mengembalikan kelembapan semulajadi

4. Tea Tree Oil Shower Gel (RM17.90)
Ia memberikan kesegaran yang luar biasa untuk bau badan dan jerawat badan, pembersihan lembut pada kulit menjadikan kulit segar dan licin tanpa rasa melekit. Ia adalah pancuran mandian ringan, tidak menyebabkan kerengsaan kulit dan anti bakteria yang sesuai untuk semua orang

5. Tea Tree Oil Magic Body Lotion (RM22.90)
Ini adalah lotion semula jadi yang cepat untuk menghilangkan bau badan, jerawat badan dan sunburn. Ia memberikan kelegaan yang sejuk untuk kegatalan dan ketidakselesaan kulit. TTO Magic Body Lotion membantu mengurangkan ruam, jangkitan kulat dan bakteria. Malah berfungsi sebagai penghalau nyamuk dan kutu tidur. Sesuai untuk semua orang dan setiap peringkat usia.

Berapa harga produk Cosmoderm?

Sebelum ini ciktom tengok ramai bagi feedback positif pasal produk Cosmoderm ni tertanya juga berapa la harga cosmoderm ni? Mahal ke harga berpatutan untuk golongan marhaen macam ciktom ni. Bila ciktom survey tengok harga wow harga memang mampu milik. Rate harga adalah dari range RM13.90 – RM34.90.

Mana nak beli produk Cosmoderm?

Jadi korang boleh dapatkan semua rangkaian produk ini dari farmasi seperti Watsons, Guardian, Aeon Wellness atau farmasi berhampiran.

Tapi musim Covid 19 dan PKPB di sesetengah kawasan yang berdekatan, ramai yang buat pilihan pembelian asecara online sahaja. Untuk pembelian secara atas talian di

Website Cosmoderm: www.cosmoderm.com.my

Shopee Cosmoderm Offical Store: https://shopee.com.my/cosmoderm

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

5 thoughts on “Tips Bebas Jerawat 3 Hari Cara Mudah dan Praktikal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!