Idea Aktiviti Homeschooling Anak: Suai Padan Penutup dan Botol

Idea Aktiviti Homeschooling Anak | Assalamualaikum dan salam sayang.. Macam biasa ciktom nak sharing antara aktiviti homeschool yang ciktom buat dengan anak ciktom, adira. Permulaan buat aktiviti ini pun dia suka sangat. Dia asyik ulang main buka dan pasang balik penutup botol tu lebih 10 kali. hihi..

Idea Aktiviti Homeschooling Anak: Suai Padan Penutup dan Botol

Idea Aktiviti Homeschooling Anak: Suai Padan Penutup dan Botol

🌞Aktiviti Suai Padan Penutup & Botol🌞

Bahan Homeschooling

Botol ada penutup. Ciktom guna botol ini botol plastik perfume

Cara pelaksanaan aktiviti :

1. Minta anak buka semua penutup botol dan fahamkan beza penutup dan botol. Ciri sama warna dan lain-lain.
2. Kemudian, minta anak suai padan penutup dgn botol yang sesuai (mengikut warna)
3. Ajar anak pegang dgn postur yang betul. Kalau xketat, ajar ank utk ketatkan penutup.
4. Ajar sebutan berulang seperti buka, tutup, pegang, jenis warna utk skill bahasa anak.

Objektif aktiviti guna zip :

Fine motor skills (kemahiran motor halus)

Kemahiran motor halus dipengaruhi oleh 3 elemen utama iaitu:

🌹Kekuatan – daya kekuatan jari untuk memegang sesuatu barang dengan baik!
Kalau tak, asyil terlepas je barang tu daripada tangan!

❤️Koordinasi – bagaimana kita mengawal jari untuk bergerak. Koordinasi mata pada sasaran. Latih untuk fokus jugak

🌹Sensori – jika anak mempunyai masalah sensori untuk memegang sesuatu objek atau pun tidak.

Slowly but surely in progress ❤️

Antara artikel ciktom yang lain mengenai topik homeschooling:

  1. Idea Aktiviti Homeschooling Anak: Snake Lacing Untuk Fokus
  2. Idea Aktiviti Homeschooling Anak : Guna Zip
  3. Kompilasi Aktiviti Homeschooling Untuk Fokus Anak
  4. Contoh Aktiviti Rangsang Kemahiran Motor Kasar bagi Vestibular Sensory
  5. 5 Tips Bercerita dengan Anak dari Speech Therapist Aishah Kassim

Semoga bermanfaat contoh idea aktiviti homeschooling adira yang ciktom kongsikan untuk korang ni ye!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

3 thoughts on “Idea Aktiviti Homeschooling Anak: Suai Padan Penutup dan Botol

  • November 2, 2020 at 9:09 am
    Permalink

    nak home schooling anak2 kecil boleh pakai barang2 dalam rumah je kan. Pandai ciktom kasi idea. nt sisyat nk kumpul botol2 yang dah xde isi kat rumah. buat main dengan anak. aktiviti PKPB..hihi

    Reply
  • November 6, 2020 at 1:16 pm
    Permalink

    Seronok anak-anak dapat mengikut arahan dan panduan diberikan. Anak saya sekejap sahaja beri tumpuan. Lepas itu beri alasan ngatuk nak tidur. Ha..haa…
    Jom baca entri terkini akubiomed …Ring light mudah alih guna USBMy Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!