Idea Aktiviti Homeschooling Anak : Guna Zip
Idea Aktiviti Homeschooling Anak: Guna Zip | Assalamualaikum dan salam sayang.. Terima kasih di atas saranan dari kawan blogger untuk teruskan update blogpost mengenai aktiviti homeschooling anak ciktom di blog. Dorang cakap sayang bila ciktom hanya update di facebook dan instagram sahaja. Ada sesetengah lebih suka search guna medium google. Biar semua dapat manfaat bersama.
Untuk idea aktiviti homescooling kali ini ialah mengunakan zip. Yang ni ciktom ambil idea dari facebook yang ramai sharing idea DIY tools for homeschooling kids at home.
Idea Aktiviti Homeschooling Anak: Guna Zip
Awal-awal dulu bukan main struggle lagi adira nak buat. Lagi-lagi hidden zip tau bukan zip biasa. Adik ciktom silap pergi beli hidden zip. haha.. Padahal ciktom nak zip biasa je. Saranan ciktom untuk permulaan anak guna je zip biasa. Jangan zip sembunyi tau. Nanti dia cepat give up macam adira dulu. Awal-awal bagi dah susah. Jadi ciktom tukar guna zip handbag, zip storage box, zip baju.
Alhamdulillah sekarang Adira dah pandai tutup dan buka zip biasa dan zip tersembunyi (hidden zip)😆
Yang jadi geram zip bag, zip storage box atau apa apa je zip kat rumah dia akan buka bila nampak. Kalau buka tutup balik takpe jugak. Tapi mostly dah puas main dia biar ternganga macam tu je zip😅
Bahan Homeschooling Guna Zip
Felt ini ialah hasil dua orang adik ciktom tolong DIY dengan menggunakan bahan seperti;
- Kain felt tebal (sebagai tapak)
- Zip pelbagai warna (make sure zip biasa tau)
- Benang
Anggaran kasar kos DIY Felt Zipper ialah bawah RM5.
Cara pelaksanaan aktiviti :
Sebenarnya banyak cara atau idea boleh pelbagaikan untuk buat homeschooling mengikut kreativiti parents. Antara idea dari ciktom untuk cara pelaksanaan aktiviti ialah:
Ajar anak cara buka dan tutup zip dengan bantuan parents
Minta anak buat sendiri dan berikan pujian serta semangat
Sambil buka sebut warna zip tersebut (tambah perkataan seperti buka, tutup, zip, warna)
Bermain secara gilir-gilir dgn anak untuk tingkatkan kemahiran menunggu giliran.
Objektif aktiviti guna zip :
1) Perkembangan kemahiran motor halus
2) Menguji kekuatan jari jemari
3) Proses berfikir dan mengawal pergerakan jari
Kelebihan aktiviti guna zip :
👏Kanak-kanak boleh membuka dan menutup zip dengan menggunakan kekuatan jarinya
👏Kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran (pincer grasp) menggunakan ibu jari dan jari telunjuk dalam masa yang sama
👏Kanak-kanak dapat meningkatkan koordinasi mata dan tangan semasa melakukan aktiviti
Antara artikel ciktom yang lain mengenai topik homeschooling:
- Idea Aktiviti Homeschooling Anak: Snake Lacing Untuk Fokus
- Kompilasi Aktiviti Homeschooling Untuk Fokus Anak
- Contoh Aktiviti Rangsang Kemahiran Motor Kasar bagi Vestibular Sensory
- 5 Tips Bercerita dengan Anak dari Speech Therapist Aishah Kassim
Ciktom memang suka guna tagline “Slowly but surely in progress” . Jadi usaha je buat semua aktiviti homeschooling mengikut jadual. Mungkin permulaan korang akan rasa aish susahnya anak nak follow. Korang as parents konsisten je ajar hari-hari anak sampai pandai buka dan tutup zip.❤️
Semoga bermanfaat contoh homeschooling adira yang ciktom kongsikan untuk korang ni ye!
Sharing is caring
Speech therapists recommend that parents should use PECS (Picture Exchange Communication System) for Toddlers in children’s speech sessions, especially teaching speech for late children using PECS, its also helps a lot in the process of communication.
There is an Android app called PECS – Speech Therapy for Toddlers, its recommended by Speech Therapists.
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.autism2020.pecsoo
Leka main Zip. Aktiviti yang menarik untuk kuat anggota motor.
Jom baca entri terkini akubiomed …Cara atasi masalah SYM Sport Rider 125i semput