5 Tips Bercerita dengan Anak dari Speech Therapist Aishah Kassim

5 Tips Bercerita dengan Anak | Ciktom memang suka follow page Aishah Kassim sebab tak lokek berkongsi pelbagai ilmu dan tips parenting terutamanya isu speech delay secara percuma mahupun berbayar. Ciktom set see first apa-apa post dari Speech Language Pathologists (SLPs) Aishah Kassim. Ok sebelum masuk topik tips bercerita dengan anak. Jom kita tengok apa maksud SLP ni?

Apa itu Speech Language Pathologists (SLP)

Speech-language pathologists (SLPs), often called speech therapists, are educated in the study of human communication, its development, and its disorders. SLPs assess speech, language, cognitive-communication, and oral/feeding/swallowing skills. This lets them identify a problem and the best way to treat it.-Nemours Kidhealth

5 Tips Bercerita dengan Anak dari Speech Therapist Aishah Kassim

Bercerita dengan anak-anak tak semestinya hanya untuk anak yg dh boleh sebut perkataan/ bercakap sahaja. Anak yg belum boleh bercakap pun kita masih boleh bercerita dengan mereka.

Dengan bercerita, kita dapat tarik minat dan fokus anak untuk duduk bersama-sama dengan kita. Dan dengan bercerita juga kita dapat menambah perkataan baru buat anak yg baru mula untuk bercakap.

 

5 Tips Bercerita dengan Anak
Sumber: SLP Aishah Kassim

Di bawah SLP Aishah Kassim kongsikan 5 tips bercerita yang boleh korang lakukan untuk menarik minat anak :

1. Material menarik

Boleh menggunakan buku cerita, gambar yang menarik dan penuh warna, flashcard bergambar dan juga permainan.

Sebenarnya apa-apa sahaja yan ada di sekeliling anda boleh digunakan untuk bercerita dgn anak.

2. Duduk berhadapan dgn anak

Penting untuk dapatkan eye contact anak dan juga utk kuasai komunikasi 2 hala

3 . Intonasi menarik

Kanak-kanak memang akan tertarik kepada lagu atau intonasi yg menarik, jadi ambil peluang ini untuk bercerita dengan anak menggunakan intonasi yang menarik serta memek muka yang tidak membosankan!

4. Kurangkan bertanya soalan

Kesalahan biasa yg ibubapa lakukan adalah selalu bertanya soalan kepada anak dan ini tidak akan membantu kepada perkembangan bahasa anak-anak.

Apa yang boleh anda lakukan adalah sentiasa memberi komen dan bercerita secara natural apa yang anak tunjukkan pada gambar/permainan yg dibualkan.

5. Kurangkan memberi arahan

Sama juga dengan tips yang ke-4, elakkan memberi arahan kpd anak semasa bercerita.

Komen dan perkenalkan perkataan baru kepada anak jika mereka tidak tahu sesuatu perkara tersebut.

Antara artikel ciktom mengenai topik homeschooling:

  1. Idea Aktiviti Homeschooling Anak: Snake Lacing Untuk Fokus
  2. Kompilasi Aktiviti Homeschooling Untuk Fokus Anak
  3. Contoh Aktiviti Rangsang Kemahiran Motor Kasar bagi Vestibular Sensory

Best ke best sangat tips bercerita dengan anak ni? Haa yg penting sebagai ibubapa kena cari masa untuk luangkan masa dengan anak-anak. Sentiasa berbual dan berkomunikasi dengan mereka dalam kehidupan seharian. Barulah mereka rasa diri mereka dihargai.

Ingat, bukan anak-anak je yang kena kurangkan gajet. Parents pun kena kurangkan gajet tau!

Bila tiada gangguan gajet disisi, barulah komunikasi dapat direalisasi.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

2 thoughts on “5 Tips Bercerita dengan Anak dari Speech Therapist Aishah Kassim

  • October 19, 2020 at 10:26 pm
    Permalink

    Speech therapists recommend that parents should use PECS (Picture Exchange Communication System) for Toddlers in children’s speech sessions, especially teaching speech for late children using PECS, its also helps a lot in the process of communication.

    There is an Android app called PECS – Speech Therapy for Toddlers, its recommended by Speech Therapists.

    Reply
  • October 19, 2020 at 10:28 pm
    Permalink

    Speech therapists recommend that parents should use PECS (Picture Exchange Communication System) for Toddlers in children’s speech sessions, especially teaching speech for late children using PECS, its also helps a lot in the process of communication.

    There is an Android app called PECS – Speech Therapy for Toddlers, its recommended by Speech Therapists.

    https://play.google.com/store/apps/details?id=com.autism2020.pecsoo

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!