Resepi Cara Buat Donut Gebu Lembut

Resepi Cara Buat Donut Gebu Lembut | Assalamualaikum dan salam sayang.. Ciktom memang suka sangat makan donut tapi sejujurnya ciktom sendiri tak pernah buat donut. hehe.. Kekadang rasa lagi mudah beli je dari buat sebab suami pun bukan suka makan donut. Tapi frust sangat sebab tempat ciktom duduk ni donut failed! Ada kejung keras. Ada yang makan macam perah minyak! Sedih kan?

Jadi duduk belek-belek group facebook Masak Apa Hari Ni.. (MAHN), sekali ternampak resepi dari sis sue yang buat donut gebu dan lembut guna cara perap 2 kali. Katanya itu teknik rahsia untuk hasilkan donut yang confirm lembut dan gebu.

Resepi Cara Buat Donut Gebu Lembut
Cara Mudah Buat Donut Gebu Lembut

Resepi Cara Buat Donut Gebu Lembut

Resepi asal dari: Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Kredit: Cik Lily & NurliSuryani Zakaria

Okay, Nah ini resepi donut sue buat pagi tadi. Memang superbb lembut. Resepi sama macam sebelum ni sue share. Cuma beza cara je dengan kali ni sue perap 2x je.

Bahan untuk donut gebu dan lembut:

Anggaran : adunan ni sue dapat 12 biji /50gram setiap doh

2 cwn tepung gandum
1 sudu besar susu tepung (tak kisah susu ape pun. sue guna susu anak dutchlady)
1 sudu besar susu pekat
1 biji kuning telur
2 sudu besar gula
secubit garam
2 sudu besar majerin/butter
1 sudu besar mauripan
125ml air suam

Cara uli Donut

Cara buat donut mudah confirm gebu dan lembut:

  1. Satukan mauripan, air suam, gula kedalam mangkuk. Dan biarkan kembang.
  2. Kemudian, ambil bekas,,satukan tepung, telur, majerin, susu tepung, susu pekat, majerin..gaul2 ngn tgn je n jadikan mcm serbuk roti gitu.. Lepastu letak air mauripan yg kembang tadi. Uli sampai tidak melekat dekat tangan ye.. Uli lama sikit.. (sue uli pakai tangan je..takde BM)
  3. Selepas uli, perap setengah jam. Sue perap dalam oven.. (oven tu su panaskan dulu..lepas tu off oven.. Tutup bekas adunan td dgn kain lembab atau penutup periuk
  4. Apabila sudah kembang, tumbuk2 doh kasi kuar angin. Ambil doh sebesar mana korang nak. Lepas tu rounding sampai permukaan atas licin.
  5. Selepas rounding, sue picit dengan tapak tangan kasi leper dan ambik penutup esen vanila, sue terap lubang. sue tak gelek dengan penggelek pun.
  6. Taburkan tepung banyak2 dalam dulang untuk letak donut. Fungsinya tak nak bagi donut lekat dekat dulang tau.
  7. Lepas bentukkan donut, perap lagi 15-20 minit.
  8. Korang nak goreng donut, jangan angkat dengan tangan ye. Ambik sudip, angkat dengan sudip dan masukkan dalam minyak. Barulah donut korang tak kemek- kemek rupanya. Minyak untuk goreng jangan panas sangat, slowkan je api. Letak donut. Minyak kena banyak ye.

cara confirm jadi Donut Gebu Lembut

Tips tambahan: Nak dapatkan ring donut, dah masak je sebelah, terbalikkan. tunggu masak..angkat terus. Jangan balikkan banyak kali ye.

Soalan: Nak tanya kenapa kena perap dalam oven yang panas?
Jawapan: Nak bagi cepat naik sebenarnya. Oven yang dah dipanaskan. Bukan tengah on, nanti terbakar donut.

resepi confirm jadi buat donut

Rata-rata komen ahli group Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) yang lain bagitahu memang resepi sis sue share ni cara confirm jadi buat donut gebu dan lembut! Siap memasing pun duk tayang gambar donut di ruang komen hasil dari cuba resepi di atas.

Baca juga: Resepi Mudah Cara Buat Puding Karamel

Semoga perkongsian resepi ini bermanfaat dan Sis Sue serta Cik Lily dimurahkan rezeki kerana tidak lokek berkongsi resepi confirm jadi buat donut gebu dan lembut di dalam.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

5 thoughts on “Resepi Cara Buat Donut Gebu Lembut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!