Resepi Mudah Cara Buat Puding Karamel
Assalamualaikum dan salam ceria.. Sesi memasak hari ini, cik tom nak kongsikan 1 resepi mudah cara buat puding karamel. Sebelum ini cik tom dah pernah kongsikan resepi puding karamel yang emak saudara cik tom, ma. Link entri resepi tu boleh klik pada link baca juga di bawah ye.
So, untuk kali ini cik tom nak berkongsi resepi puding karamel dari emak saudara padin, wanchu. Kalau nak dibandingkan resepi keduanya. Resepi puding wanchu lagi mudah untuk bahan dan juga penyediaannya.
Baca juga; Resepi Puding Gula Hangus @ Karamel
Ini ialah percubaan pertama cik tom buat puding karamel demi suami tercinta. Dah banyak kali padin duk request bila nak buat puding karamel wanchu. hehe… Pagi tadi lepas je whatsapp dengan angah minta resepi. Terus tengahari tu cik tom buatkan pudingnya.
Oleh sebab cik tom berdua je. Resepi di bawah tue, cik tom ubah buatkan separuh je dari kuantiti asalnya.
Resepi Mudah Cara Buat Puding Karamel
Resepi asal: Wanchu
Percubaan: cik tom
Bahan-bahan Mudah Untuk Penyediaan Puding Karamel
6 biji telur
1 tin susu cair (400mL)
1 tin air sejuk
2 cawan gula (1 cawan untuk gula karamel, 1 cawan untuk adunan puding)
1 keping roti gardenia
2 kuntum cengkih
Cara-cara Mudah Membuat Puding Karamel
- First, kita sediakan dulu gula karamel untuk lapisan atas dengan cairkan 1 cawan gula di atas kuali dengan api sederhana.
- Masak sehingga gula cair dan warna kekuningan.
- Tutup api dan masukkan gula karamel ke dalam loyang dan ratakan. Ketepi untuk biarkan ia sejuk dan beku.
- Masukkan kesemua bahan lain ke dalam blender. Blend sehingga sebati. Kemudian masukkan ke dalam loyang yang berisi gula karamel tadi (Step 3).(Tips: Make sure gula karamel dah beku baru masukkan adunan puding. Untuk elakkan ia bercampur)
- Kukus puding sehingga masak. (Anggaran 45 minit)
- Kemudian telangkupkan puding. Sejukkan puding ke dalm peti sejuk beberapa jam untuk rasa lebih enak.
- Siap!
Baca juga; Jom Buat Puding Karamel Buah Koktail
Mudah je kan cara nak buat puding karamel ni. Hanya cairkan gula, blend adunan dan last step kukus. Selamat mencuba resepi puding karamel yang mudah!
Lagi Artikel Berkaitan;
Sharing is caring
saya buat gerenti tak jadi.
senang je…cuba buat dulu..mesti happy anak2 kalau rasa air tangan ayah..hihi
sedap, kalau kat rumah saya memang sayalah pakar buat puding karamel ni.
Jom baca entri terkini raihanah …Kesihatan Payudara: Kanser dan Pencegahan
segan pulak pakar puding datang komen..ciktom dah la 1st time buat puding caramel..hihi
Rajin Cik Tom buat Puding Cramel..
Terutamanya sejak lepas kahwin ni… Rajin betul cik Tom memasak..
Jom baca entri terkini Anuar …Seminar Tajwid LuarBiasa Mega untuk ibu bapa dan anak-anak sempena musim cuti sekolah
suami request nak makan puding karamel..tengok resepi kali ni mudah pulak tu..jadi buat jelah..alhamdulillah suami puji sedap..hari ni buat lagi dah suami suka makan..hihi
ni mesti masak puding untuk encik suami ni, ada bawak masuk bilik x kasi makan, hehhehee
Jom baca entri terkini rujukan …Pengalaman Bina Online Store Dengan Platform Easystore
aah suami nak makan puding karamel..hihi..eh taak bawak masuk bilik..manis nanti bersemut pulak bilik..hehe
hemmm.. ngicip dong ciint..
udah nyoba 2 kali tapi masih belum sempurna hassilnya nih min..vi thanks banget dahhh, hee
Jom baca entri terkini alya …Contoh Obat Anti Jamur Alami dan Salep yang Bagus dan Cara Mencegahnya – Benozon-N 5 Gr, Pagoda
cuba pula resepi ini..lagi mudah resepi puding karamel berbanding yang lain..
Senang je nie.. wife saya selalu buat puding caramel nie ketika bulan puasa.. ehehe
Jom baca entri terkini Amin Hakim …24 Petua Untuk Mencantikkan Dan Menaikkan Seri Wajah
bulan puasa memang laku puding karamel ni jual kat bazaar ramadhan..
senang bisa disini, jadi tahu cara membuat puding karamel yang enak 😀
selamat mencuba buat puding karamel.
terima kasih resepnya puan cik tom … nanti langsung saya terapkan dirumah
wah …puding ini cocok untuk cemilan dimalam hari sambil menulis artikel ,….
Jom baca entri terkini ahmad …Jasa Karikatur Murah
bisa di coba nich resepnya, karena keluarga saya suak bgt sama puding, mksh y resepnya
Jom baca entri terkini Obat Jerawatan …Cara Alami Menghilangkan Noda Hitam Bekas Jerawat Dengan Cepat Dan Mudah
boleh dicoba niih..