Tawaran PTPTN Diskaun 10-15% Bayaran dari Bajet 2017
Assalamualaikum dan salam ceria.. Sebelum ini cik tom pernah kongsikan artikel mengenai cik tom berjaya bayar lumpsum baki pinjaman PTPTN dengan diskaun 20% mengunakan insentif bayaran balik dari Bajet 2015. Sayangnya bila ada rakan-rakan cik tom nak juga bayar lumpsum PTPTN untuk dapatkan diskaun yang sama. Kerajaan dah stop bagi insentif bayaran balik PTPTN bagi Bajet 2016.
Alhamdulillah kini Bajet 2017 yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia baru-baru ini telah mengadakan kembali insentif bayaran balik PTPTN. Mungkin banyak dah kot kumpul duit dari GST. Hehe..
Jadi kepada peminjam yang berminat untuk buat bayaran balik bagi penyelesaian penuh hutang pinjaman korang, jangan lepaskan peluang ini!
Tawaran PTPTN Diskaun 10-15% Bayaran dari Bajet 2017
Di bawah cik tom sertakan iklan makluman dari website PTPTN;
Terdapat 2 jenis diskaun iaitu 10% dan 15% yang ditawarkan kepada 3 golongan peminjam iaitu;
- Diskaun 15% bagi peminjam yang membuat penyelesaian penuh hutang pinjaman (@ bayar lumpsum).
- Diskaun 10% bagi peminjam yang membuat bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran.
- Diskaun 10% bagi peminjam yang membuat bayaran melalui potongan gaji atau direct debit mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan.
Untuk kiraan berapa baki untuk bayaran selepas diskaun boleh cek di link >>Bajet 2017.
Insentif Bayaran Balik PTPTN ini berkuatkuasa dari 22 Oktober 2016 sehinggalah 31 Disember 2017. Ada masa lebih kurang setahun sebulan lagi untuk korang usahakan. Mana tahu boleh bayar lumpsum. Tetapkan target, jangan lupa kena usaha dan berdoa dengan Allah dimurahkan rezeki. Dicukupkan segala rezeki yang kita dapat walaupun sedikit. Kadang-kadang ramai yang bergaji besar pun asyik dapat gaji habis macam tu je, gaji tak pernah cukup sampai PTPTN pun liat nak bayar.
Janganlah kita jadi macam ini ye. Tak perlu konon nak tunggu mana-mana parti menang untuk mansuhkan PTPTN. Cik tom rasa kalau mana-mana parti menang pun sukar nak laksanakan mansuh bayaran balik ptptn ni. Yelah hutang negara pun dah berlambak. Ini pendapat peribadi cik tom jelah.
Jadi dah adat meminjam tu silalah rajin-rajin bayar kembali hutang PTPTN yang korang dah belanja sakan sebelum ni. Cik tom tahu tak semua macam tue, ada je yang berjimat cermat. Tapi yang berjimat tue macam kes terpencil je. Mostly cik tom tengok kawan-kawan time study dulu (UiTM) boros sakan. Beli smartphone la, pergi travel sana-sini la, belanja awek atau pakwe la.. macam-macam pesen perangai ada.
Jadi cuba korang check yang mana satu golongan peminjam yang korang rasa layak untuk mohon bagi insentif bayaran balik PTPTN. Tepuk dada tengok penyata gaji dan akaun bank masing-masing.
Artikel lain berkaitan;
- Tabung misi bayar hutang PTPTN
- Pengalaman Rasa Bahagia Habis Bayar PTPTN
- Tawaran PTPTN- Elak Senarai Hitam dan Pertukaran Ujrah
- Cara Penyelesaian Terlupa Kata Laluan PTPTN Ujrah
- Cara Bayar Balik Pinjaman PTPTN Melalui FPX
- Cara Semak Baki PTPTN UJRAH Secara Online
- Cara Semak Baki PTPTN Secara Online
Sharing is caring
untuk juga da tawaran ptptn ni.. boleh ringankan juga bayaran balik ptptn ni..
Jom baca entri terkini riangria …KELEBIHAN BUAT DUIT DENGAN BISNES BAKERI DARI RUMAH UNTUK SURI RUMAH SEPENUH MASA
yupp..pada yang berkemampuan..boleh la cepat2 grab offer diskaun ptptn ni..
Oh dah terbaik dah ini… Kerajaan dah beri diskaun bayar sahaja lah balik…
Lagi pun mana Ada terma orang yang beri hutang Akan memberi diskaun ….
Kalau bank dah Berlipat hutangnya… Jika kita gagal membayar mengikut waktu nya.
Jom baca entri terkini onlajer …Philips Steam Generator Iron – pilihan terbaik untuk seterika anda
itulah sedaya upaya tu nak bagi peminjam bayar balik duit pinjaman..kesian untuk generasi akan datang takde duit pinjaman untuk belajar..
Kalau tak nak pening dikemudian hari, lepas belajar, terus je bayar
Sebab macam mana sekali pun, memang kena bayar, so usahakan untuk bayar
Jom baca entri terkini Ell …Kebaikan Nutriferon : Meningkatkan Imun Secara Semulajadi
Tawaran bagus ni.. siapa yang berhutang lagi tu kena usaha lagi keras untuk settlekan hutang dalam tempoh ni. Kita pun tak suka simpan hutang lama-lama.
Jom baca entri terkini Wan Syahida …Kebaikan GLA Complex Untuk Kesuburan Wanita
Yeahhhh..
Pastinya ini berita yang cukup menggembirakan buat kawan-kawan saya… 😉
Jom baca entri terkini Anuar …Bagaimana bekas pemandu UBER boleh menjana pendapatan RM 5 angka sebulan?
Kawan ciktom sama ramai happy dengar berita ni..Boleh share info ni kat kawan2 anuar.
Assalamualaikum Cik tom,
Terima kasih beri ulasan. Saya rasa tak payahlah saya jawab ulasan cik tom sebab ulasan cik tom tu dah sempurna. Cuma saya teringin nak cerita tentang cara penulisan saya.
Saya baru blogging jadi saya tak kenal dgn Aidid Muaddib. Cik tom pun kata konsep dia berbeza. Agak saya mesti dia hebat kalau tak takkan cik tom bandingkan saya yang baru 5 bulan merangkak kat sini. Saya ni cik tom entahlah, menulis cara saya. Tak taulah betul ke tidak main hentam je se minggu sekali tapi yg penting saya dapat mengajak pembaca berfikir sebab kebanyakan tulisan saya ada maksud tersirat di sebaliknya. ( I write not to be popular but to expand people’s minds to look things from different perspective. Only some realize it.)
Kalau saya terbaca blog yg bagus i put some comments, not for looking for online trafic but i really comment on the writings. Blog cik tom pun menarik, itu sebab saya tertarik nak ulas.
Salam blogging cik tom. Jengok2 lah lagi saya
ptptn tidak bergantung pada mana2 parti. hutang tetap hutang kan cik tom 😉
Jom baca entri terkini siti hazreen …Tawaran Kemasukan Ke Sekolah Menengah Teknik Tuanku Ja’afar Seremban
Ambil peluang untuk kurang beban. Pendapat saya perlu ada simpanan pendidikan anak-anak. Amat maklum tidak semua ibu bapa berkemampuan untuk ada simpanan tabung pendidikan anak-anak tetapi perlu.
Jom baca entri terkini akubiomed …Mi Band 2 untuk mereka aktif dan bajet kecil
bayar ikut jadual dia jerla.. huhu… tapi bukan pinjam dengan ptptn…
Jom baca entri terkini zik …Live streaming malaysia vs Myanmar piala suzuki 2016
dah habis bayar.
boleh dah bergembira setiap hari.
Jom baca entri terkini ohcikgu …Bila orang kata kerja CIKGU nih senang..
Betul lah tu, dah pinjam jangan segan nak bayar. Semoga Allah swt bantu urusan pembayaran.
.
Baru lapang rasa hati ni. Kalau tak asyik teringat kat hutang saja
Jom baca entri terkini Mazni Azmi Happy Family …Set Kurus Shaklee Harga & Review Terbaik 2017