Tawaran PTPTN- Elak Senarai Hitam dan Pertukaran Ujrah

Assalamualaikum dan salam sayang…  Beberapa hari lepas cik tom dapat mesej whatsapp dari kawan lama cik tom, Huda bertanyakan mengenai tawaran PTPTN dan pertukaran ujrah berbaloi atau tidak?

Huda: Cik tom.. rasa2 okay ke tukar ujrah tue? Ni Ptptn tengah buat promotion.
 
Cik tom: Entah la. Promotion apa ye? *pemalas punye jawapan
 
Huda: Dari 14 Januari sehingga 20 Januari 2016 ni tukar ujrah just bayar RM300 je. Before this kena bayar half dari tunggakan PTPTN. Tapi jadi serba salah sebab ada orang bagitau sama je sistem ujrah 1% dengan yang lama 3%.

Panjang lagi perbualan kitorang. Tapi cukup cik tom copy ayatnya setakat tu je. Huda baca entri ujrah ni jangan pulak gelak. hehe..

Cik tom agak sibuk sikit awal tahun ni. Asyik ke sana ke mari jadi driver orang la. Memang sibuk. Jadi kurang alert bab2 tawaran promosi dari PTPTN. Huda dengan baik hatinya sreenshot sent ke whatsapp cik tom pengumuman tawaran PTPTN bagi elak senarai hitam dan penukaran ujrah 1% kepada peminjam dengan membayar pendahuluan serendah RM300 atau ansuran selama 3 bulan.

Tawaran PTPTN- Elak Senarai Hitam dan Pertukaran Ujrah

Tawaran PTPTN- Elak Senarai Hitam dan Pertukaran Ujrah
Tawaran PTPTN- Elak Senarai Hitam dan Pertukaran Ujrah

Cik tom nak komen lebih2 pasal perbezaan ujrah 1% dan kos pentadbiran 3% ni pun tak boleh sebab tak habis berguru lagi. Tapi secara ringkas yang cik tom faham selama ini la ye;

Kalau korang nak bayar pinjaman dalam tempoh yang singkat, tak terikat dengan tempoh pembayaran, bayar lebih dari bayaran ditetapkan-> better maintain dengan kos pentadbiran 3%

Tapiii…

Kalau korang nak bayar jumlah minima setiap bulan mengikut tempoh pembayaran ditetapkan seperti 10 tahun, 15 tahun, 30 tahun??->better bertukar kepada ujrah 1%.

Tawaran PTPTN Pertukaran Ujrah

 Sumber gambar: Penawaran Pertukaran Ujrah

Gambar atas cik tom screenshot dari website PTPTN. Baru cik tom tahu rupanya bermula 1Julai 2015, peminjam perlu membayar sekurang-kurangnya 50% jumlah tunggakan sebelum tawaran Ujrah 1% diproses.

Perghh makin ketat pulak jadinya kan?

Jadi pada sesiapa yang belum buat sistem ujrah tue atau nak elak dari kena senarai hitam nak keluar negara. Boleh la cepat2 ke kaunter PTPTN yang berdekatan untuk grab tawaran PTPTN ni.

Artikel blog lain berkaitan Perbezaan Ujrah 1% dan Kos Pentadbiran 3%;

  1. Analisis Sistem Ujrah 1% PTPTN
  2. Perbezaan Cara bayaran 1% (Ujrah) dan 3% Pinjaman PTPTN
  3. Kenapa memilih ujrah dan hujah pasal ujrah 1% PTPTN
  4. Lagii? Google sendiri…

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

9 thoughts on “Tawaran PTPTN- Elak Senarai Hitam dan Pertukaran Ujrah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!