Nasi Dagang Terengganu Sedap di Pasar Malam Kuala Ibai, Terengganu
Assalamualaikum dan salam sayang…. Apa khabar semua? Ada yang nak berkunjung ke Terengganu dalam masa terdekat ni? Mai cik tom nak promote satu gerai jual nasi dagang Terengganu sedap. Tapi pakcik dan mak cik jual ni takde kedai makan. Diorang hanya jual di pasar malam yang terletak di Kuala Ibai, Terengganu.
Lokasi Gerai Nasi Dagang Terengganu
Kalau orang kat sini panggil Pasar Malam Kuala Ibai. Terletak berhampiran Mydin Kuala Ibai. Pasar malam ni hanya di buka setiap hari rabu sahaja. Bermula selepas asar sehingga pukul 9 malam. Tapi kalau nak beli nasi dagang kat sini kena cepat la. Sebab laris dipasaran. Biase cepat tutup gerai.
Yang special gerai nasi dagang kat pasar malam ni kena ambil nombor giliran menggunakan kertas yang terletak pada penjuru meja. Satu tindakan yang bijak nak elak ter”miss” giliran pembeli. Yelah ramai betul pelanggan nasi dagang gerai ni. Takdelah timbul isu marah dari customer yang kena potong queue kan.
Waktu cik tom sampai tue dalam pukul 5 camtu. Nombor giliran yang cik tom dapat dah no.46!
Apa yang sedap nasi dagang kat situ? Cik tom tak boleh nak komen lebih sebab cik tom tak suka makan nasi dagang. hee…
Tapi memang favourite emak ayah cik tom. Ayah cik tom cakap nasi cukup lemak dan rasanya. Kuahnya pun pekat pedas umpph. Boleh request jugak kalau nak tambah telur rebus.
Ayah komen lagi kalau nak pekena nasi dagang asli ganu kena makan air tangan diorang nih. Sebab kedai lain jual biasanya tawar atau resepi kureng asli gitu. Warna kuah pun pucat je, halba dan halia kurang.
Harga nasi dagang ni pun berpatutan. Satu bungkus nasi beserta kuah dan seketul ikan ialah RM3.50.
Maaf gambar nasi lupa nak ambil. Dah selamat ayah dan emak cik tom makan. hehe…
Nasi dagang ialah salah satu makanan tradisi rakyat Terengganu. Kalau berkunjung ke Terengganu jangan lupa dijadikan salah satu menu wajib makanan Terengganu untuk korang rasai.
Sharing is caring
mak aih sampai giliran yg ke 46 dah haa.. mmg patot pon m.cik tu buat sistem no. mcm tu..kalau tak jenuh laa bergaduh tak puas hati..
husna pernah makan nasi dagang masa majlis bertandang sepupu tahun lepas.. sedap jugak sebenarnya..;)
Jom baca entri terkini husnazahidi …CouponBelanja Versi Mobile Kini di Telefon Pintar Anda
Sedapnya teringin pula lah nak makan nasi dagang ..
siap ada nombor.. mesti sedap ni
Perghh sampai no 46 tue….silap2 kalo ciktom yang jadi “voiceover” kat tapak makcik nasi dagang tue, mau triple no giliran tue… ehh apa plak mustahil nya…makcik tue belum tau yang datang beli no46 bukan kaki rempit ( NO 46 merujuk kepada no tuah MOTOGP – Rider Valentino Rossi )…tapi….blogger TOP rank alexa malaysia punya… 😛
Jom baca entri terkini si bongkok …Salam Terakhir Ashadee Sahabat Selamanya PerniagaanInternetHQ
Belum pernah merasai nasi Dagang. 🙂
Jom baca entri terkini akubiomed …Rahsia borong barang China di Taobao
Cik tom duduk terengganu ke
Jom baca entri terkini Khairul Zamri …8 Sebab Rezeki Susah Nak Masuk
Ingatkan keropok lekor je ada nombor giliran. Nasi dagang pun ada laa.
Jom baca entri terkini Adam …Kenapa Blogger Perlu Buat Dropship Produk Coway?
alhamdulillah kami selalu buat di rumah je
Jom baca entri terkini Raihanah Ahmad …Kesan Penyakit Kencing Manis atau Diabetes Ke Atas Penghidap
sedap kan nasi dagang, feverat juga tu
Jom baca entri terkini raihanahahmad …Segmen Dua Kerja Apa Kata Blogger
Nasikk Kerabuuu Peliss… Hehhehe
Jom baca entri terkini akinassufi …Teka Teki Benda UK
kalau dah kena ambil nombor.
memang sah la sedap ni.
sedap nya…
saya belum pernah coba masakan malaysia 😀
salam dari indonesia
Jom baca entri terkini pojokshare …Daftar Perlengkapan Bayi Baru Lahir Yang Harus Di Persiapkan Oleh Orang Tua
Wowww ramainya…di Terengganu memang makanan orang sana kan…ni kat Penang pn dah jadi makan hot la ni.
Jom jalan jalan Penang
Jom baca entri terkini Aree …Nasi Dagang Aka Nasi Kerabu Paling Ngetop Di Pasar Malam
yup memang betul nasi dagang makanan tradisional orang Terengganu..biasa pergi mana2 yang paling hot nasi kerabu sebab penyediaan nasi dagang yang agak cerewet..insha Allah.. mai la jalan-jalan ke negeri Terengganu jgk..
Ya insha allah sampai nanti
Ya insha allah sampai nanti
Jom baca entri terkini Aree …Cara Mudah Buat Blog