Tabung misi bayar hutang PTPTN
Assalamualaikum dan Salam Sayang… Ini entri throwback untuk imbas kembali cerita yang tak terupdate selama ni. Hehe… Cik tom jadi terfikir selain bayar bulan2 yang kadang2 rasa tak bergerak sangat potong hutangnya tu. Macam mana lagi nakpercepat proses bayar hutang PTPTN ni . Pada awal tahun lepas cik tom tergerak hati bersungguh sikit buat satu tabung khas hanya untuk target bayar hutang PTPTN selain dari bayar setiap bulan. Jadi terhasil la tabung misi bayar hutang PTPTN.
Pada yang ada hutang PTPTN, korang dah check ke berapa baki pinjaman PTPTN korang? Kalau nak check boleh secara online boleh rujuk; Cara Semak Baki PTPTN Secara Online.
Asalnya cik tom niat nak buat tabung tu untuk raya dan juga bayar ptptn. Kira bahagi dua. Tapi last2 tak buka pun tabung tu time raya tahun lepas. Cik tom guna saving lain untuk bajet persiapan dan duit raya. Jadi tabung ni fully for loan ptptn.
Baca: Hasil Pecah Tabung Korea
Tabung misi bayar hutang PTPTN
Tabung cik tom ni dari awal tahun sehinggalah tamat riwayatnya 27/10/14. Dah selamat cik tom pecahkan tabungnya dan kumpulkan duit sebanyak RM855 selama hampir 10 bulan. Lama jugak tu kumpul dan hasilnya takdelah banyak mana tapi boleh la buat cover bayar hutang ptptn. Adalah jugak backup dari takde langsung kan.
Baca: Pengalaman Rasa Bahagia Habis Hutang PTPTN
Cara cik tom menabung ni cik tom akan letak at least minimun RM50 sebulan dalam tabung. Kalau ada duit lebih rasa nak simpan masukkan juga dalam tabung ptptn ni. Kira takdelah spesifik jenis duit nak masukkan. Yang jadi tak sabar cik tom jadi tertanya2 berapalah saving cik tom ni sebab tabungnya tak nampak dan tak boleh buka langsung kecuali pecahkan.
Pada yang ada pinjaman pendidikan, macam mana korang bayar hutang pendidikan korang? Jomlah share cerita atau tips menarik yang korang ada tue.
Sharing is caring
wah mantap gan
mesti berdebar-debar pecahkan tabung tu nanti. berdebar2 nak tahu jumlahnya.. heee
saya bersyukur betul tak perlu byr duit pinjaman mara.
aah tue part paling best kira duit terkumpul berapa banyak..hehe
mesti result gempak ni kan..xperlu bayar loan mara…
Alhamdullilah ada jual kuih pagi sikit..dptla bayar pinjaman MARA..
Jom baca entri terkini seraa …Green Tea produk Thailand
alhamdulillah rajin buat kuih..tapi mmg bagus dpt jgk cover byr loan.
Semasa belajar dahulu dapat pinjaman MARA. Sudah pun selesai. 🙂
Jom baca entri terkini akubiomed …Bawa famili mandi di Santuari ikan sungai Chiling Kuala Kubu Bharu
pinjaman MARA memang untung..alhamdulillah