#throwback: Hasil Pecah Tabung Korea
Assalamualaikum dan Salam Sayang… Maaf ini entri throwback2014 sebab ada yang email cik tom bertanyakan mengenai berapa jumlah tabungan cik tom ke korea pada tahun lepas. Banyak ke tak hasil pecah tabung misi ke korea cik tom berdasarkan entri; Tabung Korea | Misi Ke Korea 2014.
Baca: Tips Berjimat Menabung Duit Syiling Cara Mudah
Cik tom dah tertunai misi ke Korea selama 8 hari 7 malam dari 20 Mei 2014 sehingga 27 Mei 2014.

Tabung korea ni dah lama cik tom pecahkan pada 6 Mei 2014 lepas. Dah setahun lebih. hihii… Rupa tabung masih comel sebelum cik tom pecahkan tabung misi ke korea.

Hasil Pecah Tabung Korea
Selepas dipecahkan tabung Korea cik tom berjaya menghasilkan RM926. Hasil tabungan cik tom ni ialah selama 5 bulan dari bulan Disember 2013 sehingga awal Mei 2014.
Baca: Tips Berjimat Cermat Versi Cik Tom
Cara cik tom menabung ialah setiap kali dapat gaji cik tom akan simpan at least RM50 ke dalam tabung. Kemudian kalau dapat bayaran pengiklanan banner atau untung affliate bro Hairul di blog pun cik tom akan masukkan dalam tabung ni jugak. Tabung cik tom ni duit kertas semata-mata. Langsung tak masukkan duit syiling.

Apa kelebihan dengan menabung ni??
Antara kelebihannya yang pernah cik tom experienced ialah dapat beli kereta kelisa secondhand secara tunai, habis bayar PTPTN, bercuti di luar Malaysia iaitu korea serta vietnam dan juga bercuti di Malaysia. Dapat belikan hadiah serta gembirakan hati emak ayah serta adik beradik.
Kelebihan lain bagus untuk emergency case atau untuk bayaran insurans atau maintenance kereta. Cover untuk duit raya dan baju raya famili. Yang ni kalau tabung korang ada certain target la untuk apa ye selain simpan dalam bank.
Baca: Habis bayar pinjaman PTPTN
Baca: Tips beli kereta terpakai.
Entri cik tom sepanjang di korea pun tak terbuat. huk3… Tue tak termasuk lagi entri percutian ke melaka, cameron highland, lata meraung dan vietnam. Harap2 cik tom diberikan kekuatan untuk menaip jugak sebelum berakhirnya tahun 2015 ni.
Sharing is caring
Eloklah Cik Tom muda-muda lagi dah rajin menabung…. Lepas ni boleh target untuk beli rumah pula…
Jom baca entri terkini Anuar …Hobi Isteri saya, Cantik tak? (Bahagian 75)
memang ada target nak beli rumah tapi ada masalah nak buat loan..so end up ciktom dah terbeli tanah..hihi
Bakal tertunai ke Korea nampaknya. 🙂
Jom baca entri terkini akubiomed …Xiaomi Smart Home penggera pintar keselamatan bajet untuk rumah
ni entri throwback..memang dah ke korea pun pertengahan tahun lepas..hihi
Fuyoo saving hampir 1k menabung
tue sikit je kot..ada yang simpan banyak lagi dari tue
Menabung secara konsisten ni memang sangat membantu utk penuhi keperluan masa depan atau kes2 kecemasan. Dulu Sis memang cekal buat tabungan ni cuma sekarang ni jadi kurang berdisiplin pulak.. 🙂
Jom baca entri terkini Dja …Komisen Pertama Job Di Rumah Dan Kerja Translator
yup ciktom memang suka buat tabung ada target skang ni..dulu ciktom menabung untuk menyimpan dalam tabung haji..
waa banyak tu.. kena terapkan nilai menabung lepas ni kalau nak melancong!
senag je buat satu tabung utk target melancong..pastu disiplin kat diri menabung setiap hari..atau boleh jugak kalau nak menabung specific jumlah cam rm5, rm10, rm50 atau sebagainya.
wauuu.. mmg kene beli tabung yg mmg xdpt bukak melainkan kene pecah.. baru lah berdisiplin sikit kan..
Jom baca entri terkini seraa …Donut gebu gebas
beli tabung kedai rm2 je..eh rm2.12 dah pas gst..hehe…tabung tu besi xboleh bukak..nak bukak memang kena guna penebuk tin tu,,
kecundang aku dengan tabung nih… tabung bukan main banyak…. tapi kemana hilangnya duit tuh.. dicurigainya..haha.. takpelah
Jom baca entri terkini zik …Keputusan terkini final Lee chong wei vs chen long Thaihot 15.11.2015
entah2 hang yang korek malam2 xsedar kot..hehe..
Dahsyat tu, dapat beli keta kelisa dan melancung ke sana sini. dgn hasil wang menabung.. mmg berbaloi.
saya pula, tabung yg ada utk simpan lebihan duit syilling dlm dompet.. tak pernah kira lain jumlahnya..
kereta kelisa tu hasil menabung dari kecil lagi..haha…
melancung pi korea tu salah satu penyumbang ialah income affiliate bro hairul..terima kasih byk2 bagi peluang ciktom promosi 🙂
pehh..banyak jugak tu beb.
leh la belanja cendol untuk anak gua nih..
Jom baca entri terkini titan …21 Amalan Menjemput Jodoh dalam masa TERDEKAT
bukan belanja cendol untuk anak je..bapak dan emak pun boleh..hahha
Semoga bisa mwnuju ke korea ..saya doakan …
Jom baca entri terkini Oyong Ilham …Perjalanan Terberat Itu Adalah ke Mesjid, Benarkah ??? –
sudah selamat ke koreanya tahun 2014 yang lepas..ini artikel lama.