Jalan-jalan ke Laman Seni Seksyen 7 Shah Alam

Assalamualaikum dan Salam Sayang… Ini trip satu hari cik tom dan kawan2; Sal, Na, Kema dan Nora berjalan ke bukit tinggi dari pagi ke tengahari. Kemudian bergerak dalam pukul 1 lebih tu ke Shah Alam pulak. Masa sampai Shah Alam tu carilah tempat menarik nak melawat kan. Nak pergi i-City rasanya lagi best trip satu hari ke sana. Lagipun cik tom dah pernah pergi ke sana masa mula-mula i-City dibuka dan percuma. Hehe..

Laman Seni Seksyan 7 Shah Alam
Laman Seni Seksyan 7 Shah Alam

Kitorang pun berjalan ke Laman Seni Seksyen 7 Shah Alam. Kat sini ada banyak lukisan atau mural yang kalau pandai korang snap akan nampak gambar tu semua berbentuk 3D atau hidup.

Baca: Jalan-jalan ke Bukit Tinggi, Bentong, Pahang

Baca: Jalan-jalan di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang

Baca: Jalan-jalan di Japenese Village, Bukit Tinggi, Pahang

Laman Seni ni terletak di lorong belakang bangunan di Seksyen 7 Shah Alam. Di belakang butik-butik yang famous dalam instagram. Cik tom rasa idea yang dilakukan bagus sebab dari lorong belakang tue terbiar jadi tempat tak elok berkumpul. Lagi bagus jadikan ia lokasi tempat orang berkunjung dan ambil gambar. Konsep yang sama juga ada di Perkampungan Cina, Pasar Payang, Terengganu dan mungkin tempat lain yang cik tak tau.

Korang layankan jelah antara gambar-gambar yang sempat kitorang snap sepanjang di Laman Seni Lorong Belakang Seksyen 7 Shah Alam.

Nora & spaceship
Nora & spaceship

Gambar nora ni macam ala2 dalam spacehip je kan..

Mario or Angry bird?
Mario or Angry bird?

Yang ni pulak gambar macam game Mario je.. Gambar burung belakang tu macam Angry Bird..

Sebenarnya ada description ringkas mengenai setiap lukisan ni kat tepi tapi maaf cik tom tak baca. Sibuk amik  gambar. Hehe..

“ini cherita kita”

Lukisan ni maybe dari Ann Jfr. Ann ni jugak yang jadi pelukis untuk Foodgasmfest 2015. Memang comel2 lukisan yang dia lukis. Tuannya pun comel jugak.

Yang ni maybe tema colourful life kot. =)

My Colourful Life
My Colourful Life

Comelkan gambar ni secomel model gambar ni. Hihi.. Comel tengok hidup je efek gambar ni dengan ada gambar 2 ekor kucing dan seorang budak termenung di jendela.

Erti sebuah kehidupan?
Erti sebuah kehidupan?

Kembar yang cun ni bergambar untuk minum petang. Ceria kan gambarnya dengan ada awan?

Minum petangg..
Minum petangg..

Cool giler Nora posing berlatar belakangkan badak sumbu pinkk!

Animal Are A JAw Dropping Beauty
Animal Are A JAw Dropping Beauty

Cik tom snap gambar terjauh sangat pulak. Sorry ye. Huhu… Tapi bagus jugak nampak efek lagi tinggi dan kurus kan..

Bola-bola api kitar semula
Bola-bola api kitar semula

Ni pun cik tom snap kan. Suruh model cik tom bergambar dari sisi tepi. Macam cun jugak.

berseni sangat diorang kan...
berseni sangat diorang kan…

Feeling2 pergi holiday tepi pantai. Berjemur bawah matahari. Jangan lupa pakai sunblock!

Lariikkk gajah sembur air. Haha.. *maaf buang tebiat sikit.
Lariikkk gajah sembur air. Haha.. *maaf buang tebiat sikit.

Katakan TAK NAK pada rokok. Bayangkan paru-paru korang yang kuat merokok. Lebih kurang camni la kot rupa paru-paru perokok. Khas untuk padin.

Tak Nak pada Rokok
Tak Nak pada Rokok

Last pic, “I Know I’m Ohsem”. Terima kasih kepada model tak berbayar kat belakang. ;p

I Know I'm Ohsem
I Know I’m Ohsem

Lepas habis bergambar di Laman Seni Seksyen 7 ni kitorang bergerak untuk shopping di butik berdekatan. Cik tom lebih pada window shopping sebab semua baju yang ada kat butik tak berkenan. Kalau ada berkenan takde saiz pulak. Bila tanya mana semua stok baju? Cam kosong je kat Bella Ammara, Minaz, Calaqisha dan lain-lain. Jawapannya mostly stock bawak ke Mood Republik yang diadakan keesokkan harinya di Johor. Silap timing pulak pergi.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

9 thoughts on “Jalan-jalan ke Laman Seni Seksyen 7 Shah Alam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!