Jalan-jalan di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang
Assalamualaikum dan Salam Sayang… Dah baca komen cik tom secara ringkas mengenai percutian cik tom sepanjang berjalan-jalan di Bukit Tinggi, Pahang? Kalau belum boleh juga baca dengan link entry baca di bawah ye. Salah satu tarikan utama dan pertama ke Bukit Tinggi ini sudah semestinya Colmar Tropicale. Kalau korang nak rasai bagaimana perasaan seakan-akan berada di Perancis, boleh la berkunjung ke sini. Ini termasuk dalam percutian bajet dengan kos yang rendah.
Baca: Jalan-jalan ke Bukit Tinggi, Pahang
Kat bawah ni gambar pemandangan jauh bangunan Perancis di Colmar Tropicale. Cantik kan? Bangunannya pun berwarna warni dengan reka bentuk bangunan yang unik. Cik tom tertarik pada beranda tingkap setiap bangunan yang memang comel dan ada pokok bunga.

Once, korang dah sampai korang akan di arahkan parking di tempat parking pelawat. So, kena berjalan sikit. Dont worry tak jauh pun. Yang ni kitorang bergambar dari bangunan tingkat atas kema parking kereta. Ini dalam pukul 9 lebih dah panas dan silau. Panas2 pun nak bergambar tu mata pejam je dik non. Haha… Jangan lupa bawak shades dan monopod ke sini. Senang nak berselfie. Hehe..

Nak masuk ke sini dah tak dikenakan bayaran. Yang dikena bayaran masuk ialah dari pondok pos pengawal utama RM13 untuk dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak. Wohoo nampak papan tanda Colmar Tropicale kita bergambar lagi. Jangan lepaskan peluang untuk bergambar kenang-kenangan.

Snap gambar lagi before cross bridge Colmar Tropicale ni!

Cantik kan bangunan di Colmar Tropicale ni. Peranciss sangat! Kalau korang perasaan kebanyakan kawan atau saudara korang mesti akan snap gambar view dari depan ni. Sekali pandang wah bestnya diorang pergi melancong oversea padahal Bukit Tinggi je. Hehe…

Ini gambar kitaorang dari sisi bangunan di Colmer Tropicale. Cantik kolornya gabungan purple lembut dan pink. Setiap tingkap ada tanaman pokok bunga kecil. Siapa yang minat deko umah english style. Boleh cari idea kat sini. Malah ada jual barangan english style untuk deko rumah di Souvenir Shop. Cuma harganya quite expensive. Better korang beli kat Daiso, Kaison atau Mr.DIY lagi murah.

Layankan beberapa gambar pemandangan di dalam Colmer tropicale ni ye!



Ok cukup bergambar boleh balik. Ada hotel, restoran dan kedai jual cenderahati juga dalam ni tapi kitorang tak beli apa-apa hanya mengambil gambar sahaja.

Sebelum keluar bergambar kembar yang comel, Sal & Na bergambar dengan jam ala Perancis. Sekali imbas macam jam dalam movie Harry Porter je. Hehe..

Last but not least, bergambar dengan kuda Malaysia. Haha.. Kuda ni diwarnakan dengan warna bendera Malaysia sempena Hari Kemerdekaan yang lepas.
Dari depan Kema, Cik tom, Nora, Na dan Sal 😉

Terima kasih sudi ajak cik tom join trip korang jalan-jalan ke Colmar Tropicale, Bukit Tinggi ni. Memang enjoyy!
Sharing is caring
Boleh feeling-feeling berada di Colmar, Perancis. 🙂
Jom baca entri terkini akubiomed …Menonton filem Bond baharu Spectre bersama Domino DTopSecret
oh colmar tu nama tempat di perancis ke?ciktom baru tau..hehe
Tak payah nak pergi perancis la gini.. hahaha…
Wah comel2 anak malaysia…
kalau cukup duit nak jugak ke sana satu hari nati..
wah keren sekali stuktur bangunan di pahang yaa.. saya suke saya suke 😀
Jom baca entri terkini accesstrade …Cara Memulai Bisnis Online Shop Yang Terbukti Sukses
memang cantik sebab berasaskan rekabentuk perancis
Wah keren bu, jadi pengen kesana. Mudah-mudahan kesampean 😀