Jalan-jalan di Japanese Village, Bukit Tinggi, Pahang

Assalamualaikum dan Salam Sayang… Kita sambung lagi mengenai trip cik tom ke Bukit Tinggi dengan kali ni berjalan ke Japanese Village atau perkampungan jepun. Kat sini terdapat Japanese Garden, Japanese Tea House, Tatami SPA, Ume Tatami Suite, Souvenir Shop, Ryo Zan Thei Restaurant dan Botanical Garden.

Nora yang cute berlatarkan rumah teh jepun
Nora yang cute berlatarkan rumah teh jepun

Japanese Village atau perkampungan jepun ini terletak 3,500 kaki dari aras paras laut adalah yang pertama seumpamanya di luar negara Jepun. Taman ini telah direka oleh arkitek terkenal Jepun, Kaio Ariizumi dan dibina oleh satu pasukan yang mempunyai 22 tukang mahir dari Jepun. Ianya terletak di puncak bukit yang dikelilingi oleh hutan yang masih tebal membuatkan suhu sedikit dingin dan sungguh menyegarkan.-WOM

Baca: Jalan-jalan ke Bukit Tinggi, Bentong, Pahang

Baca: Jalan-jalan di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang

Macam cik tom pernah bagitau dalam entri jalan-jalan ke bukit tinggi, korang kena park kereta kat satu tempat khas je kan. Jadi bagaimana untuk bergerak ke tempat lain? Jangan risau nanti korang akan bergerak dari satu tempat dengan menggunakan bas yang disediakan. Bas ni percuma je dan akan lalu Bus Stop mengikut jadual yang disediakan seperti gambar dibawah;

Jadual bas dan peta di sekitar Colmar Tropicale
Jadual bas dan peta di sekitar Colmar Tropicale

Posing sekali kat perhentian bas sebelum naik bas. Haha…

Menunggu turn di perhentian bas
Menunggu turn di perhentian bas

Ok naik bas pun kena posing jugak sebelum bergerak. Eh bas ke? Rasa cam lori kecil je. Hehe…

Pegang kemas2 bas sebelum bergerakkk
Pegang kemas2 bas sebelum bergerakkk

Seronok je open air je naik bas ni. Lagi waktu turun bukit rasa feeling ala-ala roller coster gitu. Hihi..

Ok dah sampai ke Japanese Village. Oppps rupanya tak sampai lagi kena berjalan kaki lagi sebelum sampai tempat nak ditujui. Sebelum berjalan, pergi masuk tandas kat sini ada disediakan berhampiran perhentian bas.

Ok dah semua. Mulakan untuk jalan kaki. Sekali tengok tangga. Pergghhh tinggi jugak ni nak naik. Mau semput naik pakai skirt duyung. Haha..

Baru naik naik tangga 15% dah bergambar kitorang ni..hihi
Baru naik naik tangga 15% dah bergambar kitorang ni..hihi

Kitorang banyak ambil gambar sepanjang perjalanan ke Japanese Village ni jadi takdelah rasa penat sangat nak daki bukit. Hihi..

Yeay dah nak sampai. Jadi kena bergambar dengan signboard bukti kitorang dah pernah sampai ke Japanese Village.

Alhamdulillah akhirnya sampai jugak ke Japanese Village
Alhamdulillah akhirnya sampai jugak ke Japanese Village

Alamak rupanya belum sampai lagi. Kena mendaki bukit lagi rupanya. Mencabar la jugak sikit nak pergi ke Japanese Village ni. Tapi tak terasa letih sebab pemandangannya memang cantik!

Lagi mendaki bukit lagi banyak tempat yang cantik!
Lagi mendaki bukit lagi banyak tempat yang cantik!

Alhamdulillah akhirnya sampai, nampak anak sungai yang jernih mengalir. Subhanaallah cantiknya.

Seriusly memang cantik. Mutu kamera kurang bagus.
Seriusly memang cantik. Mutu kamera kurang bagus.

Bermulalah aktiviti bergambar sakan. Haha.. Yang ni la rupanya rumah Jepun. Comel je bentuknya. Secomel orang jepun. Hehe

Model rumah jepunn di Japanese Village
Model rumah jepunn di Japanese Village

Ada disediakan kemudahan untuk menyewa kimono iaitu baju tradisional orang Jepun dengan bayaran RM20 untuk 10 minit seorang. Boleh sewa di rumah teh jepun. Kitorang tak amik sebab kimono yang tinggal tak berapa cantik.

Cantikkk anak sungai yang jernih
Cantikkk anak sungai yang jernih

Tak percaya tu tengok gambar yang menyewa kimono kat belakang kitorang. Ehehe.. Cantik kan anak sungainya? Jernih sangat dan ada banyak ikan. Boleh main2 air. Sejukkk..

pokok bunga pun lagi tinggi dari kita berdua Nora.. hehe
pokok bunga pun lagi tinggi dari kita berdua Nora.. hehe

Takde notis, pamplate atau explaination jadi cik tom pun tak tahu apa fungsinya. Cik tom agak air dari bukit untuk buat teh jepun agaknya.

Posing lagi tapi rasa kaku pelik je. Hahaha…

Dengan batu pun jadi la labu.. hehe....
Dengan batu pun jadi la labu.. hehe….

Waktu cik tom pergi Tatami SPA dan Ume Tatami Suite ditutup manakala Botanical Garden under renovation pulak. Jalan ke taman botani tu ditutup dengan notis tengah pembaikian. Maybe nak upgrade bagi lagi menarik untuk tarik ramai pelancong datang.

Yang ni bergambar kat depan Ume Tatami Suite. Silakan masuk…

Selamat datangg....
Selamat datangg….

Sebelum last kitorang turun dari Japanese Village ni kitorang makan aiskrim yang kema belanja. Ada dijual di Souvenir Shop. Kat sini pun banyak dijual cenderamata Jepun. Pada yang suka kumpul souvenir tu korang patut dapatkannya di sini. Cik tom beli fridge magnet je 3 keping RM10.50. Rupanya seperti dalam gambar dibawah;

Fridge Magnet Colmar Tropicale
Fridge Magnet Colmar Tropicale

Pada yang nak bawak family bercuti, cik tom cadangkan korang datang ke sini. Percutian ni kira percutian bajet. Kos bayaran nak masuk pun murah. Makanan la mahal sikit jadi korang boleh bawak makanan dari luar. Selamat bercuti ke Japanese Village, Bukit Tinggi, Pahang!

Baca: Jalan-jalan di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

10 thoughts on “Jalan-jalan di Japanese Village, Bukit Tinggi, Pahang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!