Jalan-jalan ke Chemistry Cafe, Seksyen 7 Shah Alam

Lepas dah berjalan ke Bukit Tinggi paginya dan petang ke Laman Seni plus shopping kat butik area Sek 7. Seterusnya kitorang dah lapar mencari pulak The Chemistry Cafe. Nak mencuba jugak macam mana tempatnya. Best tak? Tengok orang duk share gambar di facebook dan instagram macam menarik je. Try cari guna waze tapi pelik pulak instruction bagi. Dua kali pusing tempat sama. Tanya orang kat area seksyen 7 tue tak tahu pulak. Last2 call kawan, Mayrah tanya kat mana. Alhamdulillah akhirnya jumpa jugak. Hehe

yeay..akhirnya ketemu jua
yeay..akhirnya ketemu jua “Chemistry Cafe”

First impression sebelum masuk, wah cantiknya design dan deko depan pintu masuk Chemistry Cafe ni. Boleh lepak minum2 kat luar jugak. Bila masuk lihat mural di sekeliling cafe pun cantikk. Dengan waiter dan waiteress memakai lab coat. Minuman disediakan dalam conical flask. Ada jugak round bottom flask and small jar yang biasa digunakan dalam makmal kimia. Menariiik dengan konsep ala makmal. Maklum cik tom dan kawan yang datang ni memang orang kimia. Hehe..

Kaunter layan diri di Chemistry Cafe
Kaunter layan diri di Chemistry Cafe

Cik tom suka susun atur dalaman cafe ni. Rasa seronok untuk lepak bersama kawan-kawan. Ada section for H2O atau bahasa melayunya air masak. Hehe.. Ada banyak ruangan jenis meja dan kerusi korang boleh pilih. Tapi dah ramai datang kitorang terpaksa je duduk kat meja kosong.

Majoriti datang sini pun duk snap2 ambik gambar minuman dan makanan kat Chemistry Cafe ni. So, tak payah segan nak ambik gambar. Dah jadi culture orang zaman sekarang semua nak snap masuk social networking walaupun duduk satu meja 4 orang. Yang beli waffle nya sorang je. Habis empat orang ambil gambar macam order jugak. Haha…

Mural di wall Chemistry Cafe
Mural di wall Chemistry Cafe

Ingat mula-mula nak makan kat Chemistry Cafe tapi bila tengok menu banyak yang takde. Ada waffle je. Kalau dah kenyang okay la. Ni lapar. Hehe.. Kitorang amik inisiatif skodeng yang datang ke sini. Memang ramai dan penuh meja tapi majoriti memang order air je.  Ada la jugak 2-3 meja yang order makanan. Tengok la rupa waffle yang dibeli. Tengok rupa waffle biasa je macam tak deserve je untuk 1 plate tu range RM8.90-RM14.90.

Posing dengan ice blended masing2
Posing dengan ice blended masing2

Kat sini sistem order “self service” korang kena order dan beli sendiri di kaunter Chemistry Cafe ye.

Patut masa call Mayrah dah bagi warning siap2 biase je makanan dan minuman kat cafe tue. Sekadar nak pergi lepak-lepak dengan kawan boleh la. Tapi harga jadi quite expensive bila tak deserve dengan kualiti yang diberikan.

bergambar before minumm
bergambar before minumm

So kitorang decide minum je kat situ. Nanti makan cari kat tempat lain je. Ice blended yang kitorang beli ni dalam range harga RM 12.50-RM13.50 per conical flask.

Resit kitorang bayar bertiga.
Resit kitorang bayar bertiga.

Nama ice blended agak catchy la owner cafe ni bagi nama. Dengar bunyi macam sedap2. Kitorang beli The Bomb Chiller, Choco Peppermint dan cik tom beli Chocolate Banana Chiller. Yang kitorang order ni nama biasa je. Hihi..

Ice blended in conical flask
Ice blended in conical flask

Komen sejujurnya ice blendednya memang sedap tapi biasa sangat rasanya macam rasa kat ice blended yang ada franchise je. Maaf ye. Komen bukan nak kondem tapi harap boleh improve servis dan kualiti setanding dengan harga yang dikenakan pada masa akan datang.

#CHEMISTRY
#CHEMISTRY – “The Science & Socializing”

Komen cik tom ni berdasarkan hari cik tom datang 16 September 2015 dan mungkin berubah mengikut peredaran masa. Hope cafe boleh improve dan insyAllah kitorang boleh datang lagi.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

18 thoughts on “Jalan-jalan ke Chemistry Cafe, Seksyen 7 Shah Alam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!