Resepi Puding Roti Sumi Jelly Penyejuk Hati..
Assalamualaikum dan Salam Sayang… Kali ni untuk slot masak-masak cik tom nak share resepi dari housemate cik tom, teha. Nama dia sama dengan nama cik tom. hehe… Resepi puding roti cik tom nak kongsikan kali ni memang sesuai untuk semua lapisan usia lagi-lagi untuk kanak-kanak kat rumah. Mesti seronok kalau dijamukan dengan puding roti sumi jelly yang bila makan jadi penyejuk anak tekak time jerebu ni. Suami pun pasti bertambah sayang kan.. hehe…
Antara resepi berasaskan puding dan agar-agar yang pernah dikongsikan dalam blog cik tom;
Ok kita move on pada bahan dan cara nak buat puding roti sumi jelly yang mudah dan insyaAllah sedap kalau kena cara membuatnya. 🙂
Bahan-bahan Resepi Puding Roti Sumi Jelly Penyejuk Hati;
Sumi Jelly (dibuang airnya)
3 keping roti (tidak perlu dibuang kulitnya)
200 mL susu cair
600 mL air
1 paket agar-agar serbuk (10 gram)
1/2 cawan gula pasir
1/2 sudu esen ros (if takde boleh jugak ganti dengan esen vanilla)
Beberapa jenis pewarna – merah, kuning atau biru (ikut citarasa korang ye)
Cara-cara masakan Resepi Puding Roti Sumi Jelly Penyejuk Hati;
- Susunkan sumi jelly di dalam bekas acuan mengikut kreativiti korang ye. (ketepikan)
- Blend (kisar) roti bersama dengan susu cair. (ketepikan)
- Campurkan air, agar-agar serbuk dan gula ke dalam periuk. Didihkan dan kacau sehingga sebati.
- Selepas mendidih, masukkan esen ros dan juga roti+susu cair dan yang telah diblend (step 2). Kacau sehingga sebati.
- Perlahankan api. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian (tiga bekas berlainan).
- Letakkan pewarna (kuning, merah, biru) pada setiap adunan.
- Tuangkan adunan pertama ke dalam acuan yang diletakkan sumi jelly (step 1). Biarkan ia sejuk dan agak2 nak mengeras. *jangan keras sangat pulak..
- Kemudian, tuangkan lapisan kedua dan biarkan mengeras. Ulang perkara yang sama untuk lapisan ketiga.
- Biarkan sejuk di peti ais dan hidangkan.
Jom pelajari aneka >>bun, pau dan pizza dari hotel.
Selamat mencuba resepi Resepi Puding Roti Sumi Jelly Penyejuk Hati..
Sharing is caring
sejuk egala gala kalu pekena ni hahahha
Jom baca entri terkini Belang tarung …Perubahan Spektrum Warna Alam dan Waktu Solat
Wah berwarna warni. Budak-budak tentu suka.
Jom baca entri terkini akubiomed …Ketahui rahsia sulit DTopSecret untuk peminat tegar Domino pizza
adoi sedapnyaaaa puding sumi jelly ni ciktom…
mcm ni mak budak pun teruja nak makan
resepi pun mudah. thanx CT 🙂
nak buat kena hati2 bab airnya tu ahai..cam sedap kalau atas semua ada cumi..
nak..nak..
Jom baca entri terkini suri …Siap! 5 Helai Cara Pantas Jahit Jubah Moden Muslimah Terdesak Dan On Time
menarik 🙂
Jom baca entri terkini iena eliena …Diskaun 50% Domino’s Pizza Malaysia | #DTopSecret | PROMO CODE AD62
sedap ni..pernah jugak makan,tapi tak pernah buat..nampak simple je buat nya kan
Jom baca entri terkini Kisah Si Dairy …Naura Dah Meniarap!!
aik..cerita pasal roti plakk..
Jom baca entri terkini titan …Korang langgar, korang kena GEGAR.
perngkongsian yg amat berguna kpd sy . nanti bole try buat kt umah sewa mmbe. hdup student ni perlu bljr gak msask. x kn la nk maggie aje kn. hehe..
tq cik tom
Jom baca entri terkini MDHAFiZ.NET …Sufi Juara AF 2015
anak2 mesti suka ni
Jom baca entri terkini Raihanah Ahmad …Kepentingan EPA dan DHA Kepada Kesihatan Otak
enak banget pudingnya anda bisa nyobain