Resepi Bayam Brazil Goreng Belacan
Resepi Bayam Brazil Goreng Belacan | Sayur bayam brazil ni memang popular sangat sebagai ulaman pada geng-geng diet nak kuruskan badan atau yang amalkan healthy lifestyle. Cuma dulu biasanya orang beli kat supermarket tanpa sedar rupanya mudah je cara nak tanam bayam brazil ni. Kakak ipar ciktom, kak zie banyak tanam pokok bayam brazil ni kat belakang rumah. Memang tumbuh segar dan banyak pokoknya.
Semenjak PKP dari bulan Mac, memang ramai jadi pecinta pokok dan mula tanam sayuran dari rumah je. Jadi pelbagai idea kreatif masakan berasakan bayam brazil. Antara menu bayam brazil yang ramai orang suka ialah bayam brazil goreng belacan. Ramai bagi feedback serius sedap lagi dari kangkung goreng belacan, harapkan batang kangkung ja belambak daun secoet.
Resepi Bayam Brazil Goreng Belacan
Sumber: Facebook Robakyah Che Ros
Bahan masak bayam brazil goreng belacan:
🌿Bayam Brazil
🌿6 biji cili besar + cili padi.suka pedas campur cili padi lebih sikit*
🌿3 ulas Bawang merah*
🌿2 ulas Bawang putih*
🌿sedikit udang kering atau ikan bilis
🌿Belacan.. agak agak la..letak byk sikit kalau nak lagi sedap
🌿gula, garam , perasa, asam
Cara mudah masak bayam brazil goreng belacan:
1 – Tumbuk semua bahan bahan yang ditumbuk tadi. Kalau blend bagi kasar sikit ya.
2 – Tumiskan bahan bahan yg ditumbuk tadi , dah masak elok masukkan ikan bilis atau udang kering, belacan, perasa, gula garam dan sedikitttt saja tau perahan lemon atau air asam jawa.
3 – Last masukkan sayur bayam. Gaulan sebati dan siap!
Antara artikel resepi sayur di blog ciktom:
- Resepi Sup Sayur Mudah dan Ringkas
- Resepi Sayur Kacang Botor Masak Hitam Manis
- Resepi Telur Masak Sayur Kicap
Jom kita pakat tanam pokok bayam brazil. Mudah je nak tanamnya. Cuma kena cari bayam dulu lepas tu cucuk je batang kat tanah yang lembap.
Terima kasih kepada Robakyah Che Ros atas perkongsian resepi bayam brazil goreng belacan. Nanti ciktom dah masak versi ciktom akan update akan datang. Semoga bermanfaat dan dimurahkan rezeki kepada korang semua. amin..
Sharing is caring
alamak, ailio saya menitik
Memang sedap, Sis punya alahaii, terkengkeng nak naik subur , pelik tauu, orang lain semua gemuk-gemuk, Sis punya susah nak idup, maybe tanah dia tuuu
Jom baca entri terkini Sis Lin …ANANTARA DESARU COAST RESORT & VILLAS HOSTS PINKTOBER YOGA DAY
baru semalam makan dan baru nak bercucuk tanam bayam brazil ni. Haha Harap menjadi la yek.. Aien tumis biasa gitu jer. Nasib sedap laa xtaruk belacan. 🙂
Lepas PKP hari tu, tinggal rumah dekat sebulan.mati gitu je bayam brazil tu.Ni baru nak hidup balik..nanti nak try,,.mesti sedap kan
Bahan belacan penyedap makan wajib ada. Tentu tak ingat berapa pinggan sudah ditambah nasi. 🙂
Jom baca entri terkini akubiomed …Ring light mudah alih guna USB
jimat kalau tanam sendiri..bila2 boleh petik dan masak…
nampak menyelerakan masakan cik tom tu..