Jalan-jalan tengok Gajah Comel, Kuala Gandah 2014

Assalamualaikum dan Salam Sayang… Sekarang dah nak ke penghujung tahun 2015 tapi entri ialah throwback bagi akhir tahun 2014 waktu cik tom temankan kawan jadi pensyarah pengiring ke Kuala Gandah. Trip kali ni sebenarnya course requirement bagi pelajar Biologi. Kawan cik tom, tira bagitau ada seat kosong dalam bas. So, apa lagi dari duk lepak dalam rumah je. Baik jugak jalan-jalan tengok gajah buat kali kedua sambil lihat kebesaran alam cipta Allah s.w.t.

Kali pertama cik tom ke sana boleh baca di entri, Jalan-jalan Tengok Gajah di Kuala Gandah (2013). Seperti biasa pergi ke kaunter pendaftaran untuk daftar nama dan dapatkan pelekat untuk masuk. Tiada bayaran dikenakan tau. Ianya percuma.

Gerai menjual tebu dan pisang
Gerai menjual tebu (RM3 seikat) dan pisang (RM5 sesikat)untuk diberikan kepada gajah-gajah comel

Aktiviti wajib disini sudah semestinya bagi makan kat anak-anak gajah yang berumur 10 tahun ke bawah. Gajah dewasa ada tapi untuk pertunjukan waktu petang.

Zai excited kasi gajah makan tebu
Zai excited kasi gajah makan tebu 😉

Kalau yang datang ke sini tak mengira usia, dari budak kecil hingga la ke warga tua, perempuan mahupun lelaki memang semua excited bagi makan dan usap belalai gajah yang comel.

cik tom bagi gajah makan tebu
eh nak amik gambar ke nak bagi gajah makan ni cik tom??? hihi…

Tira seperti biasa memulakan aktiviti menegur gajah yang diberi nama Selendang. Kalau korang nak cam gajah yang tempang kaki kiri belah depan ialah selendang. Seekor lagi gajah dalam satu kandang sama dengan Selendang ialah Siput. Unik kan nama gajah ni??

Selendang bermesra dengan pecinta gajah, miss athirah :)
Selendang bermanjadengan pecinta gajah, miss athirah 🙂

Haa macam mana gajah ni dapat nama Selendang la.. Siput tu semua?? Actually gajah kat Kuala Gandah ni diberi nama berdasarkan dari mana tempat gajah ini dijumpai @ditangkap.

Ok tebu dah abis.. So, kita posing maut sekali depan gajah
Ok tebu dah abis.. So, kita posing maut sekali depan gajah

Kalau korang nak datang ke sini. Sebaiknya set masa betul-betul tau. Sebab setiap hari pukul 2 petang akan diadakan pertunjukan gajah dewasa.

Petunjukan dari gajah-gajah dewasa di Kuala Gandah
Petunjukan dari gajah-gajah dewasa di Kuala Gandah

Walaupun untuk kali kedua datang untuk pertunjukan yang sama tapi cik tom tetap enjoyed tengok keletah gajah yang comel mengikut arahan daripada mahout*.

*mahout-ialah pelatih gajah

Bergambar bersama manhut, Pijan
Bergambar bersama mahout, Pijan

Selepas pertunjukan disediakan buah-buahan seperti betik khas untuk pelawat merasakan pengalaman memberi makan kepada  gajah dewasa yang memang besar!

With my ex-student :)
With my luvly ex-student 🙂

Okay dress cik tom tak berapa sesuai nak pakai ke sini. haha.. Siap ada kawan-kawan tanya nak pergi mana pakai lawoo2. Cik tom kelentong after jalan-jalan kuala gandah nak kena attend kenduri kahwin. hahaha.. Diorang percaya pulak tue. ;p

Selepas pertunjukan, gajah dewasa dibawa mandi-manda kat sungai bersama mahout.

Gajah dewasa mandi-manda bersama manhut
Gajah dewasa mandi-manda bersama mahout

Tapi nampak gaya mahout yang terlebih excited mandi- manda dari gajah. hehe… Tengok gajah ni mandi, seram pun ada. Risau gajah terpijak mahout. huhu..

yeahhhh...we r so hapyyy :)
yeahhhh…we r so hapyyy 🙂

Okay last snap pic sebelum kita gerak ke destinasi seterusnya, Deerland pulak.

#throwback06122014

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

9 thoughts on “Jalan-jalan tengok Gajah Comel, Kuala Gandah 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!