Jom Bermesra dengan Alam Semulajadi di DEERLAND

Assalamualaikum dan Salam Sayang.. Selepas kitaorang tengok gajah comel di Pusat Konservasi Gajah di Kuala Gandah, kitaorang bertolak pulak ke Deerland. Deerland berlokasi di Bukit Rengit, Lanchang adalah destinasi pelancongan yang unik dan menarik. Deerland terletak kira-kira 35km dari Temerloh. Kepada para pencinta alam semulajadi jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Deerland. Pelbagai jenis flora dan fauna boleh korang bermesra di sini tau.

Miss Jajanto happy dapat bagi rusa makan ubi
Miss Jajanto happy dapat bagi rusa makan ubi

Sebenarnya Deerland ini tanah persendirian yang wujud hasil dari sentuhan idea kreatif pemiliknya, En. Abdullah Ahmad B. Mahmud. Beliau telah mengeluarkan kos sendiri untuk membina dan menyelenggara Deerland.

Adik ni pun asyikk bagi rusa makan
Adik ni pun asyikk bagi rusa makan

Deerland menampilkan konsep kembali ke alam semula jadi dengan menghidangkan udara segar dan persekitaran yang dikelilingi rimbunan pohon menghijau. Jadi ianya membolehkan pelawat bermesra dengan alam semulajadi iaitu haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

Makan sampai kenyang2 ekkk...
Makan sampai kenyang2 ekkk…

Di antara binatang-binatang yang terdapat di Deerland adalah Burung Unta, Rusa Timur, Rusa Nilga dari India, Itik Kayu dari Kanada, Burung Merak, Kucing Hutan, Hedgehod, dan banyak lagi.

zai duk belai rusa yang terlebih jinak dan manja
zai duk belai rusa yang terlebih jinak dan manja

Selain bagi makan dan bermesra dengan rusa, korang pasti akan terasa terhibur melihat keletah rusa jinak yang menarik baju, menunjukkan aksi berdiri dengan dua kaki dan berkejar-kejaran. Dalam entri cik tom sebelum ni ada gambar rusa berdiri, Jalan-jalan tengok rusa di Deerland, Pahang.

yan bersama rusa
Yan yang suka benor hiking tapi agak takut dengan rusa…dia bagitau rusa kat sini agresif..hehe

Pengunjung juga boleh melihat burung-burung liar dari pelbagai spesis yang sentiasa berkeliaran di kawasan ini. Ia amat sesuai untuk peminat-peminat yang meminati burung. Semuanya memang cantik-cantik tapi maaf takde gambar sebab gambar yang cik tom amik tak clear pulak nak masukkan ke sini.

Burung-burung yang comel dan jinak
Antara burung-burung yang comel dan jinak

Dalam trip pertama kali ke Deerland sebelum ni cik tom bagitau tak sempat bergambar dengan hedgehod kan?? So, trip ke Deerland kali ni cik tom berjaya amik gambar hedgehod dan juga bermesra dengan hedgehod. Yeayy!!

Hedgehod yang super duper cute!
Hedgehod yang super duper cute!

Seronok dapat pegang hedgehod. Duri kat badan hedgehod ni lembut je. Tak tajam tau. Kat Deerland ni ada 8 ekor hedgehod. Pada yang geli tikus maybe tak boleh pegang sebab heggehod ni anak beranak tikus. hihi…

Kitaorang ke hedgedog lagi cute??? hehe...
Kitaorang ke hedgedog lagi cute??? hehe…

Sebelum ni cik tom pernah pegang dan bergambar dengan ular albino tapi datang kali ni takde pulak ular albino. Yang ada ular sawa batik. Nampak kulit ular swa batik tue mirip pulak warna dan corak dress cik tom pakai. huhu…

Percubaan pertama bergambar dengan ular sawa batik
Percubaan pertama bergambar dengan ular sawa batik
Bergambar dengan ular beramai-ramai. Tengok tangan tira siap sentuh kulit ular. heee
BEFORE: Bergambar dengan ular beramai-ramai. Tengok tangan tira siap berani sentuh kulit ular. hehe
melarikan diri dari ular sawa batik
AFTER: Habis je snap gambar. Semua melarikan diri. haha…

Memang seronok berjalan ke Deerland dan rasakan sendiri pengalaman bermesra dengan haiwan dan alam semulajadi disana. Menghirup udara yang nyaman dan merehatkan mata melihat kehijauan pokok di Deerland. Pasti satu pelaburan yang berbaloi melihat orang tersayang gembira dengan lawatan ke sini. Jadi jangan lepaskan peluang untuk singgah ke Deerland, Kuala Gandah, Pahang!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

9 thoughts on “Jom Bermesra dengan Alam Semulajadi di DEERLAND

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!