Resepi Kerabu Ikan Bilis Versi Bujang

Assalamualaikum dan Salam Sayang kepada semua pembaca blog cik tom… Harap semuanya dalam keadaan sihat dan ceria selalu. Okay hari ini cik tom nak berkongsi resepi kerabu ikan bilis versi bujang. Kerabu ialah versi salad Melayu dan ianya tidak perlu dimasak. Malahan mudah untuk menyediakan kerabu ni. Hanya menggunakan limau kasturi sebagai agen pemasak.

resepi kerabu ikan bilis versi bujang
Kerabu ikan bilis versi bujang

Dalam gambar resepi kerabu ikan bilis tu dah alter ikut kesesuaian bahan masa tu takde buah mangga dan cili merah. So, kita ubah kepada cili hijau. Nak masak ni tak semestinya kena tunggu lengkap semua bahan-bahan baru boleh masak tau (ada semua lagi bagus). Kalau takde tu boleh je sesuaikan dengan apa yang ada kat dapur. Boleh tambah apa2 juga bahan yang dirasakan sesuai untuk kerabu. Jadikan memasak ni satu kreativiti.

Bahan-bahan resepi ikan bilis versi bujang;

1 mangkuk ikan bilis
1 kuntum bunga kantan (dihiris halus)
1 labu bawang besar (dihiris halus)
3 biji cili merah (dihiris halus)
1 biji mangga muda (parut atau cincang halus)
3 biji limau kasturi (diperah & ambil air perahannya)
Minyak masak secukupnya untuk mengoreng ikan bilis
Garam & gula secukup rasa

Cara-cara masakan resepi kerabu ikan bilis versi bujang;

  1. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing.
  2. Kemudian toskan minyak dan masukkan ikan bilis ke dalam mangkuk.
  3. Masukkan kesemua bahan-bahan yang telah dihiris halus, gula, garam dan juga air perahan limau kasturi.
  4. Gaulkan sehingga sebati.
  5. Siap! Boleh dihidangkan dengan nasi panas.

Actually bukan untuk orang bujang je sesuai tau. Untuk family pun sesuai hidangkan kerabu ikan bilis versi bujang ni. Saja bagi nama kerabu bujang sebabnya mudah nak buat dan rasanya pun sedap! Pasti selera makan nasi bertambah kalau perkena kerabu ikan bilis versi simple ni.

Terima kasih sudi berkunjung ke blog cik tom. Selamat mencuba resepi kerabu ikan bilis versi bujang!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

2 thoughts on “Resepi Kerabu Ikan Bilis Versi Bujang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!