Panduan Lengkap Temuduga Pembantu Penguasa Kastam W17
Panduan Lengkap Temuduga Pembantu Penguasa Kastam W17
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… Rasanya masih belum terlewat untuk cik tom mengucapkan sekalung TAHNIAH buat calon yang berjaya dapat tawaran temuduga jawatan Pembantu Penguasa Kastam W17 bermula daripada 25 Oktober 2015 sehingga 6 November 2015. Sebanyak 547 kekosongan yang ditawarkan kali ni bagi jawatan pembantu penguasa kastam bagi gred W17. Ianya satu jumlah kekosongan yang agak tinggi dan jangan lepaskan peluang untuk buat persediaan yang terbaik bagi menghadapi sesi temuduga anda.
Sebaiknya korang buat persediaan lebih awal. Elakkan buat persediaan last minute atau sambil lewa kerana peluang tidak selalu datang dan bukannya mudah.
Tapi tahukah bermula pertengahan tahun ini SPA telah membekukan sebarang jawatan bagi kelayakan diploma mahupun ijazah. SPA kini hanya membuka jawatan bagi SPM! Jadi jika anda dipanggil untuk temuduga bagi gred W17, jangan lepas kan peluang yang ada!
Maklumat Ringkas Jawatan Pembantu Penguasa Kastam W17
Kumpulan Sokongan yang memerlukan kelayakan SPM untuk
memohon jawatan Pembantu Penguasa Kastam W17.
- Kumpulan: Sokongan
- Kem/Jab: Kastam Diraja Malaysia
- Jadual Gaji:
GAJI MINIMUM | GAJI MAKSIMUM | KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN |
---|---|---|
RM929.00 | RM3,377.00 | RM95.00 |
Syarat Lantikan Pembantu Penguasa Kastam W17:
- Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut;
[ Gaji Permulaan : RM929.00 ] serta - kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Spesifikasi Tugas Jawatan Pembantu Penguasa Kastam W17
Bertanggungjawab menjalankan peperiksaan ke atas barang-barang yang diimport / eksport, bagasi-bagasi penumpang yang keluar / masuk di pintu-pintu masuk negara, membuat imbangan daftar-daftar muatan, mengawal pergerakan barang-barang yang keluar/masuk kawasan-kawasan zon bebas, gudang pengilangan berlesen, gudang-gudang berkesan, kilang-kilang eksais.
Selain, menjalankan tugas-tugas juruwang serta pungutan duti, menjalankan tugas-tugas pencegahan seperti pengintipan, serbuan, rondaan serta penggeledahan kapal/kenderaan dan membantu dalam tugas-tugas pentadbiran biasa.
Panduan Lengkap Temuduga Pembantu Penguasa Kastam W17
Ebook panduan temuduga penguasa kastam W17 ini terbahagi kepada 3 bahagian penting yang meliputi;
- Modul 1: Cara sebenar dan etika untuk menghadiri temuduga kerajaan. Mungkin nampak remeh kerana itu ramai gagal memberi first impression yang bagus kepada penemuduga. Rahsia dan triks menambah hati penemuduga akan didedahkan.
- Modul 2: 45 nota ringkas berkaitan Kastam dan 13 nota mengenai GST.
- Modul 3: 51 contoh soalan khas Kastam. Diantaranya ialah soalan cepumas yang sering ditanyakan waktu temuduga kastam.
Korang bertuah kerana tidak perlu menduduki peperiksaan Online seperti calon lain.
Jadi, untuk dapatkan Panduan Temuduga Pembantu Penguasa Kastam W17 ini korang boleh klik lanjut pada link >>Panduan Lengkap Temuduga Pembantu Penguasa Kastam W17<<
atau boleh klik pada gambar buku dibawah;
Cik tom doakan korang semua berjaya. amin..
Doa+ Usaha+ Ikhtiar+ Tawakal= Kejayaan.
Sharing is caring
Tahniah buat semua calon kerana berjaya dipanggil temuduga… good luck!!!
Jom baca entri terkini anuar …Rahsia menjana pendapatan pasif TANPA MODAL dengan menyertai CONTEST SEO
Taniah untuk mereka yang dipangil untuk temuduga,semoga panduan ini dapat menjadi rujukan untuk memudahkan proses temuduga anda nanti
Jom baca entri terkini onlajer …Panduan Bisnes Aiskrim Yang Menguntungkan
Bermanfaat
good luck semua calon
Jom baca entri terkini Raihanah Ahmad …Mitos dan Fakta Tentang Jagung Yang Anda Harus Ketahui