Jom buat dadih segera handmade [Resepi]

Awal tahun aritu cik tom ada balik kampung. My little sis, Ika ada minta buatkan dadih segera yang dah lama dia beli tapi tak buat2 lagi pun. Saje la tue nak manja2 suh akak dia buatkan jugak. Padahal senang je nak buatnya. hehe… Contoh packaging dadih segera cam dalam pic no.1 tue ye. Cik tom buat ni dadih segera perasa buah-buahan. 1 bungkus tue harga RM5.00++.

Cara buat dadih segera
Cara buat dadih segera

Jom tengok bahan-bahan untuk buat dadih segera ni selain dari bahan yang dah tersedia dalam bungkusan tue;

3000 ml air kosong
100 gram gula
1 tin susu cair (400 ml)
1 bungkus dadih segera

 Cara-cara masakan dadih segera handmade;

1. Didihkan 3000ml air bersama gula dan 1 tin susu cair.
** kalau takde alat sukatan 3000ml boleh guna botol air mineral 1.5L untuk sukat (1.5L x 2botol=3liter sama jugak dengan 3000ml).

2. Selepas mendidih, padamkan api. Kemudian campur kandungan dadih dari bungkusan yang korang beli. Kacau selama 5 minit untuk larutkannya.

3. Masukkan gula buah-buahan (perasa dari bungkusan dadih jugak) dan kacau sehingga sebati.

4. Dah sebati, biar sejuk seketika sebelum tuangkan ke dalam bekas acuan.

5. Lastly, bekukan ke dalam peti sejuk. Siap!

Dah siap beku dan sejuk, boleh la makan dadih. Satu bekas dadih je tak cukup. hehe.. Buat sendiri senang boleh makan dadih banyak mana nak! hehe.. Kos buat pun murah je.  Untuk jimat kos boleh belajar buat sendiri je. 😉

Nak belajar buat taufufah dan air soya boleh tengok>> resepi taufufah dan air soya.

Tips tambahan: nak lagi sedap boleh tambah buah-buahan cam cocktail dan sebagainya mengikut citarasa masing-masing ye.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

17 thoughts on “Jom buat dadih segera handmade [Resepi]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!