Imbas kembali: Air Minuman Kegemaran Masa Sekolah

Minggu lepas alhamdulillah murah rezeki ada ofismate, Zai bagi air kotak coklat RMT dan housemate, Zaty belanja air susu botol FAMA. Semoga makin dimurahkan rezeki diorang. amin…

Cik tom tengok 2 jenis air minuman ni dah banyak berubah bentuk, saiz dan packaging tapi rasanya masih maintain lagi best cam dulu-dulu. Terus cik tom teringat balik kisah zaman sekolah-sekolah dulu.

1. Air Vitagen

Cik tom ingat dulu time sekolah mesti ada lori atau van yang akan datang jual air minuman cam vitagen, susu lembu fama atau air kotak yeo’s.

Air vitagen perasa oren dan anggur
Air vitagen perasa oren dan anggur

Nanti mesti cikgu akan bagi borang bawak balik rumah untuk emak ayah isi nak beli air berapa kotak/botol dan perisa apa. Ingat lagi siap bodek2 ayat lagi sebab nak air kotak punya pasal. Semua kerja rumah rajin siapkan. hehe…

Air vitagen yang paling cik tom suka perasa oren dan anggur. Best! Time holiday chinese new year aritu, ada ofismate, Suhaila balik kampung kat Perak. So cik tom kirim beli Vitagen direct dari kilang 3 x 5 botol harga RM11.50 siap dapat percuma hadiah lagi. heehe..

2. Air Kotak Coklat RMT (Rancangan Makanan Tambahan)

Cik tom dulu tak layak dapat RMT. So, biasa tumpang minum air kotak coklat RMT yang kawan cik tom punya. Air coklat memang best tak sama dengan air coklat kotak jenama lain. Rasanya berkrimer dan coklat susu berlemak. hehe..

Susu Coklat RMT 1 Malaysia
Susu Coklat RMT 1 Malaysia

Zai pun balik dari kampung bagi kitaorang rasa susu coklat RMT yang dah packaging baru 1 Malaysia. Kotaknya lebih kecil dari dulu. Tapi rasa maintain sama sangat sedap!

3. Air Susu Botol Berperisa Keluaran FAMA

Dulu cik tom suka sangat kalau dapat beli air susu botol macam2 perisa keluaran FAMA ni. Yang cik tom ingat ada perasa jagung, coklat dan sirap. Cik tom paling suka air susu perasa jagung. hehe.. Seingat cik tom dulu harganya sebotol 70 sen atau 80 sen camtu la.

Susu Segar Perasa Jagung
Susu Segar Perasa Jagung

Baru-baru ni Zaty belanja cik tom time pergi pasar malam jengka. Tengok skang harga dah  RM2 sebotol. Tengok saiz botol pun dah makin kurus. Dulu botolnya gemukk… hehe..

4. Air Milo Van

Semua duk beratur nak amik air milo van
Semua duk beratur nak amik air milo van| Sumber: Malaysiaria

Cik tom suka sangat suka sangat kalau ada abang van milo datang sekolah. Semua akan berebut-rebut nak amik air milo cawan ni. Pastu kena marah bila tak beratur betul.

Bila dah dapat turn minum milo tue perghh sedap sangat. Sejuk dan pekat manis je rasa milo. Yang peliknya rasa milo yang buat kat rumah memang langsung tak sama dengan rasa milo van yang super sedap! hehe….

Time nakal-nakal tue mula la beratur untuk kali kedua pula. Mana cukup secawan je. hehe..

5. Air Kotak Yeo’s

Last not least, air kotak yeo’s memang banyak mengimbau nostalgia dulu, kini dan selamanya. Air kotak yeos ni paling dekat dihati sebab dari zaman sekolah sampai sekarang masih minum air yeos. Cik tom paling suka air kotak perasa soya dan latest produk yang cik tom suka air yogurt memang best.

Comel tak anak sedara cik tom? zakwan pun suka soya yeos.. hehe...
Comel tak anak sedara cik tom? zakwan pun suka soya yeos.. hehe…

Paling dekat dihati time bulan pose memang tak sah kalau tak minum soya yeos campur dengan cincau time berbuka bulan puasa dengan famili dan kawan2. Memang best! Isk.. isk rasa rindu pulak kat famili dan kawan time blaja dulu.

Macam mana pulak dengan korang?? Air mana yang korang paling korang suka dan tak boleh lupa rasa sedap masa sekolah dulu?

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

14 thoughts on “Imbas kembali: Air Minuman Kegemaran Masa Sekolah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!