Kereta kena sabotaj?

Assalamualaikum dan salam sayang.. Actually kejadian ni berlaku sem lepas beberapa bulan tukar kerja kat Jengka, Pahang. Kat sini, cik tom sewa kat taman perumahan luar. Rumah sewa ni kira sewa ikut bilik. Satu bilik sewa RM300 untuk 2 orang means RM150 sorang bayar untuk sewa tak termasuk bil elektrik dan air.

Rumah tomato 😉

Buat masa sekarang, rumah ni ada 8 orang menyewa sebab ada 5 bilik. Biliknya boleh tahan besar gak. Rumah ni dah modified by owner dari design asal rumah. Kira duk rumah sewa ni boleh tahan juga. Fully furnished cuma yang kurang best tandas 1 je.

Boleh korang bayangkan tak 8 orang satu rumah tapi tandas 1 je?? huhu….

Dah ramai orang menyewa dan semua bekerja, kitaorang agak compete time nak parking kereta. huhu… Sape sampai dulu dapat parking dalam berbumbung. Tak dapat parking tue pandai-pandai la parking sana-sini.

Nak dijadikan ceritanya.. aritu cik tom balik lambat sekali..So kena tumpang parking kawasan tepi rumah depan (taska).

Keesokkan arinya time nak pergi kerja.. TERKEJUT tengookkk!!

Kelisa kena sabotaj?
Kelisa kena sabotaj?

Dari atas bumbung kereta sampailah cermin kereta tue ada orang baling cam hampas buah betik je. Yang pelik tue sapelah rajin sangat buat camtu. Yang bertambah2 pelik ada 3 buah kereta parking kat situ dan kereta cik tom duk tengah2 in between 2 kereta tapi kereta lagi 2 tue okay takde apa2.

Ntah siapalah yang sabotaj kotorkan kereta cik tom ni. Sampai hati. Tapi syukur Alhamdulillah takde rosak atau calar kat kereta.

Siapa yang buat? Masih misteri sampai skang.. Tapi takpelah…  Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri.. haha….

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

17 thoughts on “Kereta kena sabotaj?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!