Jom Buat Roti John Mini Cara Mudah

Assalamualaikum dan salam sayang… Tangan asyik nak mengatal nak memasak je sekarang ni. Beberapa hari ni teringin je nak makan roti john. Biasa cik tom beli roti john ni kat pasar atau bazar ramadhan time puasa. Cuma pernah serik beli roti john kat bazar ramadhan tak sedap mana. Keesokan harinya kena diarrhea.

Oleh sebab asyik hujan setiap kali waktu pasar malam. Rasa malas nak keluar semata beli roti john dan berasak dengan hujan kan. Kempunan nak makan roti john yang sedap kesukaan cik tom.

Cik tom ambil langkah mudah cari resepi roti john ni dan terjumpa satu resepi buat roti john yang mudah dari blog Yana Yassin; Resepi Roti John Mudah dan Sedap.

Jom Buat Roti John Mini Cara Mudah

Jom Buat Roti John Mini Cara Mudah
Langkah demi langkah cara mudah buat roti john sendiri

Rupanya penyediaan roti john mini ni mudah sangat. Cuma resepi asal Yana Yassin lagi simple tak masak dulu dagingnya. Untuk inti roti john mini terus campur daging, telur, garam dan serbuk blackpepper.

Untuk inti roti john mini ni cik tom ubahsuai ikut selera anak tekak cik tom. Guna sos spaghetti. Kebetulan memang dah sedia ada kat rumah. hehe…

Resepi cara mudah buat roti john sendiri;

Sumber: Yana Yassin
Testimoni berjaya: Cik tom
Penyediaan: 4 keping roti john mini

Bahan-bahan untuk roti john mini;

4 keping roti john mini (*kalau nak guna roti panjang-double bahan2)
4 biji telur
1 mangkuk kecil daging cincang (*blh tukar ayam/sardin/sosej)
1 labu bawang besar (dicincang)
2 sudu besar sos sphagetti (*blh tukar kpd serbuk kurma/kari/blackpepper)
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
timun batang
sos cili
mayonis

Cara membuat roti john mini homemade;

  1. Mula2 kita sediakan dengan inti roti john. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar sehingga naik bau wangi.
  2. Kemudian masukkan daging kisar, sos sphagetti dan sedikit garam. Gaul sehingga masak dan sebati. Tutup api.
  3. Pukul kembang telur di dalam mangkuk sebelum masukkan bahan inti tadi ke dalamnya. Ketepikan.
  4. Sekarang ambil roti, belah tengah dan sapu sedikit majerin pada bahagian dalam dan luar roti. Bakar roti atas kuali lagi bagus nonstick pan. Angkat dan ketepikan.
  5. Masukkan inti roti john bersama ke atas kuali. Buat memanjang. Anggar besar saiz roti john korang ye.
  6. Kemudian terus telangkupkan roti ke atas inti roti john. Macam gambar atas.
  7. Roti john mini siap! Boleh hiaskan dengan timun, salad, sos atau mayonis mengikut citarasa masing2.

Nampak langkah penyediaan roti john ni macam banyak je ye. Sebenarnya ringkas je tengok gambar kat atas. Cuma cik tom cerita detail supaya korang mudah nak follow.

Jangan lupa untuk mencuba buat roti john mini cara mudah dan insyaAllah sedap ni!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

9 thoughts on “Jom Buat Roti John Mini Cara Mudah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!