Yeay, Jom Rancang Percutian ke Western Australia

Yeay, Jom Rancang Percutian ke Western Australia | Assalamualaikum dan salam sayang.. Beberapa hari lepas ciktom cerita kat suami, seronoknya tengok life sepupu ciktom yang belajar sambil bekerja kat Australia. Sepupu ciktom ni perempuan nama Ummu. Dia dah 3 tahun kat sana sekali dengan suami dan 2 orang anak. Yang anak kedua ummu ni memang lahir di Australia.

Jom Rancang Percutian ke Western Australia
Sepupu ciktom, ummu sekeluarga belajar sambil bekerja di Australia

Ciktom suka tengok facebook Ummu share life dia sekeluarga di Australia. Buatkan ciktom teringin nak pergi bercuti di Australia. Tengok suasana sana memang cantik, tenang dan mendamaikan. Banyak betul tempat percutian menarik di Australia. Lagi-lagi tempat percutian menarik di Western Australia.

Cantik tak kek hasil air tangan ummu?
Cantik tak kek hasil air tangan ummu?

Dalam banyak tempat di Australia, ciktom nak sangat pergi bercuti ke Perth, ibu kota Western Australia tau. Bila dah seronok bercerita ni, suami ciktom pun cakap eh dah lama kita tak travel ke luar negara. Jomlah kita planning bercuti ke Australia! Ada sepupu dah stay kat sana, senang boleh minta panduan atau tips nak melancong ke Australia.

Jom Rancang Percutian ke Western Australia

Perth, Western Australia
Perth, ibu kota Western Australia

Korang bayangkana apa bila sebut je pasal Australia? Mesti Kanggaru kan? Koala yang bergayut? Pantai yang indah? Untuk korang yang suka pergi negara 4 musim memang sesuai sangat melancong ke Australia tau.

Orang Malaysia pun ramai suka travel ke Australia terutamanya Western Australia. Ciktom macam biasa sebagai blogger tegar, sudah semestinya akan share segala maklumat menarik di blog untuk rujukan itinenary akan datang.

Okay, antara tempat- tempat menarik di Western Australia yang ingin ciktom lawati bersama keluarga tercinta ialah:

TEMPAT MENARIK DI WESTERN AUSTRALIA

1) ROTTNEST ISLAND

Jernih membiru air di Rottnest Island

Kat Australia ni memang banyak pulau yang cantik menarik untuk dilawati tau. Macam Rottnest Island keluasan 19km kaki persegi je dan dengar populasi penduduk pun sekitar 100 orang je. Kecik kan?

Tapi pulau kecik ni terima berates ribu pelancong setiap tahun kerana kecantikan pulau yang sangat mengagumkan sesiapa yang lihat.

Ciktom aim nak tangkap gambar bebanyak kat Rottnest Island ni. Lepas tu nak cuba aktiviti snorkeling di  Little Salmon Bay dan Parker Point. Dua-dua tempat ni memang yang kaya dengan hidupan laut yang penuh warna-warni. Aktiviti lain menarik kat sini boleh bersiar-siar menikmati keindahan flora dan fauna, menaiki rumah api Wadjemup Lighthouse untuk melihat panorama indah di sekitar Rottnest Island.

2) ARALUEN BOTANIC PARK

Cantiknya bunga di Araluen Botanic Park.
Cantiknya bunga di Araluen Botanic Park. Sumber: www.overseasattractions.com

Tempat kedua menarik di Western Australia yang ciktom nak lawati ialah Araluen Botanic Park. Buat korang yang belum tahu, taman ni kawasan taman bunga tercantik di Perth tau. Tempatnya memang sangat besar dan penuh dengan bunga pelbagai warna dan rupa.

Kira macam syurga bunga-bungaan la. Eiii tak sabarnya ciktom nak pergi lihat bunga kembang mekar berwarna warni dan mesti bau wangi kan. Teringin nakl tengok pokok tulip jugak.

Dengarnya di tengah-tengah taman ni ada sungai yang sangat jernih. Confirm kalau ke sini berates keping gambar ciktom akan snap buat kenangan. hihi…

3) BLUE BOAT HOUSE

Tempat cantik untuk bergambar di Blue Boat House
Tempat cantik untuk bergambar. Sumber : Blue Boat House

Seterusnya wishlist ciktom ialah tempat yang rakyat Malaysia duk viral di facebook iaitu Blue Boat House berlokasi di tepi laut.

Katanya ada sebuah je rumah bot biru tu dan kena beratur ambil gambar. Dah pergi travel jauh, ciktom sangup je tunggu asal dapat ambil gambar cantik. hihi..

Tarikan utama Blue Boat House ialah kecantikan gambar yang diambil dengan langit warna biru, laut pun biru serta rumah bot pun biru.

4) CAVERSHAM WILDLIFE PARK

Bermesra dengan Kanggaroo di Caversham Wildlife Park
Bermesra dengan Kanggaroo di Caversham Wildlife Park

Caversham Wildlife Park memang salah satu tempat wajib ciktom lawati kalau ke Perth, Western Australia. Sebab kat sinilah zoo tempat segala haiwan rare yang hanya hidup di Australia.

Lagi bestn, korang boleh bagi makan dan beramah mesra dengan Kanggaroo dan Wallaby sesuka hati. Memang jinak semua haiwan kat sana.

Tetapi ada jadual khas kalau nak bermesra dengan haiwan di sana. Ciktom save kat sini, dating dengan Koala pada jam 9.00 pagi, Wombat pada 9.30 pagi dan pertunjukan penjagaan biri-biri dan lembu pada jam 10.00 pagi. Manakala jam 12.00 tengah hari ada pertunjukan Penguin makan ikan.. Of course ciktom akan tunggu dari pagi sampai ke pertunjukan penguin yang comey lottte tu.

Nak mencuba memerah susu lembu di sini sama macam kat Kundasang la. hihi…

5) MATAGARUP BRIDGE

Keunikkan bentuk Matagarup Bridge.
Keunikkan bentuk Matagarup Bridge. Sumber : Friendship Force TAUPO

Kalau kat Terengganu negeri tercinta ciktom ada DrawBridge. Di Western Australia pula famous ialah Matagarup Bridge. Yang menarik dan uniknya jambatan ini ialah tiangnya yang beralun dan berwarna-warni pada waktu malam. Ramai pelancong tak lepaskan peluang mengambil gambar kat jambatan ni..Jambatan ni menghubungkan antara bandar Perth dengan Stadium Optus.

6) THE PINNACLES DESERT

THE PINNACLES DESERT
The Pinnacles Desert

Next, The Pinnacles Desert ni memang cantik sangat pemandangan. Tak berkelip mata ciktom tengok kecantikan gambar Pinnacles Desert ni. Kalau tengok real mesti lagi cantik kan? Kalau ke sini boleh sekali jugak ke Lancelin Sand Dunes pada hari yang sama. Kiranya boleh pergi dua tempat ni sekaligus.

The Pinnacles Desert ini merupakan tanah lapang di tepi laut yang mempunyai beribu-ribu batu-batu yang asalnya dari dalam laut. Batu-batu ini menegak-negak dan cantik untuk diambil gambar.

Tips kalau ke sini kena bawak air minum secukupnya sebab takde jual air dan cuaca panas di sana.

7) THE PENGUIN ISLAND

Penguin Island
Teringin nak tengok penguin yang cute mute di Penguin Island

Ciktom tak sabar nak tengok penguin yang comel kat Penguin Island. Penguin Island ini adalah sebuah pulau yang perlu menaiki feri untuk ke sana. Di pulau itu terdapat banyak penguin yang boleh kita pegang, dan ada beberapa pertunjukan menarik yang akan dipersembahkan.

8) SYURGA COKLAT DAN SUSU

Eh, ni bukan tempat menarik. haha.. Tapi rata-rata pergi melancong ke Western Australia bagitau kat sana memang murah harga susu dan coklat. Ciktom pula memang suka sangat susu dan coklat. Memang wajib pergi beli susu kat sana yang dengarnya besar, murah dan banyak pilihan.

Sebenarnya banyak lagi tempat menarik di Western Australia yang ciktom ingin lawati seperti Aquarium of Western Australia, Lacelin Sand Dunes, Freemantle Round House, Freemantle Markets, Old Mills, Perth Zoo serta banyak lagi.

Okay dah survey tempat menarik next tengok ada tak promosi penginapan dan tiket penerbangan yang murah dan banyak diskaun.

Sejak dari kisah cinta pandang pertama dengan Traveloka masa tempah hotel waktu honeymoon 2016. Sehingga sekarang kalau nak tempah flight atau hotel memang ciktom akan tempah menggunakan aplikasi Traveloka sebab penjimatan yang berganda tanpa caj tersembunyi tau. So sebagai pengguna yang bijak (maaf puji diri sendiri jap. haha..), ciktom memang suka tengok Traveloka Promo untuk lihat apa promo terkini dari Traveloka.

Traveloka promo to Western Australia
Traveloka promo to Western Australia

Korang boleh bayangkan tak berapa excited nya ciktom bila buka tengok ada promo untuk ke Western Australia. Wow macam tahu-tahu je ciktom memang tengah semangat cari maklumat mengenai percutian ke Western Australia. Promo Traveloka terbaru ni termasuk untuk tempah flight to Australia, hotel atau experience bermula dari sekarang sehingga 31 Ogos 2019. Ok noted, sempat ciktom kumpul duit sebulan ni. haha…

Yang paling ciktom suka ialah Traveloka promo ni kaw2 diskaun tau. Tak percaya cuba korang tengok yang ciktom copy paste promo Traveloka kat bawah;

Penerbangan: RM 100 OFF

Hotel: 15% OFF, sehingga RM 80

Penerbangan + Hotel Pakej: 15% OFF, sehingga RM 100

Pengalaman: 15% OFF, sehingga RM 50

Lagi best tempahan ni anytime tau. Kiranya tak kisah nak travel tarikh bila. Wow seronoknya Boleh pilih tarikh yang ciktom dan suami free senang nak cuti. Yelah kekadang ada sesetengah promo tiket dan flight ni limited time je. Suami ciktom pulak pensyarah memang kena elak tarikh student exam atau masuk semester baru.

Korang rasa excited tak baca artikel perkongsian wishlist percutian ke Western Australia ciktom kali ni. Harapnya tempat menarik dan segala tips ciktom kongsi ni turut bagi manfaat kat korang. Yelah nak travel ni tak semestinya kena tunggu duit banyak tau. Yang penting kena bijak merancang percutian. Jom ikut ciktom bercuti ke Western Australia dengan Flight to Australia dengan Traveloka.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

23 thoughts on “Yeay, Jom Rancang Percutian ke Western Australia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!