Pengalaman Booking Hotel Jimat Berganda di Traveloka
Assalamualaikum dan salam ceria.. Cik tom nak kongsikan satu pengalaman cik tom booking hotel jimat berganda di Traveloka. Kalau nak diikutkan semenjak cik tom mengenali searching site untuk hotel and flight di Traveloka, sudah dua kali cik tom booking hotel di Traveloka. Kali pertama hotel ketika honeymoon di Kota Kinabalu dan keduanya ketika kursus di Cyberjaya.
Cik tom jatuh hati dengan Traveloka kerana website yang mudah untuk diakses, cara booking yang mudah tanpa kredit kad, boleh buat pembayaran secara online banking maybank2u dan paling awesome ialah coupon untuk jimat berganda.
Cik tom nak kongsikan pengalaman cik tom booking hotel dengan Traveloka. Tapi gambar langkah di bawah ni cik tom guna screenshot terkini sebab terdelete gambar yang lama. Gambar dua terakhir tu barulah screenshot cik tom sebenar untuk tempahan pada 29 September 2016.
Langkah Pertama
Buka website Traveloka dan search nama hotel atau lokasi hotel yang ingin ditempah. Cik tom memang dah target nak book Celyn City Hotel. So, terus cik tom;
- Search hotel yang cik tom nak booking
- Pilih tarikh nak check in dan berapa malam nak stay kat hotel
- Pilih bilangan guest dan jumlah bilik.
Dah siap klik button “Search Hotels”.
Langkah Kedua
Next, akan keluar hotel pilihan korang dan segala details mengenai hotel tersebut seperti gambar-gambar hotel, rate hotel, apa kelebihan hotel tersebut (lokasi menarik berdekatan dan fasiliti hotel), jenis dan harga bilik.
Oh ya, lupa terdapat juga review dari previous users Traveloka dan TripAdvisor. So, kita boleh la buat pertimbangan nak pilih hotel tu based on review diorang. Review diorang ni lebih telus dan menyakinkan untuk korang buat pilihan nak stay kat mana. Ini memang salah satu kriteria cik tom prefer bila nak pilih hotel. huhu..
Dah tetap pilihan nak book bilik mana berdasarkan keselesaan dan juga budget, klik button “Book Now!”.
Langkah Ketiga
Sila isi segala detail yang dikehendaki dan kalau ada special request (optional) boleh isikan pada ruangan. Macam cik tom pilih tue ada pilihan katil double atau katil twin, so ciktom letak pada special request untuk katil double.
Pastikan segala details betul pada “Booking Details” dan “Information Details”. Klik button “Continue to Review”.
Akan keluar pop out tanya betul tak segala details yang diberikan. Kalau ye klik je “Yes, My Contact is Correct”, then klik button ” Continue to Payment”.
Langkah Keempat
Akan keluar details booking. Sila pilih cara pembayaran yang korang prefer. Cik tom prefer Maybank2u dan tick pada gambar payment pilihan masing2.
Kalau ada kupon boleh tick ON pada “Have Traveloka Coupon?” dan masukkan kod kupon korang ye.
Mana nak cari coupon Traveloka?? Korang boleh check latest promotion dengan klik >>Coupon Promotion.
Next, keluar details bayaran selepas diskaun menggunakan coupon. Contoh dalam gambar dibawah cik tom guna kupon “Long Weekends Hotel Promo” dapat less 40% sebanyak RM48.65. Memang berbaloi dan jimat berganda!
Then, klik button “PAY”.
Langkah Kelima
Korang akan redirect ke website online banking pilihan. Sila login dan bayar mengikut arahan.
Payment korang akan diproses dan tunggu resit serta voucher yang akan dihantar dalam bentuk file PDF ke email yang didaftarkan.
Print voucher dan serahkan pada receptionist pada tarikh korang check-in.
DONE!! Mudah je kan?? Yang cik tom suka sebab Traveloka ni selalu ada promosi yang jimat. Dua2 kali cik tom book hotel di Traveloka gunakan coupon. Memang survey harga lagi murah compare website yang lain.
Untuk dapatkan promosi bagi jimat berganda, rajinkan diri check segala promosi terkini di Traveloka. Untuk pergi travel tak perlu banyak duit tapi yang penting perancangan yang teliti dan bijak supaya travel lebih berbaloi serta indah.
“You don’t have to be rich to travel well.” – Eugene Fodor
Sharing is caring
Murah tu… boleh dapat diskaun sampai 40%..
Kena cuba jugak kalau macam ni…
Jom baca entri terkini anuar …5 Cara Simple Jana Pendapatan pasif melalui blog
Wah banyaknye less guna kupon! RM48.45 boleh shopping utk souvenir. Haha..
Nak cuba juga utk next travel trip akhir bulan 12 dgn famili amna. Tak book lagi hotel.
Thanks ciktom selalu share info yang best!
itulah kan banyak juga smp dekat rm49 tu. boleh buat makan utk sehari
Jom baca entri terkini raihanah …Cara Jaga Kesihatan Ibu Hamil Dengan GDM
murah banyak tu sampai 40%. untug juga guna travloka ni
Jom baca entri terkini raihanah …Jenis-jenis Psoriasis dan Komplikasinya
makin senang nak tempah hotel cara online kalau macam ni.
Jom baca entri terkini Kerja Sendiri …Pengalaman berniaga secara consignment 2
Sekarang senang nak booking dan dapatkan harga yang terbaik secara online jer.
Jom baca entri terkini akubiomed …Guna kupon diskaun untuk potongan harga di Lazada.
Betul tu. Kita guna yang senang dan jimat.
Jom baca entri terkini Upin Zai …Waktu Duit Susah Jom Cari Duit Online
tak tau pula nak gi mana kalau guna traveloka ni..
nanti tgklah camne
Jom baca entri terkini zool …Ceramah AKPK, Perarakan Maulidul Rasul Peringkat Negeri Melaka
Mau tanya traveloka dari indonesia bukan ya?
Jom baca entri terkini sepatu kets pria …TFC 392 Jual Sepatu Kantor Pria Online Kulit
waa.traveloka ni pun ok ye untuk book hotel..selallu guna agoda je. kena try jugak ni.
Jom baca entri terkini mybiodata …Biodata Sultan Kelantan Sultan Muhammad V Yang Dipertuan Agong
boleh try traveloka, sebelum ni guna booking.com dan agoda je
Jom baca entri terkini siti hazreen …Rumah P.Ramlee dan Galeri P.Ramlee Pulau Pinang
Mudah dan superjimat pakai traveloka, saya pun banyak pakai untuk booking bilik untuk company.
=)
Ada yang murah macam ni kena cuba. Boleh jimat bajet nak bercuti.
Jom baca entri terkini Upin Zai …Waktu Duit Susah Jom Cari Duit Online
Hoho! Sejak dah ada pasangan rajin betul cerita hotel2 melancong heh…dulu solo2 rajin masak2… 😀
Alhamdulillah…semakin bahagia semakin mantap journey blogger hebat sorang nie…. tahniah2!
Jom baca entri terkini si bongkok …Buat Duit Online Jer Cara Mudah Bayar Hutang PTPTN Paling Cepat Beb
Ada cupon diskaun tu yg menarik.. nak kena cuba pulak traveloka nie.