Resepi Diet Atkins: Agar-agar Atkins
Assalamualaikum dan salam ceria…. Banyak koleksi resepi bagi pengamal diet atkins yang cik tom kumpul dari facebook Kelab Diet Atkins Malaysia (KDA) pada tahun 2014-2015. Cik tom pernah amalkan diet atkins dari 2014-2015 tapi bukanlah pengamal diet atkins yang tegar. Cik tom suka selang selikan diet atkins tapi paling utama cik tom amalkan pemakanan sihat inspirasi dari Kevin Zahri.
Cik tom duk godek2 dalam folder laptop cik tom ternampak banyak koleksi gambar dan resepi yang cik tom kumpul masa tengah rajin cari ilmu dan menu menarik untuk diet atkins. Bosan kalau makan menu sama je setiap hari kan. Best tau buat diet atkins sebab otak akan jadi kreatif nak reka atau cuba pelbagai menu baru setiap hari. Hihi..
Dari banyak cik tom menaip dan berceloteh baik kita layan menu diet atkins agar-agar atkins yang sesuai untuk semua fasa 1, 2, 3 dan 4. Tapi makan pun kena bersukat ye. Untuk fasa 1 boleh tapi selepas 2 minggu induction.
Resepi Diet Atkins: Agar-agar Atkins
Resepi asal: Ann Fariehan
Olahan resepi: Cik tom
Fasa: 1,2,3,4
Bahan-Bahan Untuk Agar-Agar Atkins;
1 peket agar-agar tali
Sedikit sirap
3 mug air
10 titik Stevia
Cara mudah buat agar-agar atkins untuk diet atkins
- Masukkan 3 mug air bersama agar-agar tali ke dalam periuk.
- Selepas mendidih, masukkan stevia dan sedikit sirap. Gaul sehingga sebati.
- Tutup api dan masukkan adunan agar-agar ke dalam loyang.
- Sejukkan di dalam peti sejuk untuk beberapa jam atau semalaman.
- Siap dan boleh dipotong.
Siap boleh potong dan simpan dalam bekas. Boleh amik makan dalam 1-2 potong kecil setiap hari. Jangan makan tak ingat dunia pulak. Makan hanya untuk kurang craving je.
Terima kasih pada Ann Fariehan yang bagi izin cik tom resepi dan gambar dia pernah share di group KDA.Selamat berdiet atkins. Jangan lupa berpada-pada dalam berdiet atkins tu. Jangan sampai mudarat kesihatan diri. Sebaiknya amalkan pemakanan dan gaya hidup sihat.
Selamat mencuba resepi diet atkins: agar-agar atkins!
Sharing is caring
semoga cepat kurus naa..
hoho
Jom baca entri terkini titan …Hate to lose.
Saya memang tabik kat org2 diet atkin sebab diorng memang kreatif bab-bab makanan nih ☺
Jom baca entri terkini siti hazreen …Hadiah Kepada Top Komentator 2016 – Emas Public Gold
Betul tu. Mereka pandai reka resepi yang bagus.
Jom baca entri terkini Upin Zai …Waktu Duit Susah Jom Cari Duit Online
Kalau rajin dan disiplin tinggi, memang menjadi diet atkin nih…tp saya tak boleh, kalah dengan makanan hehe
Jom baca entri terkini siti hazreen …Hadiah Kepada Top Komentator 2016 – Emas Public Gold
Makin kurusla kalau makan agar2 nie.. ehehe
Jom baca entri terkini Amin Hakim …Keputusan Hoki Piala Dunia Remaja 2016 India
Nak cuba buatlah.
Harao2 jadi
Jom baca entri terkini ADAM AHMAD …MERANTAULAH SEJAUH-JAUH YANG MUNGKIN UNTUK MENCARI KETENANGAN DAN AKHIRNYA KETENANGAN YANG DICARI DIJUMPAI TERSEMBUNYI DI DALAM HATI.
Nampak sedap. Boleh nak cuba juga.
Jom baca entri terkini Upin Zai …Waktu Duit Susah Jom Cari Duit Online
cantik laa cik tom warna agar2 tu.. sungguh menenangkan dan romantik…
boleh tambah dalam diet planning makanan ni
Jom baca entri terkini Malaysia Sentral …Cara Untuk Membuat Kek Batik