Kelebihan Buka Akaun Emas GAP Public Gold

Kelebihan Buka Akaun Emas GAP Public Gold | Assalamualaikum dan salam sayang… Setiap orang pasti ada pelaburan yang dibuat untuk memastikan duit yang diperolehi dapat dilipat gandakan lagi jumlahnya untuk masa akan datang. Pada mereka yang tercari apa pelaburan yang menguntungkan? Untuk simpanan bertujuan jangka panjang ( long term ), sesuai simpanan emas di Public Gold. Akaun simpanan emas itu diberi singkatan nama GAP.

Untuk simpan dalam SSPNi, tabung haji atau takaful pelan pendidikan pun tiada masalah. Semua itu ada dividen. Beza simpanan GAP Public Gold ialah tak perlu maintain rm100 caruman setiap bulan. Fleksible mengikut kemampuan atau portfolio kewangan masing-masing.

Oleh sebab itu ciktom pilih buka Akaun Emas GAP Public Gold. Ciktom nak elak jenis pelaburan yang terikat atau kena bagi komitmen setiap bulan oleh sebab masa tu pun ciktom ada buat loan ASB. Dah banyak-banyak mana nak cekau duit sebab masa 2016 tu ciktom buat kerja freelance dan blogger je.

Ciktom dah buka akaun emas GAP ini sejak dari April 2016. Kiranya dah hampir 4 tahun dah ciktom dengan GAP. Cuma ciktom masih ahli biasa bukannya dealer Public Gold.

Baca juga: Perbandingan emas perhiasan dan emas jongkong

Apakah itu GAP Public Gold?

Maksud GAP Public Gold ialah singkatan kepada Gold Accumulation Program (GAP). Ianya sejenis akaun simpanan emas secara atas talian (online) tanpa buku. Semua rekod dan history setiap transaksi boleh lihat di website GAP under Public Gold.

Kelebihan Buka Akaun Emas GAP Public Gold

1. Beli emas mutu ketulenan 999 dengan modal serendah RM100

Guna akaun simpanan emas GAP ni, korang boleh beli emas mutu 999 dengan bayaran serendah RM100. Korang yang dah biasa dan tahu kualiti emas mesti tahu kualiti emas paling tinggi dan termahal ialah mutu 999. Kalau beli 1 gram memang takdenya bawah RM200.

Tapi melalui akaun simpanan emas GAP, korang boleh beli dari RM100 tau. Ikut bajet duit korang berapa yang ada incase nak beli setiap bulan. Cuma ciktom memang tak pernah beli RM100, kebiasaan beli ikut harga per gram sebab fikir senang nak kira jumlah gram dah kumpul. hehe..

2. Kaedah belian emas 999 paling murah di Malaysia

Ciktom rasa ini adalah kadar belian emas mutu 999 paling murah setakat yang ciktom survey selama ni. Sebab ciktom sebelum buat akaun ni memang survey dulu masa tu ciktom survey akaun emas Maybank, akaun emas CIMB, akaun emas

3. Tiada yuran pendaftaran dan boleh daftar secara online sahaja

Ye, setakat ciktom dah join semenjak dari tahun 2016 memang takde sebarang yuran pendaftaran mahupun yuran tahunan setakat ni. Cuma kalau nak keluarkan emas kena tinggalkan baki minimum dalam akaun 1 gram.

Ciktom daftar pun sendiri je secara online je guna laptop. Tak perlu keluar rumah. Nampak punya pemalas. haha…

4. Simpanan emas dilindungi insurans dan bebas GST

Emas pelaburan 24K atau emas 999.9 yang anda simpan dalam Program GAP ini disimpan dalam peti simpanan di Public Safe Pulau Pinang dan kesemua simpanan emas anda dilindungi insurans sekiranya apa-apa yang berlaku kepada Syarikat Public Gold Sdn. Bhd.

Mulai 1 April 2015, kerajaan telah melaksanakan Goods and Services Tax (GST) dan telah mewartakan dalam Warta Kerajaan yang boleh dibaca di sini. Dalam Warta Kerajaan tersebut semua jual beli emas berketulenan 995 (99.5%) dan ke atas telah diisytiharkan tidak dikenakan GST.

Barang kemas dan perhiasan yang kebanyak mutu emas 916 memang ada dikenakan cukai GST.

5. Sijil patuh syariah

Pada 29 September 2017, panel penasihat syariah Amanie Advisor telah mengeluarkan Sijil Patuh Syariah ke atas aktiviti jual beli emas akaun GAP Public Gold.

Gambar ciktom malas nak upload, korang boleh google je nak tengok. haha..

6. Urusan jual beli 24 jam sehari 7 hari seminggu mengikut harga pasaran semasa

Bukan sahaja urusan jual beli 24/7 secara online mengikut harga semasa. Malahan simpanan emas boleh disimpan bila-bila masa secara percuma tanpa ada had jumlah.

7. Boleh keluarkan emas fizikal bila-bila masa di mana-mana cawangan PG

Minimum pengeluaran adalah 1 gram goldbar. Manakala baki minimum dalam akaun hanyalah 1 gram sahaja.

Biasanya kena call dulu branch Public Gold yang berdekatan untuk urusan pengeluaran supaya tak sia-sia usaha korang pergi ke sana. Ciktom dah pernah beberapa kali keluarkan di cawangan Public Gold. Cuma sejak Covid-19 ni bila ciktom whatsapp PG branch Taman Daya cakap kena reserve dulu dan bila dapat akan inform. So, tak sure ini kes kesan dari pandemik ke macam mana.

8. Boleh minta PG poskan emas dalam GAP terus ke alamat rumah kita

Haa ni yang ciktom baru terjebak pada penghujung tahun lepas, ciktom ada order goldbar design raya 2020 melalui akaun simpanan emas GAP. Ciktom pula keluarkan emas design Frontliners Covid 19. Tapi struggle sikit sebab design tu terhad 2000 je dan ramai giler buka website GAP untuk keluarkan waktu yang sama. Dari 9 pagi buka order tu, dalam pukul 11 pagi baru berjaya ciktom order. haha…

Alhamdulillah dah lama sampai ke tangan ciktom. Tu yang ciktom suka sebab segala urusniaga dapat dilakukan secara online. Lagi-lagi musim pandemik ni memang elak sangat nak keluar jika takde keperluan penting atau terdesak.

9. Harga berubah setiap hari jam 12 malam ikut pasaran antarabangsa

Yang ni paling best cuci mata buka website Public Gold hari2 nak tengok berapa harga. Harga yang dipaparkan pun telus dan mengikut harga pasaran semasa antarabangsa. Jadi senang bila tengok rasa berbaloi je terus beli dengan buat pembayaran secara online serendah RM100.

Cuma setakat ni ciktom tak pernah beli RM100. Biasa beli ikut nilai 1gram semasa tertera kat wesbite Public Gold.

10. Boleh buka akaun bersama anak yang berusia bawah 18 tahun

Untuk akaun bersama anak boleh buka under akaun oenjagaan tapi ciktom belum godek lagi. Kalau tahu details nanti ciktom update.

Selain itu, terdapat dua (2) jenis Akaun Simpanan Emas GAP:

Akaun Simpanan Emas GAP (Dewasa) – Layak untuk usia genap 18 tahun dan ke atas.

Akaun Simpanan Emas GAP (Junior) – Layak untuk usia sehari hingga bawah 18 tahun. Kesemua transaksi jual balik / Ar-Rahnu memerlukan akaun bank Ibu / Bapa / Penjaga. Akaun Simpanan Emas GAP (Junior) akan secara automatik bertukar kepada Akaun Simpanan Emas (Dewasa) setelah mencapai 18 tahun dan pemegang akaun perlu mengemaskini profil dan info bank dalam sistem.

11. Waris boleh tuntut emas pemilik jika berlaku kematian

Ini boleh update penama bagi akaun GAP dengan kemaskini profil dalam sistem akaun GAP. Syaratnya kena upload IC penama. Jadi apa-apa jadi kepada pemilik akaun simpanan emas akan datang, pewaris boleh buat tuntutan.

Macam mana cara nak buka akaun simpanan emas Public Gold?

Ciktom bukanlah Public Gold dealer tapi jika korang berminat boleh rujuk pada Public Gold Dealer Rawang iaitu En.Azrin Ros. InsyaAllah dia boleh bantu korang tak kisah dimana korang berada. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk di social media berikut;

Website: https://azrinros.com/

Facebook: https://www.facebook.com/azrinrosgold

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

3 thoughts on “Kelebihan Buka Akaun Emas GAP Public Gold

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!