Kelebihan Pasang Kamera CCTV

Pada era globalisasi kini, semakin banyak instituisi kerajaan mahupun persendirian yang mengambil langkah pemasangan kamera Closed Circuit Television (CCTV). Kamera CCTV ini mempunyai pelbagai kelebihan dari segi penggunaannya kepada institusi mahupun persendirian. Salah satu kelebihan utama kamera CCTV ialah dari segi keselamatan.

Antara Kelebihan Kamera CCTV ialah;

1. Sebagai faktor pencegahan iaitu mungkin penjenayah akan terbantut hasrat untuk melakukan jenayah apabila melihat sasaran memiliki kamera CCTV.

2. Sebagai alat pemantauan iaitu kamera CCTV berguna untuk memonitor keadaan dan kegiatan di dalam atau luar rumah / pejabat atau dimanapun kita berada.

3. Sebagai bahan penyelidikan; Kamera CCTV berguna untuk menunjang penyelidikan tindak kriminial yg telah terjadi.

4. Sebagai bahan atau barang bukti jika berlaku sesuatu jenayah. Video hasil dari kamera CCTV dapat dijadikan bahan bukti jika terdapat sesuatu jenayah berlaku.

5. Majikan (IbuBapa) dapat menjaga atau memantau pergerakan orang gaji dan juga anak-anak yang diamanah untuk dijaga kepada orang gaji. Dengan ini keselamatan anak lebih terjamin dan pekerja tidak berani membuat perkara yang tidak elok.

6. Sebagai alat pengawasan harta-benda. Kedai-kedai dapat memantau dan mengelakkan daripada kecurian barang-barang dari kedai. Secara tidak langsung dapat mencegah peratusan kehilangan barang.

7. Sebagai platform untuk meningkatkan prestasi atau kualiti pekerja. Majikan dapat memantau prestasi pekerja/ staff dengan ini dapat mencegah penipuan atau kes curi tulang dikalangan pekerja.

Harap entry ini dapat membantu kawan-kawan yang sentiasa mencari kelebihan pasang kamera CCTV. Jika ada yang ingin menambah kelebihan pasang kamera CCTV ini dipersilakan.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

7 thoughts on “Kelebihan Pasang Kamera CCTV

    • August 16, 2011 at 7:18 pm
      Permalink

      sebab tu kamera cctv tue perlu sentiasa di service dan kena check btul2 dalam keadaan baik atau tidak..

      Reply
  • August 16, 2011 at 11:49 am
    Permalink

    a’a cctv kalau kat premis perniagaan, sekolah ke pejabat patut la pasang. kat rumah pun sama, especially yang mempunyai kadar jenayah yang tinggi.
    Jom baca entri terkini eiela …Blog Hijau Yang BestMy Profile

    Reply
    • August 16, 2011 at 8:16 pm
      Permalink

      aah cik tom pun rasa patut galakkan pemasangan cctv secara meluas kat tempat kadar jenayah tinggi..huhu

      Reply
  • August 16, 2011 at 12:30 pm
    Permalink

    that’s rite tapi kita jangan pernah lupa akan “CCTV” yg terbesar yang kan melihat kita walau dimane kita berada, ape yang kita buat tanpa terlepas walau sedetik pun…
    Jom baca entri terkini MatGanu …"JUST BECAUSE"My Profile

    Reply
    • August 16, 2011 at 8:30 pm
      Permalink

      yup betul tue..kena sentiasa beringat “CCTV” ialah Allah..thanks for remind 😉

      Reply
  • July 25, 2017 at 9:19 pm
    Permalink

    sekarang ada penjenayah yg hebat

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!