Kelebihan Solat Tarawih di Bulan Ramadhan
InsyaAllah pada 1 Ogos 2011 bersamaan 1 Ramadhan 1432H, seluruh umat Islam bakal menyambut bulan yang ditunggu hanya sekali dalam setahun iaitu bulan Ramdhan bulan yang penuh dengan keberkatan. Pada bulan Ramadhan seluruh umat Islam diwajibkan berpuasa dan digalakkan melakukan ibadat sunat dengan ganjaran yang berlipat kali ganda iaitu Solat Sunat Tarawih. Solat Sunat Tarawih hanya sunat dilakukan pada Bulan Ramadhan.
Antara kelebihan Solat Sunah Tarawih sepanjang bulan Ramadhan mengikut hadis Sayidina Ali Abi Talib ra.
Sayidina Ali Abi Talib ra. meriwayatkan sebuah Hadis (yang panjang) daripada Raulullah s.a.w, iaitu jawapan baginda ketika ditanya oleh para sahabat mengenai fadhilat dan kelebihan solat Tarawih pada setiap malam di bulan Ramadhan. Baginda bersabda bahawa:
Malam ke 1 – Diampuni dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
Malam ke 2 – Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa- dosa kedua ibu bapanya.
Malam ke 3 – Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malarnmalam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
Malam ke 4 -Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam ke 5 – Allah S.W.T akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam ke 6 – Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
Malam ke 7 – Seoalah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
Malam ke 8 – Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
Malam ke 9 – Allah S.W.T akan mengumiakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad SAW.
Malam ke 10 – Allah SWT mengurniakan kepada kebaikan dunia dan akhirat.
Malam ke 11 – la meninggal dunia didalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
Malam ke 12 – la akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
Malam ke 13 – la akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
Malam ke 14 – Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
Malam ke 15 – Semua malaikat yang memikul Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam ke 16 – Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
Malam ke 17 – Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam ke 18 – Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
Malam ke 19 – Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam syurga firdaus.
Malam ke 20 – Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
Malam ke 21 – Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
Malam ke 22 – la akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
Malam ke 23 – Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
Malam ke 24 – Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
Malam ke 25 – Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
Malam ke 26 – Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
Malam ke 27 – Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
Malam ke 28 – Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
Malam ke 29 – Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
Malam ke 30 – Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumiah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad SAW yang bernama Al-Kautsar.
MAKLUMAN!!!
Harap maaf. Berkaitan dengan kelebihan / fadilat sunat terawih di atas sepertimana yang cik tom dimaklumkan sebenarnya bersumberkan kepada hadis palsu atau hadis maudu’ iaitu rekaan golongan Syiah dan apa yang lebih membimbangkan ia dikhuatiri boleh mendatangkan dosa. Hadis palsu itu adalah bertujuan memutarbelitkan kebenaran hadis Rasulullah dan golongan jahil mengenai hadis dipercayai menerima fadilat itu sebagai galakan untuk melakukan solat terawih. Oleh itu, kita hendaklah berhati-hati dengan kepalsuan hadis-hadis ini kerana ianya boleh membawa kepada kesesatan.
Dan di sini cik tom ada sertakan pendapat dari website JAIS dan juga Mufti Negeri Terengganu mengenai kepalsuan hadis yang berkaitan dengan kelebihan / fadhilat solat terawih ini. Klik SINI: Hadis Palsu Kelebihan Solat Tarawih di Bulan Ramadhan untuk bacaan lanjut.
Selamat menjalani ibadah puasa dan juga solat sunat tarawih kepada semua kawan-kawan dan juga pelawat blog ini 😉
Sumber: Fadhilat Solat Terawih di Bulan Ramadhan
Sharing is caring
dah minggu terakhir kita ye cik tom..akak tak sabar2 nak sambut ramadhan ni..
tak sabar2 nak merasai setiap malam yang penuh dengan keberkatan.
Jom baca entri terkini diana …Facebook makin mengarut
Buka Fb cik tom yek.. ^_^
Jom baca entri terkini Aretikz …Petua Menghilangkan Duka Dan Sedih
Assalam Cik Tom,
Selamat menyambut Ramadhan dan terima kasih kerana ingat mengingati tentang amalan Solat Tarawikh ni. Cuma yang saya nak maklum sikit adalah tentang hadis yang Cik Tom lampirkan itu di mana ulasan tentangnnya telah dibuat secra rasmi oleh pihak yang berwibawa sejak setahun dua ni. Sila rujuk dua laman web di bawah ini:
1) http://www.jais.gov.my/ramadhan/fadhilatterawih.php
2) http://mufti.islam.gov.my/terengganu/?subid=10&parent=06
Walau bagaimanapun, solat sunat ini tetap diharuskan sangat-sangat dibuat pada setiap Ramadhan kerana kelebihan Tarawikh ini hanya di”offer” pada bulan Ramadhan sahaja & bulan-bulan lain takde. (Sama-samalah merebut tawaran ini, ye!)
Oleh itu, marilah kita lakukan apa-apa ibadat yang disuruh Allah atas sebab keikhlasan walaupun misalnya tanpa apa-apa ganjaran sekalipun dan inilah yang anak-anak kita (dan masyarakat khususnya) perlu dilatih sejak kecil sebagai tanggungjawab terhadap Allah semata-mata.
Yang mana dah dijanjikan itu tidak perlulah ragu-ragu lagi, kita buat saja kerana Allah tidak pernah (dan tidak akan) mungkir. Wassalam. – Bidin
terima kasih banyak2…cik tom dah update maklumkan dalam entry ni dan juga penjelasan dalam entry baru..terima kasih sekali lagi…
hadis ini tak sahih
yup..cik tom dah update baru dalam post yang sama dan post baru..thanks bagitau..
Banyak pengetahuan yng boleh dikongsi. TQ
sama2..
klu kita tgk listing malam terawih yg palsu , ada yg tidak disenarai seperti malam kedua-Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjaka n solat Tarawih, serta dosa- dosa kedua ibu bapanya. Macamana tu?
Jom baca entri terkini raz …Malaysia Vs Singapura
Kita panjatkan kesyukuran kita ke hadrat ALLAH web ini banyak memberi manfaat kepada pelayar web ini jutaan terima kasih diucapan mudah2han kalian mendapat ganjaran yang berlipat kali ganda sepanjang bulan ramadhan yang mulia ini,dan kebetulan saya di lahirkan pada 10 Ramadhan dan mudah2han amalan di berkati dan beroleh rahmat AMIN.
saya rasa baik cik tom delete post ni atau potong semua ayat dalam nih. takut org lain buat reference