Rahsia Warna Aura Bongkar Peribadi

Salam.. kali ini cik tom nak share tentang rahsia warna aura yang yang memang terdapat didalam diri kita. Artikel ini cik tom perolehi dari forward email kawancik tom. Bagi mereka yang ingin mengetahui warna aura mereka, hanya sesetengah kedai gambar saja yang mempunyai teknologi kamera untuk mengambil warna aura. Di Malaysia penggunaan teknologi ini masih belum diperluaskan lagi, tetapi anda boleh melakukan penyelidikan melalui internet.

Merah

Mereka yang mempunyai aura berwarna merah adalah seorang yang aktif, produktif, selalu memandang masa hadapan dan pelbagai lagi sifat. Namun, pada masa sama mereka ini membuatkan orang lain di sekeliling mereka sukar untuk menjalinkan kerjasama dengan mereka kerana sifat ego dan suka bertengkar. Bagaimanapun, mereka boleh menjadi seorang pemimpin yang efektif kerana mempunyai fokus yang jelas untuk mencapai matlamat. Mereka ini melambangkan api yang digunakan dalam teori awal mengenai alam. Cahaya mereka terus menyala dan menjadi obor kekuatan untuk menghasilkan produktiviti yang maksimum.

Saranan bagi mereka ini, perlulah meningkatkan hubungan dengan orang lain secara emosional dan sosial. Selain itu berusaha untuk memuji usaha orang lain yang melakukan terbaik untuk mereka, kurangkan bersikap kritikal kerana boleh menciptakan rasa takut kepada individu lain. Terima pandangan orang lain dan hindarkan diri daripada menyalahkan orang lain apabila terjadi sesuatu kegagalan.

Jingga

Mereka yang sukakan kesenangan duniawi, sukakan tentangan, suka berkhayal, suka membantu orang lain dan pelbagai lagi sifat. Secara umumnya, mereka yang mempunyai aura berwarna jingga yang sangat ego dan terlalu mementingkan diri sendiri. Mereka ini hidup dalam dunianya sendiri tanpa menghiraukan keadaan orang lain di sekelilingnya. Ada kalanya mereka ini tidak menyukai kehidupan untuk berkeluarga. Namun, kebaikan mempunyai aura berwarna jingga, mereka ini panjang akal dan kreatif.

Saranan bagi mereka ini agar sentiasa menyedari bahawa kesederhanaan dalam hidup amatlah penting. Dengan mengamalkan kesederhanaan, mereka mampu hidup dalam semua lapisan masyarakat dan mula menjalinkan hubungan dengan orang sekeliling agar kehidupan senang pada kemudian hari.

Kuning

Mereka yang mempunyai aura berwarna kuning suka menyenangkan orang lain, sukakan humor dan membuat orang ketawa, suka mengambil risiko dan pelbagai lagi sifat yang saya maklumkan pada artikel saya sebelum ini. Meskipun mereka ini pandai menghidupkan suasana di kalangan orang yang tidak dikenalinya, mereka juga pada masa yang sama berkecenderungan untuk berasa malu. Mereka adalah seorang yang suka memberontak, mudah sedih, selalu tertekan dan tidak bahagia. Selain itu, mereka senang terjerumus ke dalam sesuatu perkara yang tidak elok. Bagaimanapun, mereka ini mempunyai kekuatan yang tidak terbatas, tidak boleh duduk diam dan gemar untuk bersukan. Saranan untuk mereka yang mempunyai aura berwarna kuning agar sentiasa berhati-hati dan tidak terjerumus ke dalam perkara yang tidak elok.

Hijau

Mereka ini mempunyai pemikiran yang cepat, cemerlang dan pandai. Tidak suka diperintah, suka bersaing dan mempunyai personaliti serta penampilan yang menarik. Bagaimanapun, secara umumnya mereka terlalu agresif dan tidak boleh menerima pandangan orang lain di sekeliling mereka. Mereka mempunyai sifat keras kepala, bongkak dan mengutamakan kesempurnaan serta tidak sabar untuk mendapatkan sesuatu. Mereka juga sukar untuk mengalah dan mengakui kesilapan mereka. Mereka ini mempunyai keperibadian yang kuat, cenderung untuk membuat keputusan sendiri.

Saranan bagi mereka ini agar mencari sahabat yang dapat menghargai kelebihan mereka kerana mereka selalunya cepat bosan dengan sahabat yang tidak mempunyai cita-cita dan tidak berusaha untuk memajukan diri sendiri.

Biru

Mereka ini mudah memberikan perhatian kepada orang lain dan mahir berkomunikasi. Mereka yang mempunyai aura berwarna biru selalu ingin disayangi tetapi agak ragu-ragu di dalam soal ini kerana mereka inginkan diri mereka disayangi melebihi daripada apa pun yang ada di dunia ini. Selain itu, mereka ini terlalu dramatis dalam soal percintaan dan cenderung untuk memanipulasikan orang lain. Namun, mereka ini mampu merasakan dan mengetahui apa yang difikirkan orang lain dan mempunyai ramai teman. Orang di sekeliling mereka sangat senang untuk bergaul dengan mereka tetapi malangnya mereka yang beraura biru senang untuk diambil kesempatan kerana sifat mereka yang murah hati dan tidak ego.

Saranan untuk mereka ini adalah untuk belajar untuk menjadi lebih tegas supaya tidak akan dipergunakan oleh orang lain.

Ungu

Bagi yang beraura ungu, tidak banyak yang boleh dijelaskan cuma walaupun mereka ini suka bersahabat, mereka suka mengambil ringan sesuatu perkara itu. Susah bagi mereka untuk sentiasa serius dalam sesuatu perkara. Saranan bagi mereka, cubalah berusaha untuk mengambil sesetengah perkara itu lebih serius supaya mereka tidak akan dipandang ringan oleh orang sekeliling mereka.

Artikel diatas ialah garapan oleh Dr Noordin Darus (Universiti Malaya dan London University)Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi 03-77887791 atau e-mel ke dnd@worldwellness.com.my

Cik tom tertarik nak tahu apalah warna aura diri cik tom. Agak2 kalau guna kamera biasa boleh ker ambil warna aura ni?hehe…. Tapi rasanya boleh agak juga rahsia peribadi based on color yang korang suka dan cik tom paling suka warna ungu. huhu 😉

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

12 thoughts on “Rahsia Warna Aura Bongkar Peribadi

  • July 25, 2011 at 1:40 pm
    Permalink

    akak pun suka ungu..
    tapi lebih selesa dengan kelabu..:)
    Jom baca entri terkini diana …REALIGIMy Profile

    Reply
  • July 25, 2011 at 1:41 pm
    Permalink

    kalau warna aura akak rasa mesti warna hujau kot.hahah..sebab yang tu yang sama dengan akak..
    Jom baca entri terkini diana …REALIGIMy Profile

    Reply
    • August 15, 2011 at 10:17 pm
      Permalink

      owh bagusnya pakai baju ikut warna dan hari…hehe

      Reply
  • July 25, 2011 at 4:08 pm
    Permalink

    sy suka hijau.. tapi taklah tergolong dlm kategori bongkak..hehe
    Jom baca entri terkini ciksembang …Cuba teka apa diaMy Profile

    Reply
  • July 25, 2011 at 6:33 pm
    Permalink

    kalau ikutkan aku suka kaler biru.. mungkin keluar aura warna biru kot miahahaa
    Jom baca entri terkini padin …Honda CivicMy Profile

    Reply
  • January 2, 2012 at 1:31 am
    Permalink

    Warna hitam x dak kerrww??Saya suka hitam!!

    Reply
    • January 4, 2012 at 12:30 am
      Permalink

      takde yunk..hehe..selain hitam xde ke warna lain suka..refer ye..

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!