Kisah Inspirasi OKU Berjaya Dalam Bisnes | Pengasas JamuMall

Assalamualaikum dan salam sayang.. Bersempena Hari Perkerja 1 Mei 2019, ciktom nak kongsikan satu kisah inspirasi di blog ciktom sebagai pencetus semangat pada diri ciktom dan juga korang semua. Kisah Khairul Nizam ni memang dah viral di facebook hasil dari satu video perkongsian beliau di facebook Khairul Nizam.

Buat pada korang yang mungkin belum mengenali dan tertanya-tanya siapa pulak Khairul Nizam ni? Khairul Nizam lebih dikenali sebagai Nizam 3 jari kerana beliau berstatus OKU dan hanya mampu mengerakkan 3 jari sahaja. Anggota badan Nizam yang lain lumpuh dan perlukan bantuan orang lain untuk bantu mngguruskannya.

Tapi segala kekurangan fizikal diri Nizam langsung tidak menjejaskan semangat kental Nizam untuk turut berjaya seperti orang lain yang normal. Ciktom kali pertama mengenali nama Nizam ni waktu Nizam mengeluarkan perfume Dewamo. Ciktom memang kagum dengan kesungguhan Nizam dalam berbisnes sehingga tertubuhnya portal JamuMall iaitu Portal Jamu No.1 di Malaysia.

Jamumall banyak membantu usahawan bumiputera yang lain dalam perniagaan.

 

Kisah Inspirasi OKU Berjaya Dalam Bisnes | Pengasas JamuMall

Ciktom rasa pelbagai perasaan berbaur bila tengok video dari Nizam ni.. ada rasa sentap.. ada sedih.. rasa bersemangat.. Rasa ciktom mampu buat memacam.. Jom korang layan kisah inspirasi dari Nizam pengasas JamuMall.

Kisah Inspirasi OKU Berjaya Dalam Bisnes | Pengasas JamuMall

Aku menanggung kehidupan ini bukan sehari, bukan tiga hari, bukan seminggu, bukan sebulan tetapi bertahun tahun! Ada ketika aku rasa sangat terkesan bila ada ketika bila aku haus, lapar, penat, tak ada orang di sisi tapi takkan aku nak mengharapkan mati? Allah beri aku nyawa, nafas, sedikit kekuatan jari dan akal mesti ade sesuatu manfaat yang nak aku buat.

Aku cuba merenung dan mengimbas kehidupan ramai orang di luar. Kalaulah aku diberi tubuh fizikal sempurna, boleh berjalan, berlari, melompat pasti akan aku gunakan sehabis baik untuk beri manfaat pada org lain.

Aku melihat ramai yang malas untuk ubah hidup sendiri, ramai yang suka bagi bermacam alasan bila bekerja, ramai yang cepat giveup bile ada cabaran!

Ramai cuba memilih untuk kerja senang, tak nak susah, lebih memilih kehidupan susah tanpa usaha dengan kuat, sanggup berhenti kerja dan menganggur bertahun-tahun atas dasar ego boleh bergerak sendiri dan sanggup melihat keluarga dan orang sekeliling susah. Paling terkesan nak bagi duit mak dan ayah, family pun tak mampu. Aku sedih! Terdetik keinginan aku untuk bantu mereka.

Jadi aku bangkit! Aku cuba buktikan pada masyarakat the best kehidupan adalah atas dasar bersyukur. Bersyukur dengan nikmat yang Allah beri dan jangan sia-siakan. Aku bangkit untuk beri manfaat pada org lain. Aku nak satu dunia nampak hanya 3 jari dan satu akal aku dapat melihat kegembiraan. Senyuman ramai orang-orang di sekeliling aku.

Kini aku sedar untuk berjaya dalam kehidupan, pekerjaan, mahupun bisnes bukan mudah. Tetapi atas keinginan yang kuat, kasih sayang yang hebat, keberanian yang tinggi, suka belajar dan improve diri, dan juga seorang yang berkomitmen tinggi membawa aku ketahap sekarang.

Dan semua value yg ada dalam diri aku. Akan aku bawakan ke dalam semua team aku dan masyarakat untuk mereka bangkit, bersemangat dan berjaya !

Akhir kata … kalau aku ada 3 jari dan akal mampu membina kehidupan sendiri dan kebahagiaan orang sekeliling. Anda ada berapa jari untuk ubah kehidupan?? Usia semakin meningkat, jangan tunggu lagi. Kite je mampu ubah diri kita!!


Nak kenal lebih dekat dan baca lagi banyak kisah inspirasi? Jom korang follow Khairul Nizam:

Facebook: https://www.facebook.com/khairulnizamofficial/
Facebook Pages: https://www.facebook.com/Jamumallcom/
Instagram: https://www.instagram.com/hyekhairul/
Website https://jamumall.com/

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

6 thoughts on “Kisah Inspirasi OKU Berjaya Dalam Bisnes | Pengasas JamuMall

  • May 8, 2019 at 4:31 pm
    Permalink

    Gembira tengok OKU yang berjaya, rasa semangat. Rasa termotivasi dengan mereka.

    Reply
  • May 11, 2019 at 1:45 am
    Permalink

    Dulu nak buat sales, nak cari pelanggan yang betul pun tak mampu. STUCK dalam bisnes sampai Pn. Carmelita terpaksa cari jalan nak hilangkan STUCK, nak hilang stress yang sangat mengganggu hidup..   Berkat usaha yang konsisten dan tak kenal erti kalah, akhirnya berjaya jadikan brand Carmelita ke tahap yang premium dan esklusif dibawah bimbingan Tn. Najib Asaddok.   Sales bisnes Pn. Carmelita yang hanya sekitar RM30,000 berubah menjadi RM327,000.00 setakat bulan September 2018 sahaja dan konsisten maintain dari awal tahun ..

    Reply
  • May 18, 2019 at 1:16 pm
    Permalink

    Kisah khairul Nizam amat memberi inspirasi kepada masyarakat di luar sana..

    Nilai nilai kejayaan yang ada dalam diri sangat hebat untuk diteladanni kita semua..

    Terbaik la jamumall
    Jom baca entri terkini mrhanafi …Iftar Boleh Jimat Mengapa Boleh BorosMy Profile

    Reply
  • May 28, 2019 at 6:38 pm
    Permalink

    Thanks for sharing…Salam perkenalan.. Sungguh inspirasi melihat perkongsian ini. Kita kene sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Insyallah jalan mencari rezeki sama ada bisnes online atau online bakal membuahkan hasil jika berusaha .
    Jom baca entri terkini Mohd Rawi …5 Kelebihan Memulakan Perniagaan Online di ShopeeMy Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!