Lafee Nursing Bra Shapee Cantik dan Selesa Untuk Penyusuan
Assalamualaikum dan salam sayang… Alhamdulillah masih diberikan rezeki dari Allah untuk menyusu adira yang kini menginjak usia 1 tahun 3 bulan. Bila dah menyusukan anak secara direct feeding ni memang salah satu ciri penting bagi ciktom ialah menggunakan bra menyusu (nursing bra) yang selesa. Ciktom memang dah menggunakan nursing bra sejak dari mengandung 6 bulan sewaktu berlakunya perubahan saiz bra yang makin membesar.
Selama ini ciktom memang pengguna bra yang jenis plain sahaja tanpa aksesori seperti lace dan sebagainya kerana risau lace yang kasar atau boleh menimbulkan gatal-gatal pada kulit. Maklumlah kulit ciktom memang tergolong dalam jenis kulit yang sensitif. huhu.. Kekadang terdetik jugak dalam hati bila tengok iklan-iklan bra yang lace nampak cantik dan menarik. Sehinggalah ciktom mendapat peluang mencuba Lafee Nursing Bra dari Shapee.
Lafee Nursing Bra Shapee Cantik dan Selesa Untuk Penyusuan
Shapee ni memang terkenal sebagai pengeluar produk maternity dan juga breastfeeding untuk keselesaan ibu dan berkualiti sehingga pernah memenangi Award Winner Nursing Bra 2017. Terima kasih Shapee Malaysia untuk nursing bra yang selesa dan cantik dengan lace. Berbunga-bunga hati ciktom bila terima Lafee Nursing Bra dari Shapee ni, yelah mana taknya dengan hiasan dalam kotak yang nampak special dan lain dari biasa. Membuatkan diri rasa sangat dihargai gitu. hihi..
Memang selesa ciktom pakai lafee nursing bra ni kerana material yang lembut diperbuat 100% dari cotton bermutu tinggi mudah menyerap peluh serta memberi sistem aliran udara yang baik tanpa rasa panas. Memang selesa walaupun dipakai sepanjang hari mahupun cuaca yang agak panas.
Ciktom suka bra menyusu takdelah plain je atau corak kurang menarik. Nak menyusu anak pun kena pakai bra cantik baru mood ibu dan anak happy. hihi.. Ciktom memang fall in love dengan design lace Lafee Nursing Bra yang lembut dan cantik. Material lace tu memang tersangat lembut dan bila pakai tak timbulkan rasa gatal pada kulit ciktom atau tak selesa pada adira ketika menyusu.
Nursing bra jenis clip pun mudah untuk ciktom buka walaupun dengan gunakan sebelah tangan. Ciktom memang pakai kebanyakan blouse jenis selak untuk mudahkan menyusu adira di tempat awam. Tak perlu dah cari bilik menyusu atau kalut nak buka bra. Kalau lambat bagi susu kekadang menangis boleh jadi haru jadinya. hehe..
Foam cup yang flexible boleh ditanggalkan ni pun salah satu ciri yang ciktom suka. Yelah ada masa lebih selesa pakai bra tanpa foam cup dan juga senang untuk dibasuh.
Rekabentuk cup yang penuh juga memberikan lebih banyak kesan sokongan kepada dada dan extra selesa. Tali bahu nursing bra jenis tidak licin (non-slip) juga memberikan sokongan tambahan untuk bahu dan belakang badan ciktom. Kira memang selesa sangat dan tidak menyakitkan atau lenguhkan bahu.
Yang best Lafee Nursing Bra ni ada 4 hook bra dan siap dengan extra extension. So, senang la nak adjust kalau incase korang jenis badan lebar boleh guna extra extension ni. Biasa kalau beli nursing bra kena caj tau untuk extra extension ni. Untung Shapee bagi free je. hihi..
Set Lafee Nursing Bra dari Shapee ini turut disertakan dengan panty lace yang comel. Panty lace ni sangat selesa dan elasticity tau. Panty ni punya elasticity boleh sampai fit 3 saiz untuk 1 panty. Jadi sangat esuai untuk dipakai bagi ibu yang perut tengah membesar ketika mengandung ataupun selepas bersalin. Ianya mampu menyerap lembapan, haba dan memang memberikan keselesaan optimun ciktom bila pakai walaupun cuaca sekarang panas terik dan mudah berpeluh.
Selain itu, ciktom suka kerana kekemasan jahitan pada nursing bra dan juga panty. Walaupun sudah basuh dan pakai beberapa kali. Jahitan masih utuh dan nampak seperti baru.
Bukan sahaja cantik dan berkualit, harga yang ditawarkan untuk 1 set Lafee Nursing Bra sangat murah dan mampu milik iaitu hanya RM69.00. Terdapat 3 pilihan warna pastel yang cantik iaitu beige, grey dan pink. Ciktom of course pilihan pertama warna pink. hihi..
Korang yang berminat nak survery Lafee Nursing Bra boleh ke website Shapee >> Lafee Nursing Bra by Shapee
Untuk maklumat lanjut pelbagai produk kelengkapan ibu mengandung dan bersalin yang selesa dan berkualiti, boleh layari di laman sosial Shapee berikut:
[blockquote align=”none” author=””]Website: https://www.theshapee.com/
Facebook: https://www.facebook.com/shapeeMY/
Instagram: https://www.instagram.com/shapeemy/ [/blockquote]
Sharing is caring
best dapat pakai bra yang menepati citarasa kita sewaku penyusuan kan.Jadi takdelah stress
Waaa cantik bra dia….nampak selesa ..
Comelnyaa nursing bra dia cik tom ?
Jom baca entri terkini Farah Dinah Hassan …Ramai Betul Pembuli Siber di Malaysia!!
Memang catik dan nampak selesa bra ni. Kena beli juga nampak gaya