Legasi Emas Turun Temurun
Assalamualaikum dan salam sayang… Legasi emas turun temurun ni memang sangat bermanfaat. Yelah harga emas sentiasa naik setiap tahun. Ada yang menjadikan emas sebagai satu pelaburan jangka panjang dan ada pula sebagai koleksi barang perhiasan mahupun hobi.
Macam ciktom sendiri sejak dari tahun 2011, memang ciktom set target akan beli at least 1 barang emas tak kisah la harga, jenis mahupun berat sebagai satu aset pada diri ciktom. Alhamdulillah setakat ni masih belum miss mengikut target.
Selain barang kemas, ciktom ada juga koleksi dinar, golbar dan goldcoin. Tapi takdelah banyak pun sebab cikton lebih prefer beli emas dalam akaun emas Public Gold GAP (Gold Accumulation Program) yang patuh syariah.
Ini antara hadiah dari arwah tok (nenek) belah ayah ciktom. Asalnya dia bagi 2 utas gelang tangan emas 999. Tapi emas 999 ni lembut dan gelang tangan tu mudah bengkok. Cakap kat mak tak nak pakai. Tak cantik gelang tangan jadi bengkok2. Huhu..
Pada awalnya emak tak setuju tapi bila tengok anak- anak tak nak pakai gelang tangan emas pemberian arwah nenek tu. Akhirnya mak setuju lebur 2 gelang plus 1 rantai untuk buat balik jd 1 rantai leher dan 1 rantai tangan.Lepas tu ada lebih2 reja emas tu buat 1 cincin belah rotan utk adik ciktom.
Design hanya ada design evergreen oleh sebab emas ni lembut pure 999. Tak boleh buat design up todate dan pelbagai pilihan macam emas kualiti 916.
Dalam gambar ni test sesaja la timbang berat rantai leher emas tu. Tak sangka berat rupanya. Kalau harga sekarang memang tak mampu ciktom nak beli. Yelah harga emas kualiti 999 tau bukannya 916. huhu..
So, korang boleh faham kenapa ciktom suka emas?Legasi dari nenek dan emak pun suka emas. Dorang pun suka bagi hadiah emas kat anak cucu diorg
Adira pun sama dapat hadiah gelang tangan emas dari arwah toki (ayah ciktom). Semua cucu perempuan, memang ayah ciktom bagi hadiah barang kemas satu sorang.
Adira ada 3 utas gelang tangan pemberian dari toki, ciktom dan suami. Halus je sesuai la untuk budak kecik. Tapi harga emas mana ada murah. Semoga apa yang kami hadiahkan ni bermanfaat untuk dia akan datang.
InsyaAllah ciktom akan teruskan legasi ini untuk anak cucu dan generasi seterusnya mengikut kemampuan.
Sharing is caring
Tak rugi beli emas memahal kann, Sis walaupun bukan pegumpul emas tapi at least mesti nak ada laaa satu badan ..hehehe orang kata serba satu berdiri, amekkawww
Jom baca entri terkini Sis Lin …MAKAN-MAKAN POTLUCK SELEPAS RAYA BERSAMA GENG MEDIA
Amalan orang tua-tua dahulu. Kalau dapat anak perempuan akan beli rantai tangan atau gelang kaki emas. Zaman sekarang untuk anak lelaki boleh buka akaun simpanan emas.
Jom baca entri terkini azrinros …Bar emas 1 gram edisi terhad Tan Sri Muhyiddin Yassin Perdana Menteri Malaysia yang ke 8